Klik Nuffnang Ads

Sunday, January 15, 2012

We Got Married - TeukSo Couple

(Episode 1 until 13) also can see here. I really like to see this reality show.
Melting... ^0^






Kshownow | KSNsubs - Watch Korean Shows with English Subs: Teukso Couple Episode 14 English subs: Teukso Couple Episode 14 Subbed by: Kshownow

Sausage with baked beans

Bila umur makin meningkat, naluri untuk berumah tangga itu ada. ^0^
Dari asyik membeli majalah Intrend@Eh!,
hati terbuka pulak untuk beli buku resepi.
Sebelum kite melangkah lebih jauh
untuk memasak gulai ayam pucuk pegaga@gulai nenas ikan masin,
seeloknya kita mencuba resepi mudah macam ni dulu. *_~

Jadi harini saya cuba resepi ringkas yang diceduk dari buku resepi ini.





Bahan-bahan:

8 batang sosej dipotong serong dan pendek

1 tin kecil kacang panggang

1 sudu besar minyak masak

1 tin cendawan butang (dihiris)

(dalam tin tu ada 7 ketul je)

6 sudu besar sos cili

1 biji green capsicum a.k.a lada benggala dipotong dadu

1 biji red capsicum a.k.a lada benggala dipotong dadu

1 labu bawang besar dipotong dadu

Garam dan serbuk pati ayam Knorr secukup rasa

2-3 keping keju (ikut citarasa sendiri)



How To Cook:

Panaskan minyak dalam kuali.

Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Jangan sampai hangit.

Alihkan bawang yang digoreng tadi ke dalam piring. Gorengkan sosej sehingga garing.


Masukkan sos cili dan cendawan butang. Kacau rata.

Masukkan pula capsicum merah dan hijau serta kacang panggang. Gaul rata.

Tambah secubit garam dan serbuk pati ayam Knorr.

Siap untuk dihidangkan bersama roti dan kepingan keju.




Nyum-nyum. Enjoy your meal.


Monday, December 19, 2011

WATCH KOREAN DRAMA HERE

Assalamualaikum,

Just nak share link sites untuk tengok drama korea terbaru yang tak de ditayangkan di Malaysia lagi. Jangan risau, semua ada sarikata bahasa inggeris. Nak tengok pun free je. Kualiti gambar pun ok. Next time saya share drama korea best yang saya pernah tengok.

1. DramaCrazy

2. Drama Fever

3. My Soju

4. Maaduu.com

5. DramaLoad

6. http://wegotmarriedsubs.blogspot.com





sekian.

dari pencinta drama korea. *_~




Saturday, December 10, 2011

DIY :: BUNGA FABRIK

Saya belajar buat bunga fabrik ni semata-mata untuk jahit di baju baru.


Bahan yang diperlukan:



Benang
Gunting
Jarum saiz kecik
Mutiara kecil @ bunga ros reben
Fabrik Chiffon
(ikut suka korang nak guna fabrik jenis ape. saya beli semeter pun dah cukup banyak)
Bentuk bulat (boleh guna cawan, piring @ apa2 yang bentuk bulat)
Benang
Lilin

Langkah-Langkah

1. Mula-mula tekapkan bentuk bulat diatas fabrik. Buat Sebanyak mane yang anda nak.

2. Gunting bentuk bulat yang dah dibuat.

3. Lepas dah gunting bentuk bulat tu, lilinkan sekeliling bentuk bulat tu supaya fabrik tak tercarik benangnnya. Macam kita lilin tepi tudung masa sekolah dulu.


Jahit jelujur halus disekeliling bentuk bulat




Tarik sikit sikit supaya fabrik jadi berkedut dan berbentuk buntil.
Matikan benang.



Jahit bunga ros@manik di tengah-tengah supaya jahitan jelujur tadi tidak kelihatan.




:: Siap ::







Saya rujuk buku ini untuk buat bunga fabrik tersebut.



Thursday, December 8, 2011

LOVE DIY? COME & SEE THIS BLOG...


Suka la tengok cara orang-orang kreatif

tonjolkan "kekreatifan" (ade ke perkataan mcmni?) diorang.

*Kagum ok!

Kalau korang banyak pakaian@aksesori yang dah bosan nak pakai,

cuba make a newlook macam

pemilik blog http://ispy-diy.blogspot.com/ ni buat.