Pages

Wednesday, November 16, 2016

10 SOALAN YANG BIASA IBU-IBU TANYA TENTANG SOLIDFOOD

PART 1...

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.

2) Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi,
tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak
sesuaikan dengan benda baru.

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak.
Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa.
Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang
dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan?
Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata.
Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal,
pear, labu supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat.
Boleh menyebabkan sembelit.
Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam.
Di freezer, 4 bulan.

6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti
cara pengendalian susu ibu.

7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan.
Makanan yang sesuai untuk travel.

8) Bagaimana mahu buat puri?
Stimkan guna pengukus. Ada juga di google untuk lebih lanjut.

9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
Ya.

10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar.
Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut,
termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan.

Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. 


AKAN BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment