Pages

Sunday, May 8, 2016

KENAPA SAYA AMBIL PIL KALSIUM SETIAP HARI?

Bagi ibu mengandung sangat-sangat penting makan kalsium atau minum susu setiap hari. Sebab kita kongsi kalsium dengan bayi yang dikandung. Bila ibu mengandung kurang kalsium dalam badan, masalah gusi berdarah dan kaki cramp atau kejang malam-malam. Tak mengandung pun penting juga sebab golongan perempuan memang memerlukan kalsium sebagai makanan tambahan seharian. Supaya tak mudah sakit belakang dan bongkok semasa tua nanti. Takkan bila dah tua baru nak minum Anlenne.

KALAU tak lalu minum susu, boleh cuba beli mana-mana pil kalsium di farmasi. Tak semestinya makan pil kalsium dari Shaklee saja. Asalkan kita pandai baca label di botol kalsium tersebut untuk tahu manfaat yang diperlukan.
Saya pernah makan jenama 21st Century - berbentuk kapsul, Dibuat dari bahan tumbuhan. Balckmores - bentuk tablet (jangan kunyah2 pula) dan Ostematrix Shaklee - bentuk tablet juga.
Ketiga-tigaanya ok dan takde masalah pada aku. Sebab aku bukan jenis susah makan pil-pil ni.


KALAU suka minum susu pula, aku rekemen susu dari farm fresh. Penutup oren tu. takde gula. takde bau. Sedap bila minum sejuk. Satu family pun sukakannya. Sejak tahu kesedapan susu farm fresh ni, aku dah tak pandang jenama lain dah. Dekat AEON BIG pun cepat je habis. Tapi sekitar kawasan rumah aku ni ada ejen yang boleh hantar terus ke rumah. Lagi syok. Tunggu depan pintu je.




No comments:

Post a Comment