Klik Nuffnang Ads

Tuesday, September 24, 2013

AYAM MASAK CILI KERING

bila dah berumah tangga, otomatik akan jadi tahu memasak. maklum la, google kan ado!
tak kan hari2 nak bagi laki makan nasi bungkus sesaje...


resepi mudah untuk tatapan

AYAM MASAK CILI KERING (untuk 2 orang makan)


jangan ingat rupa yang tak menarik tak sedap. heeeeeeeee.........

Bahan-Bahan:
ayam potong kecil2. ikut suka la nak bahagian mana.
sebiji bawang besar dihiris
(aku suka guna bawang besar dalam masakan sebab nak kupas xde la pedih mata)
2 biji bawang putih dihiris
seinci halia dihiris
3-4 cili kering
1-2 cili padi
4-6 cendawan (xde pun tak pe)
secukup rasa kicap manis
sos tiram ikut suka hati
sedikit garam
2 sudu besar air masak
lada sulah@lada hitam (xde pun tak pe)


Cara Penyediaan:
goreng ayam yang sudah dibersihkan. jangan sampai kering. biar ada jus-jus sikit.
lepas tu asing dalam pinggan berlainan.
tumis pula bawang besar, bawang putih, dan halia.
agak-agak dah naik bau, masukkan pula cili kering dan cili padi.
boleh la masukkan kicap manis, sos tiram dan 2 sudu air.
kacau gaul beserta ayam yang telah digoreng tadi.
masukkan sedikit garam.

dah siap boleh hidang dalam pinggan. Nyummy!


asalkan laki kite boleh telan makanan tu dah cukup bagus. alhamdulillah...

Friday, September 20, 2013

MAKAN WENDY'S DI Times Square

Masa ni saja nak merasa kelainan yang ada pada fast food ni.

Sedap je. Murah. Nyummy!

Lokasi: Times Square, Kuala Lumpur

aku amik set yang paling murah. RM5.++ je

RESEPI BUBUR JAGUNG

 Resepi untuk dua orang makan
sangat mudah untuk disediakan
masa penyediaan: 45 minit

2 tongkol jagung (tak tahu nak panggil tongkol@biji) diparut sehingga lerai isinya
setengah keping gula kabung
2 helai daun pandan
2 senduk gula 
secubit garam
santan sekotak kecil
4 sudu besar sagu 
setengah jar air tapis




Mula-mula didihkan sagu didalam air. (agak-agak tenggelam je la)
biar sampai sagu masak. tiada biji2 putih kelihatan.
lepas tu masukkan sekotak santan
kacau rata
masukkan pula isi jagung yang telah dileraikan
tunggu 2-3 minit, masukkan  daun pandan yang diikat kemas beserta setengah keping gula kabung,
2 senduk gula dan secubit garam. 
kacau sehingga gula kabung larut sepnuhnya.
kecilkan api. tunggu sehingga mendidih.
Nyummy!


jang kau ingat persembahan tak menarik, rasanya tak sedap.

Monday, August 12, 2013

PAKAIAN DALAM BAGI WANITA HAMIL

Biasanya perubahan bentuk badan pompuan hamil ni terjadi pada minggu ke 16. 
pakaian dalam yang biasa dipakai dah tak berapa muat untuk dipakai. 
jadi kita kene beli saiz yang 2x lebih besar. jangan lupa ukur di badan sendiri. sebab: badan kita akan mengembang dengan berjaya sehingga la bulan yang ke sembilan. 
sangat tidak selesa bila masih memakai pakaian dalam yang biasa dipakai sewaktu tidak mengandung. 
dekat aeon (jusco) ade jual maternity panties, bra menyusu (persiapan awal untuk bersalin) dan bra saiz besar sikit yang sesuai dengan saiz kita2 sebagai bakal-bakal ibu ini.  harga yang mampu milik.
lagipun untuk dipakai sewaktu mengandung je.
lepas badan kembali ke bentuk asal, boleh pakai pakaian dalam yang sebelum ni.

sekian perkongsian untuk hari ini. selamat bershopping dan selamat hari raya!

oh yes, aeon (jusco) pun ada jual maternity dress juga tau. kene pandai cari dengan harga mampu milik!

Monday, June 24, 2013

CONTOH SOALAN KPSL N27

BAHAGIAN B TAHUN 2011

1. KERAJAAN TELAH MEWUJUDKAN SATU PROSES MEMERIKSA LATAR BELAKANG PENJAWAT AWAM SEBGAI SALAH SATU CARA MENENTANG KEGIATAN YANG MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA

A)NYATAKAN PROSES TERSEBUT DAN TERANGKAN JENISNYA  (8 MARKAH)
B)JELASKAN PROSES PEMERIKSAAN LATAR BELAKANG PENJAWAT AWAM DILAKUKAN
(12 MARKAH)


2.

A) TERANGKAN LANGKAH PENTING BG SESUATU JABATAN DALAM MELAKSANAKAN PROSES PENANDAARASAN AGAR IA DILAKSANAKAN DENGAN SISTEMATIK  
(10 MARKAH)

B) MYSTERY SHOPPING TELAH LAMA DIJALANKAN OLEH SEKTOR SWASTA. ANDA DIMINTA MELAKSANAKAN MYSTERY SHOPPING DI JABATAN ANDA BAGI MENGATASI ADUAN KETIDAKPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN YANG DITERIMA MEREKA. HURAIKAN KAEDAH PELAKSANAAN MYSTERY SHOPPING. (10 MARKAH)