Pages

Saturday, October 20, 2018

Contoh soalan temuduga N29 penolong pegawai tadbir

1. Apa pendapat anda pasal larangan penggunaan straw?

2. Apa itu belanjawan?

3. Lebih kepada minta pendapat tentang isu semasa.

4. 3 kelemahan dalam sistem kerajaan dan cadangan penambahbaikan.

5. nama KSN

6. nama KP JPA

7. nama YDP Agong

8. apa beza mengelakkan cukai dan melarikan diri dari cukai?

9. terangkan bagaimana bajet diluluskan.

10. EPSA tu apa?

11. INTAN tu tempat apa?



Pengalaman menginap di Sri Manja Boutique Hotel, Pahang

Berkonsepkan butik hotel
Ada kafe nampak macam serve untuk breakfast buffet. Dalam bilik ada servis room juga. So boleh la order makan dalam bilik kalau malas.

Ada tempat untuk buat event. 

Kolam renang ada tapi seperti 
cukup syarat je.

Bilik hotel just nice. Sesuai la untuk tidur. Nak habiskan masa dekat hotel je agak boring kerana tiada kemudahan rekreasi sangat di dalam hotel. Kalau keluar sikit di bulatan kecik kat hujung hotel tu ada la taman rekreasi untuk jogging.
Aku booking di traveloka. Dapat diskaun sikit. 
Kalau company nk buat meeting ke bengkel pun boleh kat sini.

Masa daftar di kaunter dapat welcoming biscuit lagi. Aku booking japanesse room. Harga after diskaun aku dapat RM 98.

Depan hotel ada pasaraya. Jalan kaki pun boleh. Sekitar hotel pun ada ada kedai makan. Malam-malam ada macam dataran untuk makan-makan. (Sebelah hotel je wei) tapi buka waktu malam je. Sate hassan tu sedap juga. Belakang hotel tu ada ibu pejabat bomba pahang.


Welcoming biskut

                    
Bilik hotel japan room

                     
Takde katil. Just nice.

Friday, October 12, 2018

TEMPAT SCAN BAYI DENGAN HARGA BERPATUTAN DI BATU GAJAH

1. Klinik As Salam  Bandar Seri Botani
-RM45
-islamik sikit

2. Pusat Pakar Permata Raoofah Silibin
-harga tak tahu. jauh sikit.

3. Klinik Ong Batu Gajah
-RM50
-sebelah hong leong bank

4. Klinik Permai, Sri Iskandar
-harga tak tahu

5.

Wednesday, October 3, 2018

TEMPAT MAKAN BEST DI PUTRAJAYA

1. FOOD TRUCK PUTRAJAYA
lokasi berdekatan hotel dorsett putrajaya. dan pasaraya hero presint 3. dibuka dari jam 6 petang hingga 11 malam. ada jual nasi moi, air soda herb, takoyaki, nasi goreng, ayam goreng, western food, air jagung sedap, belon dan badut.

my review, kebanyakan makanan disini sejuk. diorang dah masak awal. so tak menarik la bagi aku. harga ok la. Kalau anak ramai better makan dekat kedai. meja kerusi dan tong sampah juga disediakan. setakat nak lepak-lepak ambil angin malam, boleh la. Nak pegi jarang-jarang

Untuk kebersihan terjamin, aku bawa wet tissue dan tisu kotak sendiri.







2. Ayer8
banyak kedai makan kat sini. ada shell out, ada kedai tomyam (tingkat bawah), nasi lan kedah, teh tarik place, aroi thai (thai street food RM1.90), kedai bokitta, pejabat ptptn pun ado. marry brown, paparich, serabei cafe, kedai emas anuar
harga ok la kalau nak makan sekali sekala tu kan. lepas tu boleh tengok beca putrajaya dekat tingkat bawah. betul-betul depan tasik. port kanak-kanak main belon pun ada.

3. Medina TomYam, Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9
(orang putrajaya panggil flat hijau-dulu pangsapuri ni warna hijau)
menyediakan masakan panas bermula jam 12 tengahari sampai 5 pagi kau! Bagi aku tomyam sedap di putrajaya di sini la tempatnya.

Tomyam pekat, cukup rasa. 
Ini aku order ketiau tomyam.


4. Jom Bali
bersebelahan Hotel Dorsett (pasaraya HERO Presint 3)
ada western food dan makanan yang biasa ada di kedai di malaysia, macam nasi goreng, ketiau kungfu, air teh tiga layer diorg sedap woi. Harga mahal juga tapi portion besar. Takde makanan bali pun kat sini.


Nasi goreng tomyam 


Ketiau kungfu dengan telur separuh masak.

5. Alamanda
ha...dalam ni ada food court, restoran makan ada tapi tak banyak. Seoul garden, kfc, mcdonald, nandos, big apple, starbuck
Ada kebab, cendol, roti john putrajaya di foodcourt.

6. Food Truck Hotspot Presint 14
ada jual roti keju, takoyaki, ais krim, air big cup. macam-macam lagi.

7. Nadi @15 di Presint 15
banyak kedai makan di sini, kalau tengahari boleh makan di restoran kito. ada masak lemak daging salai. bersebelahan butik manjaku. ada restoran Mohd Chan, restoran dayang (masakan sarawak), nasi lan kedah, ada domino, kfc. Kedai cheese nan pun ada. hotel bajet pun banyak di sini.

Tuesday, October 2, 2018

bersunat bayi perempuan di batu gajah

dekat pekan batu gajah yang kecil molek ni, klinik pun tak banyak.
nak cari tempat bersunat bayi perempuan pun susah.

ada yang cakap boleh buat dekat makcik bidan dekat batu satu. tapi iols tak berani la pulak.

jadi cadangan lainnya adalah di klinik dr maria depan tesco station 18. RM30. cuba lah.

Lagi satu di di klinik as salam bandar seri botani. RM40 untuk bayi bawah setahun.