Pages

Saturday, October 8, 2016

Makan di COWBOY PLACE, Port Dickson versi saya

Baru baru ni, aku pegi makan angin di port dickson. Sampai sana dah tengahari, jadi aku google la tempat makan tengahari best di port dickson. Banyak blog yang bagi cadangan untuk ke Cowboy Place. Lepas dah baca review sana sini dan dapatkan alamat, kami sekeluarga pergi la ke sana.
Kami pergi hari khamis waktu bekerja. Jadi jalan tak jem dan ada parking di sini. 
Ramai orang yang keluar untuk makan tengahari saja. Pelancong pun ada. Mudah je pegi ke sana dengan bantuan waze.

Kedai tu tepi jalan saja. Dekorasi agak berserabut dan kurang kemas. Kebanyakkan banner@bunting di kedai sudah lusuh. disebabkan masa kami pegi tu tak ramai orang, jadi takperlu la kami layan diri. Tapi kalau ikutkan kedai tu konsep layan diri ya. 

Menu yang ada pada hari itu, cuma nasi kukus ayam panggang, air tembikai dan air mineral sahaja. Aku rasa memang kedai tu jadi tumpuam ramai sebab aku tengok ayam panggangnya bersusun tinggi. 

Harga nasi kukus ayam panggang RM6 
Harga air tembikai RM2 utk segelas
Untuk satu jug RM10
Dihidangkan dalam bekas polisterin sahaja. Simple kan.

 Sos campur kicap tu sebekas untuk tiga orang makan ya. Agak likat mungkin letak tepung jagung. Harga rm6


Segelas air tembikai ni rm2

Kemudahan tandas dan surau turut disediakan. Pada pendapat aku kalau kedai ni sesak dengan pelanggan, memang agak panas. Sebab kedainya berbumbungkan kanopi dan agak gelap. Kalau boleh ke tempat lain, sila la ke tempat lain. Sebab rasa nasi kukus ayam panggangnya biasa sahaja. Takde rasa rempah apa pun. 

No comments:

Post a Comment