Pages

Tuesday, December 18, 2012

KATERING SAYA

Bab katering ni saya serahkan 100% pada mak ayah.
Katering saya ni sempoi je.
Setiap kali nak buat temujanji jumpa face to face ada je hal nya.
Sampai saya cemas. Sebab takut pihak mereka ambil tempahan sambil lewa je.
Saya sebagai pengantin  nak buat bajet awal untuk bab makan ni.
So mesti la nak jumpa untuk bincang pasal harga/menu.

Ada setengah katerer minta deposit 6@3 bulan sebelum majlis.
Tapi geng Nipah Tiga Katering ni tak nak deposit langsung.
Mereka nak kita bayar penuh selepas majlis.*biar betul!

Bab menu pula, mereka tak de tetapkan menu jadi kita boleh minta sendiri menu yang kita nak.
Menu yang mak ayah pilih sama macam majlis kahwin orang melayu lain.
Menu makan tengahari.

Nasi minyak@nasi putih
Ayam goreng rempah
Daging masak hitam
Dalca sayur
Gulai Nenas Ikan Masin
Sambal ikan bilis petai
ulam@sambal belacan
buah oren
air tradisi kenduri (air sirap)
RM8.00 seorang

+ bubur anak lebah (ini tak termasuk katering/makcik sponsor)
 letak gambar secara rawak


Hidangan pengantin sama macam majlis kahwin lain.
Ada ayam bakar, udang panjat dan lain-lain (saya tak ingat)

NIPAH TIGA KATERING SIMPANG PULAI PERAK 016-5033131
*****
Katering untuk majlis bertandang pula dari SRI ANGSANA KATERING.
katering ni femes di KL dan menyediakan menu dengan harga yang berpatutan.

No comments:

Post a Comment