Klik Nuffnang Ads

Monday, November 29, 2021

REVIEW HOTEL TENERA BANGI

 Check in 16 September check out 17 September. 

Kaedah booking: booking.com 

Bayaran: Online di website 

No deposit 


Bilik: 


Tenera Hotel and Service Apartment ini berdekatan dengan (gudang) AEON Regional Distribution Centre. Sabtu malam ada pasar malam di seberang jalan. Dan Pagi Ahad ada pasar tani di tapak yang sama.

ADA SMOKING AREA BERDEKATAN KAFE 

PEMANDANGAN DARI BILIK. KAFE HOTEL \

TEMPAT PARKING BANYAK. BASEMENT PUN ADA. TU POOL DEKAT SERVICE APARTMENT


                                            TAPAK PASAR TANI DAN PASAR MALAM


Tiba di lobi, saiznya agak besar dan dipenuhi dengan sofa empuk dan kerusi bagi menunggu giliran check in. Ketika kami tiba tidak ramai sedang check in dan proses berjalan lancar. Lobi hotel berbau wangi ya. Saya lihat hotel ini wheel chair friendly. 👨‍🦽👨‍🦽

Ada service buggy car untuk ke bangunan service apartment. 

Dari segi layanan, kakitangan sangat membantu. 



LOBI LUAS DAN WANGI



Masuk ke dalam bilik, terdapat satu katil single dan satu katil queen. Cadar tegang sebenarnya tapi anak dah baring dulu jadi di dalam gambar nampak kurang tegang. Susunan layout yang kemas  dan ringkas. Bantal banyak dan empuk. Cuma tilam katilnya agak tenggelam bila baring. Tilam tak best sebab tenggelam.  






Rancangan tv agak terhad, terdapat juga tiga botol kecil air mineral, teh kopi gula, pemanas air, hair dryer, iron, iron board, sejadah, hanger,  peti ais kecil, selipar dan tuala. Safety box turut disediakan. Wifi kurang laju. Aircond kuat. 


Bilik kemas dan kebersihan sangat dititiberatkan. Sabun dan shampoo jenama Tenera Hotel tetapi pada saya kurang harum. Kuasa tekanan air kuat dan memuaskan

Disini tiada bath tub. Turut disediakan bakul bagi towel basah. 


KOLAM DI SERVICE APARTMENT

Kami diberitahu kolam renang di hotel ditutup. Saya tidak pasti kenapa tetapi staf hotel menyatakan pelanggan boleh menggunakan kolam renang di bangunan service apartment (perlu berjalan sikit untuk kesana) Gym berasingan lelaki dan wanita pun ada disini. Kolam renang tidak memerlukan kaedah booking. Ada staf untuk agihan tuala di kolam renang tetapi tiada life guard duty ya disini. Kolam kanak kanak dan dewasa terletak bersebelahan. 


Makanan tengahari kami pesan foodbox yang dijual di kafe hotel. Staf kafe akan hantar ke bilik. Harga berpatutan tetapi menu terhad. Untuk buffet breakfast, menu standard sahaja. Tidak pelbagai tapi masih memuaskan. 


Secara keseluruhan kami berpuas hati dengan kualiti penginapan di Tenera Hotel termasuklah layanan, makanan, kebersihan, kemudahan dan lokasi. 


Saya memberikan ⭐⭐⭐ untuk Tenera Hotel. Mungkin tidak akan datang lagi bukan kerana tidak menarik tetapi kami mahu explore hotel lain pula.

No comments:

Post a Comment