Pages

Thursday, December 26, 2013

RESEPI MUDAH : ROTI JOHN

asalamualaikum

time cuti-cuti begini apa kata kita cuba satu resepi simple
yang boleh mengenyangkan perut masing-masing.
bila perut kenyang, hati pun gembira.
 boleh layan drama korea terbaru sambil makan2. 
heaven!

bahan-bahan:
2 roti sosej 
telur ayam sebiji
satu sudu majerin
daging cincang (ikut suka)
bawang besar sebiji dipotong dadu
cili merah separuh dicincang halus
sedikit garam
kuali ajaib vintage
sos cili/mayonis/sos lada hitam
sayur kobis @ timun dihiris (jika suka)

cara-cara:
-daging cincang digoreng separuh masak
-pecahkan telur di dalam mangkuk,
-masukkan bawang besar yang dipotong dadu, cili merah dan
sedikit garam di dalam mangkuk yang sama
-pukul @kacau rata
-panaskan majerin di dalam kuali ajaib
-celupkan roti tadi di dalam bahan-bahan yang digaul rata sebentar tadi.
-tekapkan roti di atas kuali ajaib yang telah dipanaskan. balik-balik supaya masak rata
-sedia untuk di hidang




                                                      kenapa roti john dipanggil roti john?

1 comment: