Pages

Saturday, June 23, 2012

PALLADIUM RING IS CINCIN NIKAH LELAKI

Pada mulanya si tunang tidak mahu diberikan cincin nikah atas faktor, beliau seorang pegawai beruniform.
Tak lama kemudian si tunang terbaca pasal sunnah nabi yang memakai cincin perak. Dan petang tadi bermula la misi kami untuk mencari cincin nikah di Metro Point Kajang. Kami memang dah aim nak pegi Kedai Emas Sri Pinang. Koleksi cincin lelaki yang ada di sana adalah jenis palladium (lelaki muslim boleh pakai). 
Harga sekitar RM1k ++ (belum diskaun lagi).
 Harini kedai emas sri pinang ada bagi diskaun 40% bagi koleksi cincin lelaki. 
Sempat juga la tunang saya pilih cincin yang berkenan di hati. Lepas tu akak salesgirl cakap time nak dekat raya nanti ada sales yang lagi menarik. Bila kitorang dah dengar macamtu, kitorang decide nak beli time nak raya je la. Lagipun majlis kami ni lepas raya. 
Jadi misi untuk membeli cincin nikah lelaki terpaksa ditunda. Hihihi....^__^

Perjalanan kami diteruskan dengan sesi tangkap2 gambar di Pullman Putrajaya.
 *baru saya tau pullman tu tu adalah hotel & resort. >__<
Saya tak tau nak definasikan sesi tangkap gambar ni adalah pre-wedding ke tak. 
Sebab kami bershooting hanya bertemankan tripod dan kamera lumix sahaja. 
Motif gambar yang dishoot ni adalah untuk dijadikan canvas photo. 
Yang specialnya kami pakai baju couple yang saya tempah di sini
baju tu saya tempah setahun yang lepas.  
Nanti saya tunjuk gambar tu bila tunang tersayang dah edit comey2. 
Adakah manusia yang ingin melihatnya? 
Takde orang nak tengok pun, saya nak post juga nanti.


Ok, see ya!


tu la cincin palladium nya. pada pendapat saya, lelaki tak perlu nak cincin tinggi-tinggi sangat

UPDATE: CINCIN PALLADIUM SUDAH DIBELI DENGAN HARGA DISKAUN 70% OK!!!

CONTOH SOALAN KPSL N27

Bahagian I

1. Mengikut kamus dewan, fail merupakan tempat surat-surat dan sebagainya disimpan secara tersusun. Dengan menggunakan fail, maklumat di dalamnya boleh dikawal dan dicapai dengan cepat dan tepat bila diperlukan.

a) jelaskan cara memberi tajuk dan kod fail yang diamalkan dalam sistem kerajaan masa kini?
b) berikan keadaan bila fail sementara dibuka?
c) senaraikan kegunaan fail berikut:
        -simpan dalam perhatian
        -fail timbul

2. Nyatakan syarat-syarat notis perletakan jawatan yang perlu diberikan oleh seseorang pegawai yang berhasrat untuk meletak jawatan.

3. Pihak manakah yang boleh membenarkan tempoh notis perletakan jawatan seseorang pegawai dipendekkan dana nyatakan sebab-sebab bagi membolehkan tempoh notis tersebut dipendekkan.

*seperti yang dinyatakan di tajuk entry. Contoh soalan. Makanya contoh jawapan tiada. Harap Maklum.



Tuesday, June 19, 2012

IDEA ; VEIL NIKAH LA PULAK!

Asalamualaikum,

Oh no! Saya juga teruja mahu DIY veil nikah sendiri.

Bahan:
Kain chiffon putih 1.5 meter
beaded secukupnya
Tahap labuh sehingga ke pinggang.

Mak saya tolong guntingkan kain tu jadi bentuk D.
Kitorang guna kaedah try & error jek!
Mula-mula buat lakaran kasar di atas kertas minyak (kertas warne coklat tu)
Bila dah siap POTONG, saya pergi kedai jahit untuk jahit tepi. Kene cas RM2. 
CAKAP DEKAT AKAK TUKANG JAHIT TU "  akak, saya nak jahit tepi tudung"

Reason saya buat veil ni sebab saya tengok harga veil paling murah di Jakel adalah RM150 =(
Tunang saya cakap "nak pakai sekejap je. Jangan membazir."



this is mine. tak tau apa yang akan berlaku pada veil ni.




next: idea for tudung nikah

Monday, June 18, 2012

JERAWAT

Malam ni saya asyik surf pasal jerawat. 
Macam-macam produk yang dibincangkan di alam maya sekarang. 
Saya search pasal Dr Haseenah @ Miracle Tab @ Felisa Kosmetik 
@ vitamin Omega 3 @ pil Praventac (siapa pernah makan praventac) @ suntikan vitamin C  . 

