Pages

Wednesday, January 29, 2014

DEMAM DANBOARD a.k.a DANBO MELANDA!

           i already recieve my danbo. hoyeah!
mula-mula survey harga di website lelong dan sewaktu dengannya, omaigod! mahal. *urut dada mak*
kite nak yang murah-murah je. cari punya cari punya cari, jumpa la danbo fake ni. 
below RM50 only bro! beli satu untuk kepuasan diri sendiri.
cute miut aje. 
action figure yang unik bentuk macam mini manusia





cuba uall google image, banyak aksi danbo yang comel-comel tau

Wednesday, January 22, 2014

MENGATASI PLUG KEY TAK JUMPA CARI BILA NAK DIGUNAKAN

Aku tak tau tajuk yang sesuai nak letak. 
Hope sapa yang singgah sini paham apa yang nak aku sampaikan. 
Yeeee.....Haaa....

 dulu aku kerap tak jumpa cari plug key bila nak guna. 
bukan ape, suami aku rajin mengemas sampai tak jumpa cari die simpan kat mana. 


lepas aku habis pantang bersalin kat kampung,
 aku tengok die dah buat benda ni kat suis dapur rumah kitorang. 


geliga juga otak suami aku berfikir. 
maklumlah selalu makan masakan air tangan isteri. hehehe.....

Monday, January 20, 2014

DIY TUNGKU BAYI

Asalamualaikum semua. 

wat lek wat peace!!
(aku dengar nabil dalam rancangan meletop duk sebut-sebut, macam best plk)


Harini aku nak ajar bakal mom to be/bakal ibu sekalian buat benda simple ni. 

Walaupun nampak lekeh, tapi memberi efek besar pada bayi u all tau! 


Memperkenalkan segmen buat sendiri tungku bayi. 
Semestinya murah, mudah dan menjimatkan duit korang yang under bajet.
 Kalo korang terpikir nak jadikan benda ni bisnes pun boleh. 



Tungku bayi digunakan untuk menuam anggota badan bayi yang baru dilahirkan 

agar tidak kembung perut dan masuk angin. Juga sesuai untuk mengelakkan bayi terkene angin pasang khususnya pada bayi lelaki. 




BAHAN 

1. GUNTING

2. KAIN KAPAS SUKU METER PUN OK. KAIN PERCA COTTON PUN BOLEH

3. PINGGAN BESAR ATAU PENUTUP PERIUK

4. BIJI KETUMBAR SEGENGGAM ATAU 3 SENDUK

5. BIJI LADA PUTIH SESUDU



CARA BUAT SILA RUJUK GAMBAR





gunting kain berbentuk bulatan. boleh ikut ukuran pinggan atu penutup periuk ye. 
gunting kain secara memanjang. (ini untuk dijadikan tali)
rujuk gambar diatas.


isikan biji ketumbar dan biji lada putih di dalam kain yang telah dipotong bulat. 
nak jimat, boleh beli ketumbar dan lada putih tu di pasaraya besar. kat sana ada jual secara timbang. 



bananana.....dah siap pun. 
dah dua bulan aku guna tungku rempah ratus ni.
 tiada masalah berulat pun kerana tungku ni kering. 


tekapkan tungku ni di seterika panas, biar suam-suam baru korang tuam perut baby.
aku biasa tuam sekitar perut, pusat, tapak kaki dan 'anu' baby aku.
 Alhamdulillah, terkentut-kentut anak aku lepas kene tuam.
Penting tau baby kita kentut, barulah perut beliau tak kembung. 

Benda ni optional, ikut suka petua nenek moyang korang la nak isi rempah ratus apa pun. 
Aku tengok orang jual online RM10. 

Tungku bayi ni hasil kerja tangan ayah mertua aku. 

Terima kasih kerana sudi baca blog aku. 
Aku tak kisah orang tak komen pun sebab aku pun jarang balas komen orang. Janji masyuk!
Huahuahua....
Asalkan aku dapat kongsi ilmu, pengalaman dan cerita apa yang aku suka dah cukup. 

Sunday, January 19, 2014

BAUCAR ZALORA RM25. NAK BAGI FREE

SIAPA NAK BAUCAR ZALORA RM25 SILA EMAIL SAYA DI 
missfabolous15@yahoo.com
subjek: baucar zalora part ii

BAUCAR NI VALID SAMPAI 28 FEBRUARI 2014 JE. 
TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT YANG TERTERA DI BAUCAR TERSEBUT.
CEPAT-CEPAT EMAIL OKEY!

