Klik Nuffnang Ads

Friday, November 23, 2012

BAJU NIKAH SAYA

saya sebenarnya kurang berminat baju yang berlining-lining
so saya pilih untuk buat baju kurung nikah yang simple untuk hari pernikahan saya

sebelum hari kejadian, saya memang tak yakin nak pakai baju ni.
akhirnya saya pakai juga.
suami cakap 'ok je abang tengok baju tu'
KAIN UNTUK BAJU SAYA DAN BAJU MELAYU SUAMI
ADALAH DARI JENIS YANG BERLAINAN


 manik-manik dekat baju tu saya jahit sendiri
walaupun rupanya biasa-biasa je,
 tapi dibuat dengan titik peluh sendiri, rasa sangat puas hati.


gambar kabur ni je yang ada buat masa ni


cotton frame di belakang saya tu RM75 untuk dua keping
bunga tangan fresh flower tu saya gubah ikut suka je. ^_^

sewaktu majlis bertandang pada 25 Nov 2012 yang lalu, saya tak pakai tiara untuk hiasan kepala.
Jadi saya gantikan dengan headband yang saya buat sendiri.
Nak tengok? boleh klik link di sebelah -->headband


p/s: saya malas layan orang malas

DIY BUNGA RAMPAI

Saya sangat suka majlis perkahwinan yang berbau wangi 
Tapi bila pintu@tingkap rumah dan terbuka, tetamu pun ramai,
takde de bau wangi-wangi ini. 

 saya guna air mawar je. RM1.00 sebotol.
 hajat nak cari lotion pathcouli tak berjaya.
 (refer sis spread my happiness blog)

saya just gunting sahaja. nampak kasar je potongan nya. heeeeee

bahan untuk bunga rampai versi saya adalah:
daun pandan (belakang rumah)
daun limau kasturi (belakang rumah)
bunga melur (beli di kedai india)
bunga kertas (halaman rumah)
air mawar
bahan-bahan lain macam susah nak cari di kawasan rumah saya




VEIL NIKAH SAYA

Simple DIY by Me

 gambar keseluruhan veil

 bahagian belakang veil


Thursday, November 22, 2012

TUDUNG NIKAH SAYA




tudung nikah DIY by me
freshkon alluring eyes (big eyes) mesmeric black
harga di fokus point RM50
harga di kedai optik lain RM60

picture from lensaharmoni FB

Sunday, November 18, 2012

DIY DOORGIFT

Siapa cakap bottle jar murah dan lain dari bentuk macam yang dijual
 di Nilai 3 
hanya terdapat di Puchong? 
(design botol ikea dah selalu sangat)
Meh saya share tempat saya beli bottle jar untuk diberi 
kepada tetamu saya sewaktu majlis perkahwinan saya minggu lepas.
Bagi saya, semua tetamu adalah tetamu VIP.

 
   So tiada diskriminasi tetamu di majlis saya minggu lepas.
botol jar ni saya beli di Ipoh. 70 sen (botol bentuk hexagon dan penutup)


tq tag tempah dengan tay trading online dan saya gunting sendiri
doilY paper beli di wakim jln raja bot@bake with yen
isi dalam botol sponsor dari mak adalah buah-buahan kering (dry fruits) terdiri daripada buah jambu kering, buah kiwi kering, buah betik kering dan buah mangga kering.