Pages

Saturday, May 26, 2012

CONTOH SOALAN BITK

Di sini saya kongsi contoh soalan BITK yang 
pernah keluar zaman dahulu kala. Jika nak jawapan yang lebih tepat, 
korang boleh rujuk buku ye. Contoh soalan ni pun saya dapat melalui seorang kawan di FB.

Apakah definisi “Wang Awam” di bawah seksyen 3 Akta Prosedur Kewangan 1957? 
 (sila cari jawapan sendiri)
I           Bon, debentur dan lain-lain sekuriti.
II          Semua hasil, pinjaman dan amanah
III         Wang tunai, cek, kiriman wang, wang pos dan setem
IV        Hasil zakat, baitulmal dan wakaf orang ramai

A         I dan II sahaja
B          I, II dan III sahaja
C         II dan IV sahaja
D         I, II, III dan IV 


 
Syarikat JAJA Sdn. Bhd. telah ditawarkan tender Jabatan Pendidikan Teknikal 
bagi kontrak membekal komputer yang bernilai RM220,000.00. 
 Berapakah nilai bon pelaksanaan yang perlu dikemukakan? 
(sila cari jawapan sendiri)

A.                RM 2,200.00
B.                  RM 4,400.00
C.                RM 5,500.00
D.                RM 11,000.00

Berikut adalah kod Hasil dan Perbelanjaan yang merupakan satu senarai kod lima (5) angka
seperti mana ditetapkan oleh Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2004 kecuali

            A         Objek Sebagai

            B         Objek Lanjut

            C         Objek Kumpulan Sebagai  (ini jawapannya)

            D         Objek Kumpulan Lanjut

 
Anak kunci peti besi perlu ditukar ganti sekurang-kurangnya……………….

            A         1 kali setahun
           
            B         2 kali setahun
           
            C         2 tahun sekali (ini jawapannya)
           
            D         6 bulan sekali

No comments:

Post a Comment