Kiranya jerawat ni dah jadi masalah global kat Malaysia ni. 
Tak kira la kau nak kawin ke kau budak sekolah ke budak U ke, 
mak@isteri orang ke hatta bapak orang sekalipun,
 mesti tension bila pk pasal jerawat yang berpesta di muka atau belakang badan.

Lepas dah godek2 website seperti nama di atas,
 saya yakin yang cara pemakanan orang Malaysia yang tak betul.

Dr Haseenah cakap, 
elakkan makan makanan laut,
 bijirin yang manis, gula dan susu.
 Lebihkan makan Omega 3. 
ok, bubye!

pertanyaan: b2b yang lain makan ape untuk maintain kesihatan luar dan dalam badan korang?

SIAPA PERNAH MAKAN PIL TIDACT? SERIUS OK.
HARGANYA TAK SEMAHAL PRAVENTAC.

UPDATE: SAYA TELAH HABIS SEBOTOL MAKAN PIL PRAVENTAC. SAYA RASA KULIT MUKA KURANG BERMINYAK. JERAWAT STILL NAIK TIME "PERUBAHAN HORMON BERLAKU". KESAN-KESAN LAIN TAK DE PUN. DISEBABKAN HARGANYA MAHAL, SAYA LUPAKAN NIAT UNTUK BELI BOTOL YANG KEDUA.

Saturday, June 9, 2012

PERLU KE VIDEOGRAPHER?

Based on my opinion@experience@testimoni la.

Depends pada orang. Bagi B2B yang nak berjimat (it's me), boleh lupakan niat ni serta merta. Titik.
Saya ada pengalaman menghadiri majlis yang ada videographer ni. OV majlis tersebut telah meminta saya memberi ucapan pada pengantin. Dah la cakap spontan. Blur2 pulak tu. Kalau bagi masa seminit dua untuk reka ayat, tak pe gak. 
Finally bila video siap, saya segan nak tengok part saya bagi ucapan tu.
But, OV tu ada edit2 kasi perfect. Aktiviti ni sangat memorable pada pengantin.

Ni topik lain pula tapi berkaitan juga dengan video. 

Sape pernah pergi majlis kawin yang ada tayangan video interview sejarah cintan cintun pasangan mempelai? 
Saya pernah pegi. 
Majlis dibuat di satu dewan di Kelana Jaya.
Realiti yang saya nampak: kebanyakan orang sibuk menikmati makan yang terhidang sambil borak-borak each other. So orang tak hiraukan sangat untuk mendengarnya. Lain la insan-insan yang rapat dengan pengantin. Bila dah suasana bising-bising macamtu, kita nak tengok pun tak selesa. 
(kalau artis atau majlis yang lebih protokol, mungkin orang bagi perhatian sikit)

Lain pula situasi satu majlis lain yang saya pergi ni. 
Pasangan pengantin buat tayangan video gambar-gambar pre-wedding diorang 
sambil dilatari lagu-lagu romantik. Sambil menyudu nasi ke mulut, mata melayan gambar-gambar tu. Sedar-sedar nasi dalam pinggan dah habis. ^____^


Kesimpulannya, OV ni terpulang pada pasangan pengantin tu sendiri. Saje nak share pendapat peribadi. Nama pun personal blog, kan. 



p/s: majlis dah dekat tapi rasa diri ni macam fasha sandha dalam seindah sakura la pulak (berisi). adoii.....!

SOALAN BITK 2012

Time nak dekat exam BITK, topik macam menjadi hot entry di sini. ^___^


Antara soalan objektif BITK 2012 yang keluar:

  1. berkenaan surat pekeliling perbendaharaan bil. 2 tahun 2002
  2. jika tersilap tulis resit dari RM20 jadi RM200, apa tindakan yang perlu dibuat?
  3. berapa kadar penyediaan jamuan (RM per person) bagi pegawai perkhidmatan awam yang bakal bersara?
  4. Kumpulan Wang Disatukan terdiri dari??
  5. berikan contoh hasil cukai tak langsung?
  6. penyelenggaraan buku vot bermula apabila kementerian atau jabatan menerima apa?
  7. apa tujuan penyata penyesuaian akaun hasil disediakan setiap bulan?
  8. bagi kes kehilangan aset yang melibatkan ketua jabatan, siapakah yang perlu membuat laporan awal?
  9. pemberitahuan resit atau lesen HILANG DARI DALAM STOR DAN BELUM DIGUNAKAN LAGI hendaklah dibuat melalui apa? 
cari jawapan sendiri. 2012 ni banyak soalan tentang perolehan yang keluar. soalan berbentuk situasi pun ada. nak lagi? lemak ah tu!

semoga berjaya!

 klik link BAWAH untuk soalan BTIK 2011 

http://kasutkaca15.blogspot.com/2011/06/soalan-bitk-2011.html

Wednesday, June 6, 2012

GUEST BOOK IDEA'S

Majlis kawin sekarang dah urban. 

Best juga kalo majlis kawin ada buku tetamu atau wishes booth ni.
Boleh la bagi ucapan2 kawin yang cute2 pada pengantin baru.

