Pages

Wednesday, July 18, 2012

EVERYBODY LOVE DISCOUNTs!!

Dekat kedai emas sri pinang ada buat jualan murah 
sehingga 70% untuk cincin palladium sehingga 2 sept 2012 ni. 
Tadi tunang oppa juga ada bagitahu pasal hal ni.
(die bagi hint suruh beli la tu)
 Jadi, inilah masanya untuk kami pergi menyerbu kedai emas tu sebelum terlambat. 
Beruntung saya kerana Allah mengurniakan tunang yang tak minta cincin yang bukan-bukan. ^_^
 Nanti kite pegi sesama ye.
Mujur barang kemas saya untuk majlis nikah dah selamat kami beli.

****
info: upah emas dekat Poh Kong agak mahal.

::sebenarnye kitorang tau kedai emas ni je yang jual jenis palladium::


UPDATE: SAYA BELI CINCIN PALLADIUM DEKAT EMAS SERI PINANG RM3++ JE!!! LEPAS DISKAUN 70%

6 BULAN @ 3 BULAN

"Salahkanku... jangan salahkan ku
Kasihani aku... kau lupakan aku
Mana satu... kujadi keliru
Aku makin keliru"

saya dalam mood keliru sekarang. 
Tadi peRgi klinik kesihatan Putrajaya. 
nak buat temujanji untuk ujian HIV.
nurse cakap valid dalam masa 6 bulan. 
Ada orang cakap valid 3 bulan aje? 
Atau saya dapat maklumat salah. 

Akhirnya saya set appointment dengan doktor untuk buat ujian
 tersebut bulan September. 
(saya nikah bulan november)
The End.

UPDATE: YG 3 BULAN TU SEBENARNYA SUBMIT PERMOHONAN NIKAH. LOL!


Friday, July 6, 2012

DIY BUNGA FABRIK ii

Asalamualaikum kawan-kawan



ini diy bunga fabrik versi saya. 





cara-cara nak buat bunga ni, u all boleh google ya.
 buat apa saya nak buat tutorial kalo dah berlambak-lambak orang ajar di alam maya ini.
 nanti anak murid keliru nak ikut tutorial cikgu yang mana satu kan. ^__^
 tapi saya saja nak tunjuk hasil usaha saya.
baju ni saya pakai time pegi majlis kawin liyana (kawanku)




ok semoga ketemu lagi!

KEBAYA FOR RENTAL

Asalamualaikum kawan-kawan,

baju ni saya pernah pakai untuk majlis dinner last semester saya dulu. 
dengan baju ni juga saya dapat hadiah princess of the night. kehkehkeh.....
lepas tu saya tak pernah pakai dah.
sebab tak tau nak pakai pegi mana. =(
dari terperap dalam almari, saya nak sewakan pada yang sudi









 ini gambar saya pakai baju tu. gambar lama dan muka sangat la annoying



  berminat? just email me. missfabolous15@yahoo.com
subject : kebaya for rental

IDEA: BAJU BERTUNANG

Asalamualaikum kawan-kawan,

Walaupun peristiwa bersejarah itu sudah 4 bulan berlalu, 
sekarang saya baru berkesempatan nak review baju yang saya pakai
untuk majlis pertunangan saya. 
simple ready made jubah moden.

 enjoy!


apa yang saya suka pada baju ini adalah flow yang bertingkat-tingkat tu. 

::ok jumpa next entry::





p/s: ada tak yang berminat nak sewa baju ni? ^__^

PLATFORM MINI PELAMIN

Asalamualaikum kawan-kawan,

 ada somebody yang pernah tengok mini pelamin saya (yang tak semegah itu) tanya, mana saya dapat platform untuk pelamin tersebut. Jadi saya dengan big heart nak tunjuk contoh platform yang saya amik di tempat orang longgok barang2 buangan. 


lupe nak letak nama blog besar-besar kat permukaan gambar ni


ok tu je. babai...wasalam.

Sunday, July 1, 2012

REVIEW: Rooftop Prince

Drama korea pertama tahun ni yang saya tengok.
Saya kagum dengan pereka jalan cerita ni.
 Drama korea wajib ada romantik+konflik+komedi. 
Rooftop Prince ada elemen fantasy juga. 
Hero: Park Yuchun dari JYJ
Heroin: Han Ji-Min 

Mengisahkan tentang seorang putera raja dari zaman silam 300 tahun yang lalu kembali ke masa depan (2012) untuk menyiasat kematian isterinya. Yang pasti pengakhiran drama ni memang tak disangka-sangka. *tak macam drama melayu, ok!

saya tengok di dramacrazy.com








terima kasih kepada google image

SO NOSTALGIA


this song brings back so many memories TO ME
So Yesterday by Hilary Duff



i also love this quotes : 
 "walau tak mampu lafaz salam perpisahan, pasti ku kira detik bertemu lagi"

 

 from clip video Debaran Cinta by Siti Nurhaliza



video from mr youtube