Klik Nuffnang Ads

Sunday, April 20, 2014

GIVEAWAY: SAYA NAK SKIRT FREE ITU

Lama dah aku tak update blog ni. Mujur masih ingat password blog.
Harini 20/04/2014 (Ahad) aku nak buat giveaway untuk pengunjung blog aku ni. 
Aku nak bagi sehelai chiffon skirt berwarna hijau tajaan blog justskirt untuk seorang pemenang bertuah.
Skirt ini berlining penuh sesuai untuk semua fashionista di luar sana. 


SYARAT PERNYERTAAN: (baca dengan teliti)



1. BUAT SATU AYAT RINGKAS YANG DIMULAKAN DENGAN 
"SAYA MESTI MENANG CHIFFON SKIRT INI KERANA................"

CONTOH: saya mesti menang chiffon skirt ini kerana saya nak memakainya ketika menyambut ulangtahun perkahwinan saya yang ke-3 pada 10 Mei nanti. 

2. KORANG KENE COPY PASTE GAMBAR SKIRT YANG AKU BAGI DIBAWAH DAN LETAK DALAM BLOG KORANG. 

3. PASTIKAN GAMBAR SKIRT YANG KORANG LETAK DALAM ENTRY TU, BOLEH LINK TERUS KE GIVEAWAY NI.

4. TAK KISAH KORANG NI FOLLOWER BLOG NI KE TAK. JANJI KORANG ADA BLOG UNTUK BUAT ENTRY. TAK FOLLOW PUN TAK PE.

5. SEORANG PEMENANG AKAN DIPILIH BERDASARKAN AYAT RINGKAS YANG DIBUAT MENARIK PERHATIAN AKU. (hint: jangan buat ayat sedih2)

6. TARIKH TUTUP PENYERTAAN : BILA RASA NAK TUTUP, AKU TUTUP TAPI SELEWATNYA 30 APRIL 2014

7. LEPAS ENTRY DAH SIAP, SILA TINGGALKAN LINK BLOG KORANG DI RUANGAN KOMEN, SUPAYA SENANG AKU NAK MENILAI AYAT RINGKAS KORANG TU.

     
                                                                labuh skirt 90 cm
                                                                labuh lining 80 cm

Wednesday, February 26, 2014

MAKAN POPCORN FREE

kak long kita bagi kita makan popcorn ni dekat rumah dia. 
serius sedap.(mungkin sebab makan free kot)
manis dan rangup betul. 
abang, jom kita beli popcorn ni dekat one utama, boley? 







ni gambar baby kita masa mula-mula belajar meniarap. 
dia dah nangis-nangis dah sebab tak boleh pusing, 
kita tangkap gambar sekeping dua dulu baru kita betulkan kedudukan dia. (",)
sekarang dia dan pandai dah. 


"JANGAN TANYA SOALAN YANG MEMANG DAH ADA JAWAPANNYA"

Friday, February 14, 2014

SHIN RAMYUN NOODLE SOUP

Biarlah gambar berbicara

 Pengaruh menghadap drama korea dekat One HD hari-hari


 ade tulis bahasa melayu ok!

 ada 5 pek tau!

 Omak kau! Bosaunya mee dia. Kerinting lebat-lebat pulak tu.

Aku tambah telo jek. Kalo laki aku outstation, aku lahap ni je kat umah. 
Makan masa anak aku tido memang 'syurga' la.





Rasa macam maggi kari. Tapi kurang rasa masin. Mungkin sebab 'no Msg'. 
My suami beli dari kawannya. RM10 untuk 5 pek. 1 pek pun lebih besar dari megi cap lain2..
 Puas hati la makan sorang. Yang penting HALAL. Sebab aku tengok dekat Gaint Seri Kembangan pun ada jual jugak tapi takde logo halal pula(pk positif. stok halal belum sampai kot).
 Sejak bersahabat dengan 'Sahabat Halal' di FB, aku suka belek tanda halal dekat jenama mee segera. 
Dulu selalu beli Maggi TomYam sajok! (mcm xde kaitan je).

Friday, February 7, 2014

PERMANDANGAN BARU DI RUANG MAKAN

sebenarnya dari tahun lepas lagi aku dah rancang nak letak sesuatu di dinding ruang makan rumah aku. tapi tahun lepas aku mengandung so malas melantun-lantun jadinya. 
rancangan tersebut akhirnya direalisasikan di tahun ni. 
biar lambat dari tak jadi terus. 


frame beli di rakuten.com
print gambar di taytrading.com 

dinding rumah aku ni konkrit nak drill atau ketuk paku agak susah. 
so suami aku tampal guna double side tape je. 
beli kat kedai hardware ade yang jenis kuat dan kukuh. 

Wednesday, February 5, 2014

TIP MEMBELI CINCIN TUNANG@NIKAH

1. Bajet
Jangan terlalu cekik darah bakal laki korang. Kalau si dia mampu dan rela hati nak beli heart on fire tak pe.

2. Design
Mesti kene dengan citarasa sendiri if korang pegi kedai emas sesama. Jangan nak menyesal-nyesal pulak bila dah beli. Tapi kalo bakal mak mertua yang pilihkan, korang redho aje la.

3. Jangka Hayat
Korang kene fikir lepas kawin mesti nak ada anak. Jadi korang kene tengok design yang korang beli tu sesuai untuk pakai harian atau pakai jarang-jarang saje. Kalau untuk pakai harian, elakkan beli cincin batu tinggi. nanti masa cuci pinggan la cuci kain la cepat rosak. Tambah-tambah bila dah mula ada anak kecik. Risau kalau cincin atau gelang yang kita pakai boleh mencederakan baby kita.

4. Emas Putih atau Emas kuning?
Pilihan terletak pada korang. Memang emas kuning makin lama makin tinggi harganya tapi mane penah dibuat orang, kita pegi gadai barang kemas perkahwinan kita kan. (betul-betul sengkek tak tau la plk)
Kalau emas putih ni nampak cantik dan ada sentimental value sebab tak boleh nak gadai-gadai dah. Bayangkan ada benda buruk jadi kat kita, contohnya kene rompak (nauzubillah) perompak takdenye nak amik cincin emas putih kita.

5. Waktu pembelian
Korang kene sentiasa alert dengan jualan-jualan hebat di Malaysia, get notification di FB bagi page Habib ATAU emas sri pinang contohnya, baru la korang tahu bila diorang buat jualan murah. Grab cepat-cepat time tu. Memang harga berbaloi la wa cakap lu!


Tu jela yang sempat aku fikirkan. Sapa nak tambah, sila la...