Klik Nuffnang Ads

Saturday, January 12, 2019

Review MamaSab a.k.a Sabrina Bakery

Hi semua. Kali ni aku akan review kek, biskut dan dan pencuci mulut di MamaSab atau nama panjangnya Sabrina Bakery. Aku tertarik nak beli produk di sini sebab presentation dalam instagram diorang nampak menarik dan dessert2 tu sentiasa available je. 

Brownies
- agak kering bagi aku. Tak sedap. Sebab pada pendapat aku brownies ni ni perlu chewy dan lembut je. baik korang order dekat lain. 
- maybe diorang dah buat stok banyak2. Sebab bila pegi kedai dia, macam dah siap letak dalam kotak je bersusun tepi kaunter.

Durian crepe
- yang ni aku order melalui ejen. (Diorg ni ejen punya la ramai)
- tak sedap di tekak aku sebab, durian crepenya BEKU.
- baik ko cakap ko jual durian crepe frozen.

Nutella chesse tart 😋
-sedap. Keju terasa. Manis nutella pun rasa. Saiz kecik Rm30, kalau per slice RM10 kot. Secukup rasa. Tak manis terkejut sangat.

Pandan gula melaka 😋
- just nice. Rasa la pandan nya tu. Gula melaka tu just renjis2 je. Ok la.

Spartak Russian Chocolate Cake
-nama kek bukan main lagi. Aku pernah beli satu slice. RM10, rasa kek span colat base. dan terlalu manis bagi aku. 
-dan lebih kepada rasa manis susu krimer. (ala kalau ko pernah letak susu krimer atas roti kosong atau biskut, ko tahu la apa yang aku maksudkan.)

Mini Whoopie Pie 
- aku pernah beli yang mini size. tiga ketul RM10 kalau tak silap aku. Rasa biasa-biasa je. tu pun aku makan sebiji je sebab tak ken dengan citarasa aku. Selebihnya aku bagi kawan. Kalau tak silap, diorang dah tak jual dah whoopie pie ni. 

Congobar
-aku pernah rasa yang kawan aku punya. kering la congobar ni. (maybe memang congobar ni tekstur macamni. 
- not recomended.

Pecan butterscotch cake
-boleh tahan la rasa dia. kek moist juga. tak manis terlajak sangat. 

DFCC 😋
-kek ni femes la kat sini. apa tah nama penuh dia.
-bawah kek coklat moist. atas ada limpahan cream cheese. gabungan yang enak dimakan. 

Belgium Cookies
- 5 keping RM10
-saiz besar. tak rasa sangat biskutnya. maksud aku tak rasa butter atau bau vanilla. sedap lagi famos amos. 
-tapi coklat chip banyak la dalam setiap keping biskut tu. resepi coklat chip cookies yang aku share yang ini lagi rasa biskutnya. 

Medovic Honey Russian Cake
- nama gempak je kan. tapi rasa dia boleh la. takde la lepas makan tu rasa nak repeat. sebab manis terlajak rasanya.

Nutella Pot
-dulu aku ingat sedap la sangat benda ni. tapi bila dah beli tu, makan sebiji, rasa macam tak beli pun tak pe la. sebab pod tu keras. (maybe memang nuttela pod ni keras kot. nutella atas pod tu pun sikit je. atau stok lama.

Raisin Oat Cookies 😋
-Sedap. rangup. 

Cheezy Cracker 😋
-macam wonder cheese tapi warna serbuknya agak soft sikit dari wonder cheese. sedap dan rangup. 

Nutella Oat Bar a.k.a Nutella Gunung Berapi 😋
-sedap. just nice. tak keras.

semua menu-menu di atas, ada aku beli sendiri dan ada yang kawan aku beli dan aku rasa. yang aku recomend kan cuma nutella cheese tart je. yang lain aku rasa biasa je. takde la sedap sangat (maybe sebab aku pernah makan yang lagi sedap kot) kalau ada event kat ofis boleh la beli kek saiz besar untuk makan ramai-ramai. tapi untuk kepuasan sendiri, aku lebih suka order@beli di lain. atau mungkin juga citarasa kita berbeza gitu. Aku ambil masa juga tau untuk buat review ni. bukan semua aku beli sekaligus untuk beri review. 

yang bertanda 😋 tu yang aku rasa berbaloi untuk dibeli. kebanyakkan rasa macam tak fresh la keknya. sekian review dari aku. lain orang lain rasanya. 

1 comment:

  1. Tak fresh mungkin sebab dia buat dalam kuantiti yang banyak.. Tak pernah berjaya cuba tapi memang kalau tengok presentation dia dekat IG gempak..

    ReplyDelete