Pages

Monday, February 11, 2019

DRAMA KOREA BERGENRE PERCINTAAN REMAJA

1. MY ID IS GANGNAM BEAUTY (2018)
mengisahkan tentang heroin yang membuat pembedahan plastik sebelum dia pergi ke universiti. macam-macam kisah yang berlaku di universitinya. drama ni dapat rating yang tinggi walaupun disiarkan di kabel tv di korea.

https://en.wikipedia.org/wiki/Gangnam_Beauty

2. PLAYFUL KISS (2010)
mengisahkan seorang pelajar perempuan yang tidak popular di sekolah jatuh cinta dengan pelajar lelaki popular di sekolahnya. kelakar la drama ni. (macam biasa dengar dalam drama je kan tapi plot penceritaannya menarik) drama ini rating rendah di korea tapi banyak di tonton oleh penonton luar korea.

https://en.wikipedia.org/wiki/Playful_Kiss

3. THE HEIRS (2013)
mengisahkan seorang pelajar lelaki kaya yang jatuh cinta dengan gadis miskin. maka terjadilah konflik di dalam perhubungan mereka. masa drama ni masuk keluar di malaysia, aku tengah berpantang. so aku tak mengikuti sangat la drama ni. tapi drama ni rating tinggi di korea dan kebanyakan negara lain. mungkin sebab ada lee min ho dan park shin hye kot.

https://en.wikipedia.org/wiki/The_Heirs

4. HEARTSTRINGS (2011)
ini kisah pelajar kolej yang mula-mula gaduh-gaduh lepas tu jatuh cinta. (plot cerita best)
berlatar belakangkan fakulti seni persembahan gitu! disebabkan fanbase hero-heroin drama ni kuat, rating drama ni di luar korea sangat memberansangkan.

https://en.wikipedia.org/wiki/Heartstrings_(South_Korean_TV_series)

5. BOY OVER FLOWER (2009)
cerita tentang 4 orang pelajar lelaki yang tampan, kaya dan angkuh di sekolah membuli seorang pelajar perempuan miskin. (macam biasala, mula-mula gaduh lepastu bebaik) drama ni rating paling tinggi di korea dan seluruh dunia. pelakon drama ni pun mencanak-canak popularitinya.

https://en.wikipedia.org/wiki/Boys_Over_Flowers_(TV_series)

6. PRINCESS HOURS (2006)
cerita pasal perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga diraja dan keluarga rakyat biasa kerana perjanjian atuk diorang. drama paling best la pada tahun tersebut. rating paling tinggi di korean dan di seluruh dunia. sampai hero-heroin nya terkenal walapun sebelum ni diorang ni pelakon biasa je. tapi lepas tu pelakon lelakinya sangkut kes dadah la. spoil betul. tapi sekarang hero tu pun dah ok dan bangkit kembali.

https://en.wikipedia.org/wiki/Princess_Hours


ini jela kot drama korean bergenre cinta remaja yang romantik dan popular di seluruh negara. drama korea ni best sebab scene diorang menarik. pemandangan pun indah je. selain itu dapat belajar budaya. kalau ada yang tak suka tu korang pun hal la. tahun 2019 ni, drama apa yang best pula ye.



No comments:

Post a Comment