lokasi berdekatan hotel dorsett putrajaya. dan pasaraya hero presint 3. dibuka dari jam 6 petang hingga 11 malam. ada jual nasi moi, air soda herb, takoyaki, nasi goreng, ayam goreng, western food, air jagung sedap, belon dan badut.
my review, kebanyakan makanan disini sejuk. diorang dah masak awal. so tak menarik la bagi aku. harga ok la. Kalau anak ramai better makan dekat kedai. meja kerusi dan tong sampah juga disediakan. setakat nak lepak-lepak ambil angin malam, boleh la. Nak pegi jarang-jarang
Untuk kebersihan terjamin, aku bawa wet tissue dan tisu kotak sendiri.
2. Ayer8
banyak kedai makan kat sini. ada shell out, ada kedai tomyam (tingkat bawah), nasi lan kedah, teh tarik place, aroi thai (thai street food RM1.90), kedai bokitta, pejabat ptptn pun ado. marry brown, paparich, serabei cafe, kedai emas anuar
harga ok la kalau nak makan sekali sekala tu kan. lepas tu boleh tengok beca putrajaya dekat tingkat bawah. betul-betul depan tasik. port kanak-kanak main belon pun ada.
3. Medina TomYam, Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9
(orang putrajaya panggil flat hijau-dulu pangsapuri ni warna hijau)
menyediakan masakan panas bermula jam 12 tengahari sampai 5 pagi kau! Bagi aku tomyam sedap di putrajaya di sini la tempatnya.
Tomyam pekat, cukup rasa.
Ini aku order ketiau tomyam.
4. Jom Bali
bersebelahan Hotel Dorsett (pasaraya HERO Presint 3)
ada western food dan makanan yang biasa ada di kedai di malaysia, macam nasi goreng, ketiau kungfu, air teh tiga layer diorg sedap woi. Harga mahal juga tapi portion besar. Takde makanan bali pun kat sini.
Nasi goreng tomyam
Ketiau kungfu dengan telur separuh masak.
5. Alamanda
ha...dalam ni ada food court, restoran makan ada tapi tak banyak. Seoul garden, kfc, mcdonald, nandos, big apple, starbuck
Ada kebab, cendol, roti john putrajaya di foodcourt.
6. Food Truck Hotspot Presint 14
ada jual roti keju, takoyaki, ais krim, air big cup. macam-macam lagi.
7. Nadi @15 di Presint 15
banyak kedai makan di sini, kalau tengahari boleh makan di restoran kito. ada masak lemak daging salai. bersebelahan butik manjaku. ada restoran Mohd Chan, restoran dayang (masakan sarawak), nasi lan kedah, ada domino, kfc. Kedai cheese nan pun ada. hotel bajet pun banyak di sini.
DALAM BANYAK2 ni ena tahu no 5 ja hehe
ReplyDelete