Klik Nuffnang Ads

Sunday, December 30, 2012

PETUA MENGURANGKAN MUKA BERMINYAK

Selain kita gunakan kolagen rumpai laut yang femes dijual di alam maya sekarang, 
kita juga boleh mengikut petua yang aku cadangkan ni. (sila tgk tutorial di youtube)
Aku pun guna petua ini untuk kurangkan muka berminyak
Kalau nak cari petua menghilangkan muka berminyak, mungkin tidak ada di dalam blog ini. 
Sebab, kalau nak hilangkan minyak di muka, 
baik kita hadkan pemakanan yang mengandungi minyak. 

Panjang lebar pula aku bermukadimah. 

kurangkan muka berminyak dan menghilangkan minyak di muka
 adalah dua situasi yang berbeda, ya kawan-kawan.!

ok, mari kita kembali ke pangkal jalan.

bahan-bahan yang diperlukan untuk mengurangkan minyak
 di muka kita adalah seperti di bawah :-)

 disebabkan aku kadang kala makan oat untuk diet,
 jadi untuk mendapatkan bekalan oat di rumah adalah bukan satu masalah yang perlu dibimbangkan
-letak oat sesudu kecil ke dalam mangkuk-


aku juga suka buat air lemonade untuk dihidangkan kepada sang suami.
 jadi tiada masalah dalam mendapatkan bekalan lemon di rumah.
hiris lemon dan perah jusnya ke dalam mangkuk berisi oat tadi.
 boleh juga campur bersama air suam jika lemon tiada di rumah.

gaul sehingga bahan tersebut menjadi likat.


selepas itu boleh la di tempek ke muka kalian. 

biarkan selama 15-20 minit sehingga kering. 

bila dah kering, bolehlah cuci dengan air suam atau air tapis.

SELAMAT MENCUBA

oh yes, muka aku kategori muka berminyak dan sedikit kering

Thursday, December 27, 2012

SIJIL NIKAH + KAD NIKAH

Asalamualaikum 

ini mungkin entry terakhir kisah kahwin aku. 
Lepas dah lebih sebulan berkahwin,
baru tergerak hati nak call pejabat agama islam batu gajah (05-3661300)
untuk bertanyakan tentang sijil nikah dah siap ke belum.
Staff PAIBG tanya bila tarikh nikah, aku jawab bla, bla, bla.
Then staff PAIBG cakap dah siap. Boleh datang ambil. Wakil tolong ambil pun tak pe.
tak de pula staff PAIBG minta bawa apa-apa surat wakil jika wakil yang tolong ambil sijil nikah ni.

Disebabkan aku dan suami jauh di perantauan, abah aku tolong ambilkan sijil nikah tersebut.
 Beserta sijil nikah itu, disertakan borang yang perlu diisi untuk permohonan kad nikah pula.


Sijil Nikah
diberi dalam dua salinan (lelaki + perempuan) 
tulisan jawi campur rumi.


Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan kad nikah yang siap diisi adalah:}
Gambar pasport lelaki dan perempuan (menutup aurat dan bertudung gelap)
SATU salinan sijil nikah L+P (yang asal perlu dibawa bersama)
RM40 untuk 2 keping kad nikah
SATU salinan MYKAD lelaki dan perempuan yang telah disahkan


(we all masa majlis bertandang yang lepas. cantik tak kak ton pakai baju bertandang warna pink??)

tapi aku tak tahu bila boleh siap. 
sebab aku serahkan urusan ni pada abah. *_*


adalah diingatkan bahawa prosedur ini adalah di pejabat agama daerah di perak sahaja.
 negeri-negeri lain, tidaklah diketahui oleh penulis.

Wednesday, December 26, 2012

CEMBURU @ JEALOUSY

"JEALOUSY is  When You Count Someone Else's Blessings Instead Of Your Own"

"Cemburu , apabila selalu melihat kelebihan orang lain tanpa 
memikirkan kelebihan yang ada pada diri sendiri "

KREDIT TO FORUM CARI 

SIAPA ADA PENYAKIT INI? 
KADANG KALA SAYA ADA JUGA TERKENE PENYAKIT NI. 
TAPI SELALU CAKAP PADA DIRI SENDIRI, SETIAP ORANG PASTI ADA REZEKI MASING-MASING.
 YANG PASTI KITA PERLU SENTIASA BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA PADA DIRI SENDIRI. 
TANPA SEDAR ADA ORANG LAIN CEMBURUKAN KITA. HEEEE....

..WASSALAM..

Tuesday, December 25, 2012

GULAI NENAS IKAN MASIN + UDANG

Hidangan untuk 2-3 orang


BAHAN-BAHAN: 
Nenas madu di belah dua.
Buangkan duri dan potong kecil
Santan cair secawan (beli yang RM1 seplastik di pasar)
1 helai daun kunyit disiat

2 keping asam keping
air jika perlu
garam dan gula secukup rasa
6-7 hirisan ikan masin kurau direndam dalam air terlebih dahulu
6-7 ekor udang saiz L


Bahan untuk dikisar :-)
bawang merah 4-5 biji
bawang putih 2-3 ulas
1 hirisan nipis lengkuas
sebijik buah keras
seinci kunyit hidup
2 @cili merah dan 4 @cili padi
2 batang serai


cara membuat:
masukkan nenas madu, bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.
didihkan diatas api sederhana.
gaul sehingga rata dan masuk kan santan + air (jika perlu)
masukkan ikan masin dan udang. gaul dan biarkan hingga mendidih.
masukkan asam keping, garam, gula secukup rasa.
akhir sekali masukkan daun kunyit
kacau sekali skala dan agak-agak dah masak boleh la tutup api.

resepi diadaptasi dari blog pakcik mat gebu.
betul la orang cakap, perempuan dah kahwin ni suka cuba resepi untuk bagi suami makan. heeeeeee.....


Wednesday, December 19, 2012

ALPHABET STEEL PLATE

Siapa tercari-cari benda ni? 

 pandangan depan

pandangan belakang


Idea yang menarik untuk dijadikan props perkahwinan. 
Boleh di tempah di (tak tau nama kedai) shop lot @ Marrakesh Sunway Pyramid




"selamat menjadi pengantin kepada bakal pengantin bulan disember 2012 ya"