Pages

Sunday, May 8, 2016

RESEPI MAYONIS HOMEMADE

Jom buat sendiri mayonis. 
Tanpa pengawet dan sedap rasanya. 
Resepi ini aku dapat dalam majalah saji. 
Keluaran bila aku dah lupa.
Aummmm....

RESEPI SATU: (MY FAVOURITE)
1/2 SUDU BESAR JUS LEMON
1 BIJI TELUR
SECUBIT GARAM
1 1/2 MINYAK JAGUNG
1 SUDU KECIL MADU

CARA PENYEDIAAN:
-SATUKAN SEMUA BAHAN DALAM PENGISAR
-KISAR SEHINGGA BAHAN LIKAT
-MASUK DALAM BOTOL
-SIMPAN DALAM PETI SEJUK



RESEPI DUA:
3 BIJI KUNING TELUR
1/2 SUDU KECIL GARAM
1/2 SUDU KECIL GULA
1 1/2 CAWAN MINYAK JAGUNG
1 SUDU BESAR PERAHAN LEMON
1 SUDU KECIL SERBUK MUSTARD

CARA PENYEDIAAN:
-SATUKAN KUNING TELUR, GULA, GARAM, DAN MUSTARD.
-PUKUL SEDERHANA LAJU
-TUANGKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT MINYAK JAGUNG
-KISAR SAMPAI LIKAT
-BOLEH TAHAN 2 MINGGU JIKA SIMPAN DALAM PETI SEJUK



RESEPI KETIGA:
1 CAWAN MINYAK JAGUNG
1 BIJI KUNING TELUR
1 BIJI PUTIH TELUR
1/2 SUDU KECIL GARAM DAN GULA
1/2 SUDU KECIL PAPRIKA
3 SUDU BESAR PERAHAN LEMON

CARA PENYEDIAAN:
-SATUKAN KUNING TELUR, JUS LEMON
GARAM, DAN GULA SERTA SESUDU MINYAK JAGUNG
-PUKUL SEBATI.
-KEMUDIAN TUANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAN MASUKKAN PUTIH TELUR.
-PUKUL SEHINGGA LIKAT.
-SEDIA UNTUK DISIMPAN.



No comments:

Post a Comment