Pages

Sunday, March 25, 2012

DIY :: BUNGA TELUR GANTUNG

Asalamualaikum...

Ini salah satu DIY Project untuk My BigDay


Apa yang perlu ada?

-playar
-pelilit bunga (ikut warna feveret)
-dawai halus (80sen sepaket)
-dawai yang keras sikit (untuk buat lengkungan) 80sen juga
-kain net warna feveret (saya beli semeter RM3.20)
-daun plastik (saya beli sedozen RM8)
-reben yang besar dan kecil
-bunga tisu (ade tisu ikea lebih, masa DIY mini pelamin E-Day)

saya tak nak letak telur tapi letak potpuri (kalo malas) atau bunga rampai (kalo rajin).
semeter kain net tu boleh dapat 50 kepingan kain net kecil.

KLIK GAMBAR BAWAH UTK DIY BUNGA TELUR DOILY PAPER



*UPDATE: DIY BUNGA TELUR GANTUNG part ii  done!

Friday, March 23, 2012

WEDDING PHOTOGRAPHER

8 Bulan- Sekarang masa untuk survey2 pakej kahwin yang
berbaloi dengan duit yang dikeluarkan,
photographer yang boleh tangkap gambar ala american next top model,
catering yang sediakan makanan sedap dan harga yang sedap2. ^_^
buat senarai semak dan plan macam2 benda yang berkaitan dreams wedding.

Ada la dalam 3-4 photographer yang saya singgah blog diorang,
saling berbalas email dan masih mencari yang photographer yang berkenan di hati.
Dan of cause la photographer dari Ipoh.

Mungkin saya terlalu fanatik tengok drama korea maka
wujudlah edisi berangan nak bergambar macam diorang di bawah nie.





dari KDrama Scent Of A Woman









dari official website rancangan "We Got Married"
*thanks google.com


atau tangkap gambar saya dan AA tengah pimpin tangan sambil lari bergelak ketawa @ berjalan sambil pimpin tangan dari pandangan belakang macam di bawah ni....




find from google.com



pic from http://www.justindating.com

*moment seperti gambar kat atas ni pun ok juga tapi ubah posisi saya
duduk atas kerusi tu sambil memandang si dia berdiri kat belakang yang tengah cium dahi saya. hehe....

s.a.y.a m.e.m.a.n.g s.u.k.a b.e.r.a.n.g.a.n

saya rasa OP yang bagus perlu tahu betapa pentingnye capture
yang indah-indah bagi raja sehari.


p/s: bagi pengantin perempuan yang pakai kain ketat, pada pendapat saya
elakkan memakai seluar dalam sehingga menampakkan garisan seluar dalam anda.
pakai la short pants sekali ke.
segan nak tengok. sorry to say...


Sunday, March 11, 2012

TUTORIAL & DIY

Asalamualaikum kawan-kawan,

Tadi godek-godek website DIY@ARTS@TUTORIAL.
Untuk tatapan myself dan sesiapa yang berminat.
Banyak idea kreatif dan best untuk kite-kite aje.


DIY untuk berjimat dan kepuasan diri sendiri. ^_^




::sharing mean success::

Saturday, March 10, 2012

DIY :: SPOTLIGHT@LAMPU MINI PELAMIN

Asalamualaikum,

Bagi sesiapa yang berminat
nak buat lampu sorot@lampu spotlight
yang biasa diletakkan di pelamin,
ni saya tunjukkan lampu spotlight
yang dibuat sendiri oleh tunang saya
untuk mini pelamin E-Day kami baru-baru ini.

Bahan untuk merealisasikan lampu nie
di beli di Jalan Pasar, Kuala Lumpur.
Kos lampu spotlight ni below RM30.

Korang suruh je bakal suami korang buatkan. ^_^











close up picture dari saya.


actually yang macam mangkuk tu, tunang saya gunakan
mangkuk polisterin yang dibalut aluminium paper jek.
kreatif kan.

::lampu ni saya plan nak guna lagi untuk pelamin nikah plk. ^_*

The End.

Monday, March 5, 2012

ROTI KUKUS



Apa yang perlu ada:

Soft Bun

Seri Kaya dalam tin

Planta
Bekas Pengukus

How To Cook:

Panaskan pengukus.


Potong di tengah roti.
Sapukan seri kaya dan planta sesuka hati.



Susun bun di atas pinggan dan kukus selama 5 minit.
Roti akan jadi soft2 je.

Sedap dimakan ketika panas.

Nyum2!



p/s: benda senang pun nak buat entry...^_^

DIY :: HANTARAN

Asalamualaikum,

Ini sebahagian hantaran yang saya deco.
Cetusan idea dari majalah pengantin dan godek-godek google juga.
Warna tema for him: Merah+krim
Tujuh berbalas lima

Sekadar ingin berkongsi.
Mane tau u all boleh ambil idea dari sini. ^_^

For Him
Al-Quran+Sejadah+Tasbih
Set Perfume Tommy
Handphone Samsung W (black)
Cookies
Sebakul buah
Kasut
Coklat
Kek (sponsor by maksu)







For Me
Set Perfume Coach
Sebakul buah
Cincin risik+tunang
Sirih junjung
Handphone Samsung W (white)
Telekung





terima kasih kerana sudi jenguk!

DIY: MINI PELAMIN part ii

Asalamualaikum






Saya atas pelamin
Pelamin atas saya. Eh?








Since saya suka baca blog bride to be,
saya pun teringin juga buat bunga dari crepe paper.
Maka hasilnya adalah seperti di atas.
Bunga kuning, putih dan merah tu adalah hand made by me. ^_^


Sebenarnya, DIY mini pelamin sendiri ni risiko tinggi juga.
Mane tau apa yang kita plan@lakaran tak jadi seperti yang diharapkan.
So, redha dan yakin pada kemampuan diri je la.....


Good Luck pada yang tabah nak DIY PELAMIN sendiri tu!
Semangat!


REVIEW BAJU TUNANG

KLIK SINI UTK DIY SPOTLIGHT@LAMPU MINI PELAMIN



DIY: MINI PELAMIN


Asalamualaikum,

Ini adalah mini pelamin yang saya buat sendiri untuk majlis pertunangan saya yang lalu. Simple, senang dan tak perlu kos banyak.


1. beli kain jersey semeter RM3 di Kamdar. saya beli 5 meter
2. Pomander ball DIY sendiri based on cup cake paper.
3. Bola polisterin RM1.00 (small size)
4. Crepe paper putih 50 sen sekeping. boleh dapat 4 kuntum bunga.
5. Kain lapik platform RM9.90 semeter beli di Kamdar
6. Pasu putih RM35.00 di kedai kraftangan. Saya cuma beli satu sebab di rumah memang dah
ada satu.
7. kerusi memang dah ade di rumah.
8. pelita beli di ikea.
9. papan platform (saya ambil di tempat pembuangan sampah/make sure cuci elok-elok)  


klik sini untuk tengok mini pelamin part 2








Mula-mula na letak kerusi macam kat atas tu.
Tapi adik beradik cakap takut tak muat bakal mak mertua nak duduk sekali. So....



Fikir punye fikir, maka wujud la idea seperti di atas. Sebenarnya tu meja ala jepun mak saya punya. Tapi adik-adik modify jadi ala-ala kerusi panjang. ^_^

Excited juga buat pelamin sendiri ni.
Rasa puas hati walaupun simple dan seadaanya je.
Yang paling best bila sekarang dah ada tunang. *Gatal*

And now i'm bride to be. Hihihi....





Nanti na update DIY hantaran & etc...