FREE JE

Thursday, January 16, 2014

TIPS MEMBELI KEPERLUAN BAYI (NEWBORN)

Sewaktu kandungan aku berusia 7 bulan, aku dah mula buat tinjauan (usha-usha? riki riki harga? apa-apa je la) ke atas pakaian bayi ni. Aku bukan jenis main rembat apa yang ada di depan mata dan menyesal di kemudian hari (ala..kekadang aku ni beli barang tak pk gak)
Bak kata pepatah, semuanya kerna ada perancangan....

1. Menyimpan duit
Yeah ini memang sudah semestinya bagi rakyat marhaein.
maklum la keperluan menyambut bayi ni besar kos nya tambah-tambah bayi pertama. ye dak?

2. Google 'sales' , jualan gudang atau expo di Malaysia
Ini kene sentiasa alert ya. Kalo boleh bookmark di komputer masing-masing. Kalau jualan gudang tu mudah untuk kite pegi kira berbaloi la. tapi kalau kau tinggal kat perak dan gigih pegi expo bayi di johor semata-mata itu satu kebodohan ya.

3. Buat senarai keperluan yang perlu dibeli.
banyak blog yang share senarai keperluan bayi. kita kene sesuaikan dengan keadaan semasa kita ja.

4. Lampin pakai buang
Seeloknya belilah sebungkus besar lampin pakai buang saiz newborn. Beli sebungkus je. Lepas tu beli sebungkus besar lagi saiz S. Reason: kita ni tak tau tahap tumbesaran bayi kita kelak. Cadangan aku beli la drypers sewaktu ada offer harga murah)

5. Sarung kaki dan tangan
Jangan beli sikit sangat dan jangan beli banyak sangat. Tapi biar la secukupnya. Kalau dah tahu korang bakal bersalin time hujan, elok la beli lebih, kang tak kering pula sarung kaki dan tangan tu. Aku beli 6 set ja. Ulang pakai basuh. Anak aku dalam 2 bulan 2 minggu tak pakai sarung tangan dah (pastikan kuku pendek). sarung kaki masih pakai lagi.

6. Kain barut perut
Sekurang-kurangnya 10-12 keping. kene ulang pakai juga ni. kadang kotor kene minyak gamat ke, minyak telon atau ubat cuci pusat bayi.

7. Kain bedung
Aku ada beli sehelai je yang jenis moden. gugu swaddle pod nama diberi. Tu pun jarang pakai. Dalam sebulan ada la beberapa kali je pakai. Hari lain aku bedungkan guna kain batik je. Sebab kain batik@kain pelekat ni juga boleh dijadikan selimut bayi lepas anak tak rela dibedung. aku cadangkan TAK PERLU BELI gugu swaddle pod pun tak pe sebab bukan boleh pakai lama. Tapi nak beli juga lantak korang la.

8. Topi
Aku tengok kebanyakkan mak to be mesti senaraikan topi dalam list diorang. Aku yang naif ni pun terikut juga la nak beli. Tapi aku tak beli pun sebab ada orang bagi. Mujur aku tak beli wei, sebab anak aku tak suka pakai. asal letak je kat kepala die, die meronta-ronta nangis. Selamat duit mak, nakk....

9. Pakaian
Bila korang pegi scan 4d, doktor akan bagi tahu berapa berat bayi dalam perut korang tu. So korang boleh agak berapa berat bayi korang masa lahir nanti. Jadi disini aku nak nasihatkan kalau beli pakaian bayi jangan beli banyak-banyak untuk saiz newborn (beli 2-3 helai ok la untuk lepaskan gian shopping. hihihi).
Tapi cari la saiz 0-6 bulan atau 6-12 bulan (kalau bayi besar) Kita kene ingat yang bayi ni cepat membesar. Lain la kalau uols lahirkan bayi pra matang.

10. Bakul pakaian kotor
Kebanyakkan blog mak to be yang aku lawati dulu, tak de pun senaraikan benda ni. So korang yang baca tips aku ni beli la sebakul ya.

11. Almari pakaian bayi
penting tau nak simpan barang-barang bayi kelak.

12. Perlu ke stroller, car seat, baby carrier dan katil bayi?
Ini lepas bayi dilahirkan baru korang fikir nak beli ke tak. buat keputusan berdasarkan keperluan jangan ikut kehendak semata-mata. kita kene berjimat wei, maklumlah kos hidup tinggi. Harga kangkung je yang turun sekarang ni. berjimatlah...

13. Ampaian
Pakaian bayi kan kecil dan comel2 je, gunalah ampaian yang bersesuaian ye kawan-kawan.
Yang anak aku punya jenis ampaian mudah alih. senang nak bawa balik kampung masa berpantang.

14. Wash Bag (nak tulis BM cam tak best pula bunyi)
Aku beli benda ni supaya senang aku basuh sarung kaki dan tangan baby. Benda yang kecik-kecik kita boleh masukkan dalam ni je.


