Pages

Tuesday, November 22, 2016

sambungan: SOALAN YG PARA IBU TANYA TENTANG SOLIDFOOD BAYI

PART 2...

11) Beri anak makan, tapi anak macamtak suka dan tak mahu makan.Beri air kosong pun tak nak minum
.Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru.
Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima.
Jangan paksa.
Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) Bila boleh beri ikan?
Disarankan 10 bulan ke atas.
Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah
diproses perut anak.
Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan.
Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis
dengan menggunakan unsalted butter, ghee.

15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.
Aku guna tepung gandum Faiza

16) Kenapa perlu rendam bijirin(beras perang, rolled oats, barli etc)?
supaya lebih mudah dihadam oleh bayi,
dan ianya adalah kategori biji benih

17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen danyang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?Tak boleh. Tak sesuai.
Banyak gula, bahan pengawet. Lepas anak aku dua tahun, ada juga aku bagi tapi secara berkala.

18) Bagaimana penyediaan oats untuk dicampur dengan puree?
Ringkasnya, rendam oats dengan air melebihi paras oats.
Letak 2 sudu jus lemon/limau nipis/cuka epal. Biar 7 jam.
Lepas 7 jam, bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa.
Campurkan dengan puri buah/sayur kesukaan anak.

19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja.
Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas.
Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu
jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut.
Kaedah ini bagi memastikan makanan itu
tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan,
sembelit, cirit-birit dan sebagainya.
Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah
menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula.
Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

1 comment:

  1. hai kak, hehehe maaff, baru bukak blog.. hehehe

    baru nak reply akak kat ( http://emyyyyemyyyy.blogspot.my/2016/10/come-back.html) hehehe, RM 45 kak hihi

    ReplyDelete