Pages

Sunday, January 16, 2011

KORANG PAKAI MASK TAK?

Hi semua,

Biasanya kite manjakan muka kita dengan pencuci muka, penyegar (toner) dan pelembap.
Kalo yang suka nak tempek menempek benda lain, mesti akan try guna scrub dan mask.
So marilah kita tambah pengetahuan tentang mask yang ada kat pasaran sekarang.


1. Clay Mask
Mask ni jenis pupur@ala tanah liat. Tak perlu letak air sebab memang dah tersedia lembap. Terdapat dalam bekas dan jenis tiub. Kite just sapu kat muka kasi rata dan biarkan 10-15 minit sampai kering. After that kita boleh cuci dengan kapas yang direndam air suam. Aku suka yang ni sebab lepas pakai rasa tegang muka dan segala blackhead dan whitehead akan hilang.


*credit to the body shop website


2. Peel-OFF Mask
Mask yang ni jenis lutsinar@gel. Bila tempek kat muka 10-15 minit, kita boleh kopek mask ni sikit-sikit. Then baru cuci dengan air suam. Time tunggu die kering, kita akan rasa sensasi sejuk je kat muka. (",)


*copy from nivea website


3. Mask Sheet
Mask ini macam helaian tisu lembap. Memang dah siap ade lubang untuk mata dan mulut. Ala-ala topeng power rangers yang kite pakai masa main lawan-lawan di zaman kanak-kanak dulu. Cam biase la, kene tunggu kering baru la kita cuci bersih.


*thanks to elianto website for beautiful image


Time kita pakai mana-mana mask sekalipun, jangan pula kita bercakap or buat keje lain. Kita kene duduk rileks ala-ala Snow White beradu atas katil je. Baru la mask tu dapat meresap ke dalam kulit dengan cepat dan mudah.

Bagi yang nak jimat kos, U all boleh ambil sebiji telur dalam peti ais, tapi kita cuma amik putih telur sahaja dan letakkan dalam bekas. Then, u all ambil kapas jenis petak, tekapkan kapas tu dalam putih telur dan bersedia la untuk tempek di muka U all. Nak lebih bagus, tambahkan perahan lemon ke dalam putih telur tersebut ye.

Golongan bf-bf a.k.a lelaki pun boleh try pakai mask. Jangan ingat gegirl je yang sesuai dengan mask-mask tersebut. Selamat mencuba.






Terima kasih jika terbaca.

2 comments: