Pages

Monday, June 3, 2013

CONTOH SOALAN BITK


Cara bagi mengimbang Buku Vot dengan peruntukan yang dibenarkan adalah dengan menjumlahkan
ketiga-tiga ruang di dalam Buku Vot iaitu baki bersih dengan

            A         tanggungan bersih dan perbelanjaan bersih
           
B          tanggungan dijelaskan dan perbelanjaan bersih
           
C         tanggungan dikenakan dan perbelanjaan bersih
           
D         tanggungan belum selesai dan perbelanjaan bersih


 
Siapakah yang dibenarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi meluluskan panjar ?

            A         Pegawai Pengawal
           
            B          Akauntan Negara Malaysia
           
            C         Pengarah Pejabat Perakaunan
           
            D         Ketua Setiausaha Kementerian



 
Apakah jenis panjar yang diperuntukkan sejumlah wang tunai dalam Kumpulan Wang
Disatukan untuk memudahkan perbelanjaan berkala dan hanya dipertanggungkan setelah
bayaran sebenar sahaj dibuat dari panjar tersebut.

            A         Panjar Unit
           
            B          Panjar Gaji
           
            C         Panjar Wang Runcit
           
            D         Panjar Seperduabelas / Tiga Perduabelas

 
Pejabat Pelajaran Daerah adalah merupakan pejabat yang melapur kepada Pejabat
Pelajaran Negeri yang menyelenggara Panjar Wang Runcit berjumlah RM700.00. 
Berapakah tambahan yang boleh dipohon oleh pejabat tersebut mengikut had amaun yang
ditetapkan seperti Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.2/2002?

            A         RM 300.00
           
            B          RM 500.00
           
            C         RM1,000.00
           
            D         RM1,300.00

 
Sejumlah wang yang diberikan khas kepada Hospital bagi tujuan membayar balik deposit
hospital kepada pesakit ialah

            A         Panjar Wad Hospital
           
            B          Panjar Hasil Hospital
           
            C         Panjar Pesakit Hospital
           
            D         Panjar Wang Runcit Hospital

1 comment:

  1. Salam Singgah kembali..

    *confused dgn perkara2 diatas..rupenye cth soalan utk BITK(
    huhu..

    ReplyDelete