Klik Nuffnang Ads

Wednesday, June 3, 2015

CARA MUDAH MENCUCI drinking bottle toddler

Wahh...panjangnya tajuk perkongsian kita pada harini.
Ada masalah mencuci botol minuman anak-anak kecil korang?
Ala...botol minuman yang ada straw tu....


Pada mulanya aku tak tahu pun kewujudan alat pencuci straw ni. 
Aku gigih cuci guna putik kapas. 
*maafkan emak diatas kekhilafan ini anakku. Hohoho....



ini contoh straw cleaning brush tersebut


Masa aku window shopping dekat billion pkns bangi, 
aku terjumpa benda ni dekat bahagian bayi. 
Dengan mata bercahaya, aku melihat dan terus merembatnya untuk dibayar di cashier.
 Semestinya bukan aku yang bayar.
Jadi bagi sesiapa yang ada masalah yang sama macam aku 
boleh dapatkannya di pasaraya berhampiran now now now.




Sekian perkongsiam aku pada kali ni. 
Maklumla first time parents kadang kala perlukan sedikit ilmu sebegini. 
Korang suka ke tidak?

SERAI WANGI AFY HANIFF TERBAIK

Seperti yang anda sedia maklum, serai wangi adalah tumbuhan yang sesuai
Untuk menghilangkan lalat, lipas, semut dan nyamuk. 
Aku beli produk ni di tesco (beli sebelum tesco kene boikot). 
Aku cuma spraykan serai wangi afy haniff ni di dapur, lantai yang berminyak dan kawasan yang disyaki ada semut, lepas tu lap dengan kain lembap. 
Tak melekit dan berminyak serta meninggalkan bau yang harum dalam rumah. 
Tapi tidaklah seharum ambi pur. 
Jadi apa tunggu lagi, bertukarlah kepada produk bumiputera muslim 
yang dijamin selamat untuk isi rumah uols. 
Yeah! Harga pada botol RM12.90. 
Mampu milik kan....



Tuesday, May 26, 2015

SAYA DAN NANO WHITE FRESH

Diri ini tahu pasal produk ni pun sebab tengok iklan di tv.
(nampak tak iklan byk bagi pengaruh pada aku) 
Mula-mula aku google dulu ada review dari sesiapa tak. 
Rupa-rupanya takde. Sian.
Dengan semangat kental untuk kelihatan cantik,
 aku gigihkan diri pegi beli di watson. Harganya RM16++ termasuk GST.

Biasala pertama kali cuba produk baru. Best je. Muka rasa nyaman. Maybe ada menthol.
Nano white fresh ni sesuai untuk muka berminyak. Packaging pun cute je. 
Minyak di muka pun berkurangan. 
Tu je la yang kesan aku dapat lepas 2 minggu cuba. 
Gambar sebelum dan selepas memang takde la ye. 
Zaman-zaman tangkap gambar sendiri dan upload tak tentu hala dah berlalu. Muahahahha....

Btw aku pakai facial foam nano white fresh di pejabat je.
Time nak bersihkan muka sebelum berwuduk.







Sunday, May 24, 2015

THE BODY SHOP SALE IS ON!!!

Hello gojes semua,

The Body Shop butik sedang mengadakan jualan hebat dan diskaun sehingga 70%
untuk item tertentu. Jualan hebat ini bermula dari 22 May hingga 14 June 2015.
Nak beli produk TBS dengan harga menarik? Jom kita berjemaah ke fizikal store TBS sekarang. Kalau tempat korang takde butik body shop, jangan risau korang boleh online shopping di website the body shop.
Ingat, perbelanjaan berhemah adalah semasa jualan diskaun macamni la. Hahaha...
Nak beli hadiah untuk yang tersayang ke, nak jadikan barang hantaran tunang atau kahwin pun boleh. Apa tunggu lagi. Pergi sekarang!!

Wednesday, May 20, 2015

TiPS BERSIHKAN MICROWAVE

Pening nak bersihkan ketuhar gelombang mikro di rumah?
Senang je. Awak semua boleh cuba idea ni.

Caranya:
Sebiji lemon di perah di atas pinggan @ mangkuk tahan panas,
Letak pinggan tersebut di dalam microwave dan panaskan selama seminit.
Selepas itu boleh keluarkan pinggan tersebut dan 
lap permukaan dalam microwave menggunakan tisu dapur. 
Selesai.