Kepada tunangan saya Mr AA, idea yang mana lagi best? 


idea A


 Idea B


Idea C



Idea D



Idea E



idea F


*selamat hari jadi ye Mr Tunangan yang ke-25*

 ^_*




Ya Allah, permudahkan kerja kawinku. Amin!


BUNGA TANGAN SAYA

Orang selalu cakap yang bunga tangan ni akan jadi 'kawan baik' pengantin masa kawin nanti. 
So nak dapatkan 'kawan baik' yang terbaik, kita kene la pandai memilih dan rajin blog walking. Hihihi.....
2-3 bulan lepas, teruja nak buat  fabric hand bouquet. (kununnya)

Saya siap beli butang-butang macam kat bawah ni kat kedai kraftangan di Kuala Kangsar.


tapi masa saya blog walking petang tadi, saya nampak idea manik pearl hand bouquet la pula.
*kau memang rambang mata kan, nurun!

semua benda saya buat separuh-separuh. 
even bunga telur gantung hari tu pun tak siap-siap lagi.

Kita tengok apa kesudahannya nanti. 
Soon....



Ya Allah, permudahkanlah urusan ku ini. Amin!

BAJU BERSANDING SAYA

Alhamdulillah saya dah booking pakej pelamin saya 
di Fieza Andaman, Station 18 Pengkalan, Ipoh Perak.
Baru bayar duit booking. 
Hope perkhidmatan yang bakal diberikan adalah yang terbaik dan berpatutan.
Saya idamkan pelamin macam dalam blog ni  ^_^
Tapi kalo tak dapat, ada iras sikit-sikit pun tak pe la. Hihihi....
Lagipun dalam agenda kitorang xde sesi renjis2 sanding2 ni. 
Cuma nak tangkap2 gambar posing2 aje.

Saya berangan-angan nak pakai baju macam kat bawah ni untuk fotoshoot outdoor
 (OP pun belum hired sebenarnya!)

tapi dah banyak butik saya pegi xde pula baju edisi macamni. 
Adakah angan2 hanya menjadi angan2 semata2? Haihhh.....


*credit pix dari satu majalah pengantin*









Ya Allah, permudahkan lah urusanku. Amin!





























IDEA BAJU NIKAH

 Al-kisah, saya dan tunangan pergi shopping kat jalan Masjid India 2 minggu lepas.
 Pada mulanya saya plan nak 
beli baju nikah ready made
 kat sini >Jubah Elegant<

tapi lepas saya blog walking kat banyak blog di alam maya ni,
saya terpengaruh nak DIY sendiri baju nikah tu.  
(pompuan memangn senang utk dipengaruhi)

Makanya kami pun beli kain baju nikah kami di Jakel.
Tapi kami TAK beli kain untuk pakej kawin.

Xde nye pegi tingkat exclusive khas untuk kawin2 ni.
Kain saya RM22 semeter. Saya beli 4 meter coz nak tempah baju kurung moden (bukan kain satin)
Kain tunangan (yg ni baru kain satin) RM16++ semeter. Salesgirl cakap baju melayu kene guna 5 meter. 
Kain Sampin RM38 semeter. Beli 2 meter suku.
Style kami senang je. 
Baju saya, saya bayar. 
Baju tunang, tunang yang bayar.
*korang macamana pulak?

Baju nikah saya just minta kawan mak tolong jahitkan.
 Saya cuma tempah kurung moden plain je.
 Sebab saya memang berhajat nak jahit manik@lace sendiri kat baju tu.
Xde design hebat2 sangat. 
Harap plan nak jahit manik sendiri menjadi kenyataan. 
Kene rajin dan tekad. 


*semeter boarder lace RM150++ (saya tak beli pun)
*manik pearl baby blue+putih pilihanku
*kain chiffon putih tu untuk DIY veil

UPDATE: MANIK BOLEH DIBELI DI KEDAI DALAM PLAZA CITY ONE (SEBELAH SEMUA HOUSE). KAT SITU ADA KEDAI MANIK. SAYA TAK INGAT NAMA DIA (SEBELAH PINTU MASUK PLAZA CITY ONE JE. LAGI SATU KEDAI SAYA PERGI DI DALAM PERTAMA KOMPLEKS. MEMANG KEDAI JUAL MANIK. BERDEKATAN DENGAN KEDAI JAHIT DAN KEDAI KAD KAWIN.

inspirasi baju nikah saya = baju nikah scha al-yahya (google aje ya!)

masa bertunang, saya dan tunang tak de bagi kain persalinan untuk nikah. reason: kami tak nak orang tau kami akan pakai baju warna apa time nikah dan nampak tak up to date. Ye la kalau yang bertunang sampai 2 tahun, tapi kain nikah dah bagi awal2. tak ke tak up to date macamtu. ^__^

semua benda saya teringin nak DIY. 

Ya Allah permudahkan urusanku.
 Amin!