Pages

Monday, August 1, 2011

CERITA TENTANG MAKEUP REMOVER

Salam semuanya,

Wahhhh....lame gile aku tak update blog ni. Malas macam keldai sungguh!

Ok, Straight to the point.

Aku nak share tentang makeup remover yang aku pernah pakai.
Kire blog ini macam blog testimoni juga la, an! Kalo ade yang tengah buntu nak guna makeup remover ape, boleh la bace ape yang aku sampaikan kat sini.

Here we go..........

1. Dulu masa aku tak tau mane nak cari pencuci makeup terbaik@sesuai, aku just gune baby oil johnson & johnson je. Murah. Tapi agak berminyak untuk kulit muka aku yang jenis oily ni.
*Reject! Pakai kejap je pon.



2. Pastu aku beli cleansing lotion jenama Simple. Aku tertarik sebab kat botolnya tulis tanpa pewangi dan mesra alam. *Well, i kan support go green. Tapi masa aku pegi rumah kakak aku, aku tertinggal pula benda tu kat sana. Tak pasal-pasal kene beli lain. Nasib baik la benda tu dah tinggal sikit. Kire tak frust sangat la kalo tertinggal gitu je, an!

3. Then aku beli pula jenama Biore Makeup remover pad. Ni jenis swipe-swipe je. Macam wet tissue. Best tapi agak mahal la bagi aku. *orang banyak tanggungjawab macam aku ni memang kene cari alternatif lain la untuk berjimat. Bila dah habis satu paket, aku beralih arah lagi.


4. Sekarang aku tengah guna cleansing milk jenama Silky Girl pula. Murah@wangi macam bau alovera. Rasa macam dah suit la dengan kulit aku. Yang penting tak rasa berminyak. Tapi agak cair skit berbanding jenama Simple tu. Aku ni bila bab produk yang cair-cair dan tak pekat, aku mula la anggap diorang bubuh air untuk jimatkan kos. Macam makan laksa berkuah cair dan berharga mahal. Tapi aku cuma pandai merungut dalam hati je. Tunggu jenama ni habis dulu, baru aku pk kan nak setia pada nya atau beralih arah lagi. Hehi....

5. Tapi belum apa-apa lagi, aku dah berminat kat jenama Maybelline ni pula. Sebab aku tengok macam menarik je. Macam ada lapisan minyak pula dalam botol tu. Kalo pegi Watson, aku suke pegi main goncang-goncang botol die. Macam best pula buat macamtu. Later aku akan try kalo aku sudi.

*semua gambar cari kat website jenama-jenama tersebut.
----------------------------------------------------------------------------------
*Oh, dulu bateri AA (boifren aku) penah tanya 'awak suka makan ais krim coklat ke vanila?'
Aku jawab 'tak tentu, ikut nafsu time tu la nak makan ais krim ape pun.
Campur-campur pun sedap gak. Nape?
Bateri AA 'saya andaikan awak ni jenis yang suka tukar-tukar boifren.'
Aku pun mula la kerut kening sebab rasa macam bodo je soklan dan jawapan tu. Tapi die taktau pun. Sebab diskusi kitorg ni berlaku dalam SMS. Hehi. Then aku balas 'tah pape tah'
Sampai sekarang aku ingat lagi soklan bodo die ni. Dan sampai sekarang juga la aku masih tangkap cintan cintun dengan die. *_*

-------------------------------------------------------------------------------------

Moral of the story: Kadang-kala hidup perlukan kelainan.
kita beralih arah pada sesuatu perkara tu bersebab.

Bak kata iklan Libresse 'Cuba la sesuatu yang baru!'

3 comments:

  1. saya guna baby oil je..:)

    klik HB

    ReplyDelete
  2. Hay girls sorry menganggu.. saya ingin mendengar share kalian tentang produk apa sih yg kalian pakai untuk make up remover?

    jika ad yg menggunakan biore cleansing tissue make up remover boleh dishare dan alesann kenapa milih tissue itu.. thankyou :)

    ReplyDelete
  3. biore cleansing tissue itu mudah untuk dibawa ke mana sahaja. boleh simpan di dalam bag@tas tangan.

    ReplyDelete