Klik Nuffnang Ads

Saturday, October 22, 2011

KDrama@JDrama Pilihan

Ini antara drama korea@jepun berkisar tentang penyiasatan@action@misteri yang membuatkan saya cakap 'wow' dalam hati.
Kalau nak dibandingkan drama Gerak Khas (tak tau ada lagi ke tak drama ni),
ini pilihan saya:

1. City Hunter = ada Lee Min Ho

2. Tantei Gakuen Q = pelakon yang comel2

3. Iris

4. Mr Brain = ada Takuya Kimura

5. Tokyo Dogs =

*boleh tengok secara free di dramaload@dramacrazy. nak download pun boleh bah!

Friday, September 30, 2011

PETUA HILANGKAN JERAWAT

Sekarang produk kecantikan berlambak-lambak kat kedai.
Dah tempek macam-macam krim@pencuci muka@toner di muka tapi jerawat still ada lagi. *Pening-pening.

Berdasarkan pengalaman saya, jika rawatan luaran masih tak boleh nak mengatasi jerawat yang cepat membiak ibarat berudu di dalam air bertakung, apakata kita cuba rawatan dalaman pula. So try la pil jerawat TIDACT yang ada dijual kat farmasi. Siapa pernah makan Tidact? Sepapan ada 10 biji RM7.00 di Farmasi Hidayah kat Pasabina Pengkalan. Kalau di farmasi sebelah BSN Kuala Kangsar pula RM9.00 sepapan. Kat tempat lain, eden tak tau!

Cuba makan selama sebulan setiap hari. Sehari satu pil je. Gerenti jerawat cepat hilang. Jerawat sahaja yang hilang tau. Kalo yang gemar picit jerawat sampai meninggalkan parut, sila guna krim parut sebab pil ni tak boleh hilangkan parut.

Bila dah ambil pil antibiotik, sudah semestinya ada kesan sampingan. Sebab: antibiotik yang dimakan dalam tempoh yang lama akan membunuh bakteri baik dalam badan kita.
*doktor yang cakap kat saya.
Jadi pandai-pandai la berhenti makan Tidact jika rasa ade perubahan sampingan pada diri sendiri. Nak lebih detail tentang pil TIDACT ni, boleh la search Google.
Bye!!!

Thursday, August 4, 2011

KALAU TAK YAKIN UTK TEPATI, JANGAN BERJANJI

Kawan aku cakap:

"Janji ni macam baby. Senang nak dihasilkan tapi susah untuk dilahirkan"


Yes, Memang sebijik la perangainya dengan orang yang pernah berjanji dengan aku tu.

Fed up!

Wednesday, August 3, 2011

BUKAN MIMPI BASAH

Salam berpuasa semua,

Tadi saya tengok la beberapa keyword ape yang membuatkan orang datang blog ni. Tapi satu keywords yang tak bole blah ada la "Main dengan Mat Bangla". Memang tak boleh blah langsung sape yang taip keywords ni. Ekau ingat ini blog romen ke? Hampas!

**************************************************************

Ni story lain pula:

Tadi saya dapat satu berita yang tak best. Actually saya frust kejap je dengan berita tu. Tapi bila
saya war-warkan berita tak best tu kat seseorang, boleh pula die memberikan kata-kata yang berunsurkan kondem mengondem. WTF la kn? Aku dah cakap aku letih tolong mak kat umah, kau bole pula kaitan dengan benda lain. Memang aku paling benci la lelaki mulut stok2 puaka ni.
Yang pasti aku dah putus asa dan hidup mesti diteruskan.


Bye!

Monday, August 1, 2011

DRAMA KOREA VS DRAMA JEPUN

Hello semua,

Sebagai peminat drama-drama korea/jepun ni, kat sini aku nak share beberapa kajian yang dah aku jalankan tentang drama-drama ni. Well, aku bukan tengok sesaje drama ni. Tapi tengok sambil berfikir. Wah...memang over la. Setiap kali aku tengok cite-cite tu, aku selalu cakap dalam hati :

"pandai la hero ni menghayati watak. cool gile!"

"gile hebat heroin ni berlakon jadi pompuan comel2 naif!"

"sape la penulis skrip cite ni. memang kelaka dan menusuk kalbu habis!"

"aigo, aigo, diorg ni tak jatuh cinta ke kalo berlakon cinta-cinta@kiss-kiss macmni?"

"alahai romantiknya. ade ke lelaki mcmni kt msia....."

"apesal la diorg ni cute2 sangat. rasa nak buat anak patung pulak!"


Ok, tu ape yang aku ulas dalam hati. Tapi dari segi pemerhatian aku, drama jepun ni ade juga la menerapkan budaya kerja diorg yang cekap tu. Macam scene kat ofis. Pastu drama jepun jarang gune kenderaan sendiri. Semedang je jalan kaki@naik basikal@kenderaan awam. Adegan kissing macam dibuat dengan kurang penghayatan. Aku suka drama jepun yang berkisar tentang penyiasatan. Memamg otak power la sape yang bikin skrip die.

Drama korea pula, lebih romantik dan membuai-buai perasaan. Kalo berlakon comel tu, memang comel la sangat. Kalo sedih tu memang sedih gile! Dalam drama nampak diorg cm kaya-kaya je sebab gune kenderaan persendirian. Adegan kissing pula dibuat dengan penghayatan walaupun adakalanya dusta belaka. Jalan cerita yang menarik dan luar jangkaan. Kalo cite melayu tu, tengok sikit je dah tahu ape kesudahannya. Heh!

Drama jepun biasenye tak banyak episode nya berbanding drama korea.

Yang pasti, dua-dua drama aku suka. Tapi takde la semedang je aku nak sebut 'Aigo,aigo' atau 'Saranghae' atau 'annoyosayo a.k.a jual sayor!'


::suka masuk the face shop@etude house::


Ok, bye!