Itu jela kot tips dari aku yang dah melahirkan sorang anak ni. Saja je aku nak share sebab kadang-kadang aku tengok list yang blog mak to be ni main copy paste je. Ada benda yang tak sesuai untuk dibeli pun. Ada benda yang perlu di beli tak di tulis oleh mereka. Berdasarkan pengalaman penulis. Sekian.

Wednesday, January 8, 2014

SIAPA NAK BAUCAR ZALORA RM25? FREE JE.

MINGGU LEPAS SAYA BELI KASUT FLAT DI ZALORA, 
ALHAMDULILLAH BARANG SELAMAT SAMPAI DENGAN JAYANYA.
DALAM KOTAK YANG ZALORA POS, 
DIORANG SERTAKAN KOD BAUCAR RM25
 UNTUK SESIAPA YANG BELUM PERNAH ADA AKAUN PEBELIAN DI ZALORA. 
KIRANYA FIRST TIME SHOPPER DI ZALORA LA YANG DAPAT GUNAKAN 
BAUCAR KOD NI. 
SIAPA NAK BOLEH EMAIL SAYA :

 missfabolous15@yahoo.com 
subjek: saya nak baucar zalora

SAYA BAGI BERDASARKAN SIAPA CEPAT DIA DAPAT. 
TARIKH LUPUT KOD BAUCAR NI ADALAH PADA 28 FEBRUARY 2014


SUDAH MENEMUI PEMILIKNYA. THANKS!


Tuesday, January 7, 2014

PERBEZAAN BEDAK BAYI

Asalamualaikum semua,

Sejak dah jadi mak orang ni, setiap hari aku belajar benda baru dalam dunia ibu dan anak. 
Dah balik rumah sendiri dan kene uruskan anak sendiri memang satu cabaran. Ye la, dulu aku boleh bersantai-santai surf internet sepanjang masa. 
Sekarang tak boleh leka sangat. 
Takut anak nangis nak susu atau tukar lampin. Tido pun tak cukup ok!
Macam mana la bila aku dah mula kerja balik ni.
Ya Allah bantulah hambamu ini.....

Today aku nak share tentang bedak bayi yang aku gunakan untuk baby boy aku. 

1. bedak Anakku seperti gambar di atas tu aku beli travel set dengan syampu dan losyen. sebab dapat bekas plastik  yang mudah untuk dibawa berjalan. bagi aku tekstur bedak Anakku ni agak kasar sedikit bila aku apply di kulit baby aku. ye la setiap kali tukar drypers kene sapu bedak sikit untuk elak melecet di bontotnya.

2. masa pegi rumah mak mertua aku minggu lepas, suami aku terpengaruh bila tengok kakak beliau apply bedak johnson baby cooling powder (gambar tengah) dekat anak kakak beliau. Tak semena-mena aku tengok suami aku dah beli bedak seperti gambar tengah tu. Memang aku akui yang bedak johnson baby ni lebih halus teksturnya. Bila dah 3-4 kali sapu kat bontot anak aku, masa nak tukar dyrpersnya, aku perasan yang bontot anak aku ni bau 'ucuk' sikit. aku ingat aku tak cuci betul-betul. Jenuh aku cuci bontot anak aku kat sinki berkali-kali seolah-olah menyental bontot kuali lagaknnya. Tetiba aku ingat nasihat mak aku, kalau kita pertama kali apply produk kat anak kita, dan rasa ada kelainan, kene la bertukar cepat-cepat. dan aku yakin bedak cooling powder ni yang buatkan bontot anak aku 'ucuk'.

3. Lepas kejadian bontot anak aku bau 'ucuk' masa nak tukar lampin, aku pun bagitahu kat laki aku pasal ni. Dan laki aku setuju untuk beli bedak johnson tanpa pewangi seperti gambar sebelah kanan tu. Dan sekarang anak aku masih guna bedak johnson tanpa pewangi tersebut. 



Kesimpulannya di sini, elakkan menyapu bedak wangi di bontot baby tapi letak la bedak bayi non perfume aja. Bedak Anakku lebih kasar teksturnya berbanding bedak johnson baby. 

Jangan korang datang sini dan komen:
 'eh saya letak bedak wangi dekat bontot anak saya takde bau 'ucuk' pun...'
Ingatlah anak orang kan lain-lain ragamnya.

Monday, January 6, 2014

BAJU MENGANDUNG MURAH



UPDATE 09/04/2014


TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG 
KE BLOG INI.
 SOLD!




 TERIMA KASIH SEMUA. SOLD!

iklan free tidak dilayan. tq