Pages

Monday, December 30, 2013

MENGENAL DARAH NIFAS

Assalamualaikum

Masa saya dalam pantang dulu, ilmu pasal darah nifas ni  sangat la kurang. Kekadang saya tanya mak dan sepupu, nak jumpa nurse kat klinik kene tunggu masa cucuk baby sebulan. 
Bila google, banyak website dari indonesia je yang keluar. 
Gue enggak ngerti bahasa indonesia loh! 
Setiap kali warna darah nifas berlainan warna je, aku mesti panik. 
Mula la cepat2 google cari maklumat. Maklum la, fisrt time kan.

Bila dah mengalami sendiri proses pemulihan bersalin ni, 
baru la berkeyakinan untuk bersalin kali kedua. Wah..gitu. 
Aku tak tau la apa beza nifas bagi orang yang bersalin normal dan bersalin c-zer macam aku ni. 

Hasil dari pembacaan aku, proses nifas ni ada 4 peringkat. Cekedauuuuw...

Lokia lubra (merah) 
Pertama kali nifas keluar warnanya merah segar. Macam warna cili merah @ bunga ros. Banyak juga. Masa mula-mula aku bersalin c-zer tu, tak boleh bangun dari katil selama 6 jam. so nurse yang tukarkan pad. Memang tak rasa sakit pun masa terbaring ni. Tapi lepas 6 jam, aku dipaksa untuk bangun dan bergerak. Time ni aku rasa sakit dan trauma skit. Takut luka operation terbuka. (kononnya) Rupa-rupanya, xde kesan jahitan macam benang pun. tapi ade la kesan belahan. laser agaknya. (aku pun xtau dan tak tanya). Disyorkan guna tuala wanita bersalin (aku guna nama pureen) sebab darah yang keluar agak banyak. 

Lokia sanguelenta
Di peringkat ni, warna darah nifas adalah merah gelap macam buah epal. Waktu ni, darah campur lendir-lendir yang keluar takde la sampai membuak-buak. Time ni aku guna pad herba avail dan pad orang period biasa je. 

Lokia serosa 
Time ni aku dah cuak skit. Dalam hati aku cakap, pasai apa nifas aku warna camni? Panik. Panik. Tapi panik itu hanya bermain di dalam fikiran saja. Aku masih berlagak cool. Maklumla dah jadi ibu ni, kita kene tabah. Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya warna nifas time ni adalah berwarna kekuningan. Bukan warna merah. Kebetulan aku pegi klinik desa yang dekat ngan rumah, so aku tanya nurse, normal ke macamni. Beliau kata, yeah, this is normal situation. (die cakap bm sebenarnya). Ini tandanya nifas makin ke penghujung. Time ni pakai panty liner pun tak pe. Aku pakai panty liner herba avail.

Lokia alba 
Ini lah peringkat terakhir. Cecair yang keluar adalah warna putih biasa. Bukan putih jernih tau. 



Nama saintifik nifas tu aku google je. 
Nak tahu lebih lanjut, adalah lebih baik jumpa doktor atau tanya nurse yang melawat korang dalam tempoh berpantang tu. 
Kalau tak silap aku nifas normal berlaku dalam tempoh kurang dari 60 hari.
 Sekarang baru aku tahu darah nifas ni lain dari darah haid.


 Selamat berpantang.
 Yabedabedu...aku dah ade baby! Korang bila lagi?


1 comment:

  1. Assalamualaikum. wahhh takutnya baca ni. thanks anyway sudi share. saya tunggu 5 bulan lagi.. seram sejuk haiiihhh

    ReplyDelete