Klik Nuffnang Ads

Tuesday, April 26, 2016

PANCAKE UNTUK TODDLER

MARI BUAT PANCAKE MUDAH UNTUK ANAK-ANAK ANDA

RESEPI INI SESUAI UNTUK TODDLER BERUSIA 1 TAHUN KEATAS. 
YANG ADA GIGIT DAN PANDAI KUNYAH2. NYUM2 JE. MUAHAHAHHA.....

BAHAN-BAHAN:
-1 cawan tepung gandum (saya ayak tepung ni/tak ayak pun takpe)
-1 cawan fresh milk (kalau takde, guna 1 cawan air masak)
-1 biji telur (tak kisah gred apa. abaikan jika anak alergi telur)
-1 sudu kecil baking powder
-2 sudu besar gula atau madu atau setitis stevia
-1 sudu kecil esen vanila (nak bagi wangi)
-2 sudu besar minyak jagung atau minyak zaitun atau minyak masak biasa

CARA-CARA:
-blend @ kacau gaul semua bahan di atas sampai sebati dan gebu.
-masak di dalam kuali non stik. tak perlu letak minyak dalam kuali.
-tetapi kalau guna kuali biasa, cuma lap-lap saja permukaan kuali dengan sedikit minyak.
-biarkan permukaan pancake bergelembung, terbalikkan. tunggu agak kekuningan dan sedia untuk
di hidang.
-mak budak pun boleh makan.


pamcake yang guna sukatan cawan ni mudah dan ringkas je. boleh dapat 4-5 keping untuk adunan yang aku bagi ni.
 Pancake versi mak budak

Pancake versi anak kecil

Saturday, April 23, 2016

DI MANA NAK BELI BAJU BRIDEMAIDS MURAH?

Wah....indahnya majlis kahwin di hadiri kenalan rapat kan. Kalau ada kawan@sedara rapat, boleh pakat-pakat jadikan diorang bridemaids uols di hari perkahwinan nanti.
 Jom cuci mata dengan koleksi baju bridemaids yang simple, murah, menawan dan sedondon ini. Cekedauu....

1. POPLOOK
siapa tak tahu gedung fesyen tersohor di alam maya ini kan. kadang-kala setiap hujung minggu ada sales yang dibuat. boleh jenguk jenguk untuk dapatkan harga murah. kalau bridemaids sampai 10-20 orang, memang kene fikir bajet untuk spend baju mereka kan. jadi, di sini la tempatnya. baju warna plain yang cantik-cantik. Plus size pun ada tau!

2. ZF JUBAH SHOP
bagi penggemar jubah@dress labuh yang simple dengan harga murah, di sini la facebook yang korang harus tengok. RM55 termasuk pos sehelai. Saiz pun pelbagai. Akak dah penah beli sehelai. kain tak jarang. tak melekap dan tak panas. Lokasi kedai di Johor tapi akak beli melalui whassap. Memang penjual yang dipercayai lah! ZF JUBAH SHOP



3. KWC FASHION MALL
atau lebih dikenali dengan nama Kenanga Wholesale Mall. Kenanga City pun boleh bah!
Boleh beli borong dengan harga borang juga. Tapi kalau akak-akak berbadan sado, macam kurang ada saiz di sini.

4. BUTIK ZAWARA 
banyak cawangan di Malaysia. Korang kene alert dengan diskaun hebat yang mereka tawarkan. Disebabkan ke'alert' tan akak lah, akak tahu diorang tengah buat sales di MENARA MARA PADA 23 DAN 24 APRIL 2016 NI. Murah beb. boleh borong banyak untuk bridemaids.



5. Gio Fabric, Kamdar, Nagoya. Laila Fabrica
Kalau tak nak pakai baju sama design, tapi nak warna yang sama, bride to be boleh borong sakan kain kat sini. Beli kain bermeter-meter, agihkan pada bridemaid, 4 meter seorang.



Thursday, April 21, 2016

RESEPI BROWNIES MUDAH

RESEPI BROWNIES GUNA SUKATAN CAWAN YANG MUDAH DAN SIMPLE JE.

BAHAN-BAHAN

3/4 ketul butter
400g blok coklat masakan ni takleh la masuk cawan 
kalau korang beli 600g, anggaran dalam 1/2 blok lebih sikit

ok panaskan double boil dua bahn di atas bagi cair biar suam kalau sejuk, coklat jadi keras susah nak kacau nanti.
4 biji telur gred A  ATAU 5 biji telur gred b 
1 cawan gula castor ( SAYA TAKNAK MANIS JADI GUNA 3/4 CAWAN JE)
sedikit esen vanilla gaul rata

selepas itu boleh masukkan bahan yg suam tadi kacau jugak bagi rata.
ayak kan 3/4 cawan tepung kek/tepung gandum bersama 1 sudu kecil baking
powder dan 1/4 cawan serbuk koko

masuk sikit-sikit dalam bahan yang di kacau tadi dan gaul rata

alas kan loyang dgn baking paper

tuang adunan dan panas kan oven
di bakar suhu 170 masa 35-40 mnt
ikut oven masing2 biar sejuk baru die bekedut hehehe
SIAP! DAN NGAP!


Friday, April 15, 2016

PETUA DEMAM DENGGI

1. MINUM 100+ blend dengan tembikai dan minum kerap

2. Buat sup ketam

3. Cari pucuk daun betik, rebus dan minum sikit-sikit tapi kerap atau boleh beli air pucuk betik yang dah siap RM10 SEBOTOL. Kadang-kadang ada jual di kedai runcit atau kedai mamak. Dalam fb pun ada ejen yang menjualnya.

4. Ambil ubat denggi dengan pakar homeopathy.

5. Minum jus jambu pink Marigold PeelFresh.



6. Minum air masak sebanyak mungkin dalam sehari.



 SELAMAT MENCUBA!

Saturday, April 9, 2016

FEBREZE HOMEMADE

Tips berjimat harini adalah cara untuk buat febreze sendiri. 
Mudah ringkas dan senang je. 

BAHAN-BAHAN;

-BOTOL PENYEMBUR
-1 SUDU BESAR SODA BIKARBONAT (AGEN PENYERAP BAU)
-1 PENUTUP DOWNY ATAU SOFLAN

CAMPUR SEMUA BAHAN, GONCANG-GONCANG
SESUAI UNTUK SEMBUR KE SOFA, TILAM ATAU LANGSIR. 
BOLEH JUGA UNTUK SPRAY SEMASA IRON BAJU.