Pages

Tuesday, October 4, 2016

Darah Nifas bagi bersalin secara pembedahan

Disini aku nak kongsi tentang darah nifas bagi wanita bersalin secara c-zer atau pembedahan. Berdasarkan pengalaman ya.

Awal bersalin

Darah fresh berwarna merah terang.
Banyak tak banyak juga la. Tapi kita digalakkan untuk bergerak supaya ketulan darah keluar dengan cepat. Gunakan pad maternity ya. Lagipun masa operation, dah banyak darah yang dikeluarkan

Pertengahan (dalam pantang)

Darah warna merah gelap. Tak banyak yang membuak2 pun. Boleh pakai pad maxi or slim wing sahaja.

Akan ada satu ketika darah yang keluar sangat la sedikit. Boleh guna panty liner sahaja.

Penghujung (akhir-akhir berpantang)

Darah  merah gelap masih ada. Kadang sedikit kekuningan. Masih boleh guna panty liner. Kejap ada kejap takde. Tapi jangan terus mandi wajib. Sebab kadang kala memang akam keluar sedikit sedikit.
Selepas 44 hari pun masih ada darah yang keluar. Anggaran sesudu gitu. Kalau darah yang keluar agak banyak, mungkin period. Atau tumpah darah. Kalau rasa tumpah darah sila ke klinik kesihatan berdekatan.
Nurse yang buat lawatan cakap, asalkan tidak lebih dari 60 hari masih dikira darah nifas.

1 comment:

  1. Thanks for sharing this. Berguna sebenarnya bagi orang yang baru pertama kali bersalin. Alhamdulillah, saya dah lepas :)

    ReplyDelete