Klik Nuffnang Ads

Wednesday, May 25, 2016

TUDUNG RAYA DARI KASUTKACA15

SIAPA NAK TUDUNG RAYA DARI KASUTKACA15?
JOM SERTAI GIVEAWAY INI. 

MUDAH SANGAT NAK JOIN. TAK PAYAH TAG2 KAWAN BERATUS2. 
TAK PAYAH KARANG ENTRY BERJELA-JELA.
TAK JADI FOLLOWER BLOG IOLS PUN TAK PE. 
TAPI ADA LA SIKIT SYARAT PENYERTAANNYA....


SYARAT-SYARAT: 

1. COPY PASTE GAMBAR DI BAWAH LETAK DALAM SATU ENTRY DI BLOG ATAU DI FACEBOOK MASING-MASING. LETAK TAJUK ENTRY SAMA MACAM TAJUK DI ATAS.

2. PASTIKAN BILA ORANG KLIK GAMBA TERSEBUT BOLEH TERUS KE ENTRY INI.

3. TARIKH PENYERTAAN DARI 25.05.2016 HINGGA 31.05.2016

4. PEMENANG BERTUAH AKAN DAPAT TUDUNG FREE 
YANG AKAN DIUMUMKAN KELAK.

5. PENYERTAAN DIBUKA KEPADA ORANG SEMENANJUNG JE, SEBAB IOLS TAKDE BAJET NAK POS HADIAH SAMPAI SABAH SARAWAK.(kos pos ke sana mahal. huhu...)
BUKAN ISU APA PUN. HEEE.....
(PADA PEMENANG, BAGI ALAMAT YANG ADA PENGHUNI. 
SEBAB TAKUT PARCEL KENE RETURN SEMULA)





jangan lupa letak link giveaway ni di ruang komen bagi supaya senang aku nak pilih pemenang

Thursday, May 19, 2016

PETUA NAIKKAN HB TIME MENGANDUNG

Aku masa mengandung takde masalah langsung berkaitan hb ni. HB pun aku taktau apa akan jadi kalau tak naik.

Ni tips yang aku pernah try, baca dan dengar dari cakap-cakap orang:

1. Minum air rendaman buah goji kering. Boleh di beli di kedai ubat cina. Ada orang panggil kedai sensei.

2. Makan sayuran hijau setiap hari.
Kangkung ke, bayam ke, sawi ke, kailan ke, pegaga ke.

3. Minum pati delima gulsan sesudu-dua sudu sehari sebelum tidur.

4. Makan vitamin yang dibekalkan oleh klinik kesihatan anda. Ikut aturan masa yang ditetapkan. Jangan culas.

5. Kerap makan kismis dan kurma.

Tuesday, May 17, 2016

TIPS HILANGKAN GIGITAN NYAMUK DI BADAN ANAK

1. Bawang Putih
Letakkan sedikit bawang putih segar pada kawasan gigitan nyamuk, biarkan beberapa minit sehingga rasa gatal hilang, kemudian basuh kawasan itu dengan air.

2. Ubat Gigi

Pepermint dalam ubat gigi menyejukkan kulit. Sapu sedikit ubat gigi pada kawasan gigitan dan biarkan sehingga ia kering, kemudian baru basuh dengan air.

3. Cuka
Cuka terbaik untuk digunakan adalah cuka sider epal. Rendam bebola kapas dalam cuka dan letakkan pada kawasan gigitan nyamuk. Selepas beberapa minit anda akan berasa lega.

4. Lemon
Perah sedikit jus lemon atau limau nipis terus ke kawasan gigitan. Cara ini dapat mengelakkan anda berasa gatal dan menyengat. Anda juga boleh sapu kulit lemon pada kawasan sengatan. Hasilnya tetap sama.

5. Madu
Sapu sedikit madu pada kawasan digigit nyamuk. Madu mengelakkan jangkitan dan mengurangkan sensasi kegatalan dan sengatan.

6. Aloe Vera
Pokok aloe vera memppunyai banyak kegunaan perubatan, dan ia sangat berkesan untuk mengurangkan simptom kesan gigitan serangga. Letakkan sedikit gel aloe vera atau daun aloe vera pada kesan gigitan. Ia bukan sahaja mengurangkan rasa gatal, tetapi ia turut mempercepatkan proses penyembuhan kulit.

Sunday, May 15, 2016

DESIGN YANG 'IN' UNTUK HARI RAYA NANTI

Hai semua,

ni berdasarkan pemerhatian iols time jenguk-jenguk butik online yang femes di Malaysia

Jom cuci mata bersama. Kebanyakkan butik ada sediakan baju raya sedondon untuk mak, ayah dan anak lelaki dan perempuan. Asalkan ada duit apa pun boleh. Iols lebih suka beli yang ready made saja sebab citarasa iols cepat berubah. Dan iols malas nak pegi tempah baju di kota raya ini. Mahal dan selalu cepat close orders untuk raya. Tapi kalau baju kerja, rajin je iols pergi menempah dekat tukang jahitan kegemaran iols.

1. JUBAH SOUQ



 2. BELLA AMMARA



3. LEEYANARAHMAN




4. DREEMIKA BY RADIUSITE





5. IMAAN BOUTIQUE




6. CATTLEYA COUTURE



Cantik-cantik kan semuanya? Apa lagi, jom la berangan sesama. nak beli yang mana satu ni....
Semua gambar iols ambil di instagram butik masing-masing.

ELAK MAKAN MAKANAN INI KALAU NAK HAMIL



a. Makanan yang mengandungi merkuri
Makanan yang tinggi merkuri biasanya terdapat dalam beberapa jenis ikan terutamanya yang berukuran besar seperti makerel. (CONTOH: IKAN MAKEREL DALAM TIN)

b. Makanan diproses
Makanan ringan dan makanan segera perlu dielakkan kerana ia hampir tiada zat yang baik untuk bakal bayi anda. (CONTOH: BURGER, NUGGET)

c. Makanan yang diawet
Makanan yang diawet biasanya seperti makanan dalam tin tidak elok untuk diamalkan bagi anda yang ingin hamil. (CONTOH: KARI AYAM DALAM TIN)

d. Minuman berkafein
Jika anda gemarkan minuman berkafein, kurangkan sedikit demi sedikit kegemaran anda itu.
(CONTOH: NESCAFE)