Klik Nuffnang Ads

Wednesday, November 6, 2019

Perpustakaan Negara berwajah baru

Aktiviti cuti sekolah 2019 ni, boleh la bawak anak ke perpustakaan negara yang telah berwajah baru.

Khas buat peminat buku..

Terletak berselahan Dataran Merdeka, ada underground parking bawah dan terus ke KL Library!!!

Masuk percuma dan ada Kafe kat dalam tu...









Lepas ni boleh fefeling tangkap gambar macam di Starfield Library Korea


Kredit info; facebook

Sunday, November 3, 2019

Jenis Vitamin C di Pasaran

Ada beberapa jenis suplemen Vitamin C:

1. Ascorbic acid
Ia boleh didapati dalam bentuk natural atau sintetik. Ia ada dalam bentuk pil kunyah (chewable tablet) atau kapsul, cecair dan powder. Ia boleh menyebabkan keradangan perut jika diambil dalam dos yang tinggi dan perut yang kosong.



2. Buffered vitamin C
Ia mengandungi garam mineral bersama ascorbic acid. Kurang berasid dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gastritis. Contohnya calsium ascorbate.



3. Vitamin C dengan bioflavonoids
Bioflavonoids adalah komponen tumbuh-tumbuhan yang menambahkan fungsi antioksida pada vitamin C. Ia juga menambahkan kadar penyerapan vitamin dalam usus.  Contoh vitamin C dari Shaklee.

4. Topical vitamin C
Ia adalah serum yang mengandungi vitamin C yang pekat. Ia sesuai digunakan sebagai sapuan pada kulit sebagai salah satu cara melambatkan penuaan terutamanya kulit muka.

Kredit info: facebook drzubaidi

Saturday, November 2, 2019

The Happy 8 Retreat Pasir Puteh, Ipoh, Perak

Teringin bercuti di Ipoh tapi tak tahu nak menginap di mana?

Jom singgah The Happy 8 Retreat Pasir Puteh, Ipoh.












Ala Bali sangat kan, tapi terletak di kawasan rumah orang je uols. Harga dari RM 230 ke atas satu malam.



Wednesday, October 30, 2019

Ejen Ali The Movie 28 November 2019

Apa rancangan cuti sekolah untuk anak-anak? Jom tonton Ejen Ali The Movie pada 28 November 2019 di pawagam berdekatan. Lagu tema dinyanyikan oleh Aisyah Aziz berunsurkan futuristik.


Frozen 2 di GSC Cinema 21 Nov 2019

Cuti sekolah dah tak lama. Bagi peminat filem Frozen 2 pula bakal menemui penonton Malaysia tidak lama lagi. Filem Frozen 2 akam ditayangkan di GSC Cinema bermula 21 November 2019. boleh la bawa anak-anak menontonnya. Penyanyi dari Korea Selatan Taecyon (Girl Generation) bakal menyanyikan lagu tema filem ini.





Tuesday, October 22, 2019

NEW BLACK VOLCANO PIZA DARI PIZZA HUT

saja nak try apa rasanya.
tapi roti hitam tu takde apa pun sebenarnya. warna je. rasa macam pizza biasa kita pesan je. tapi ada isi ayam, keju di tengah kerak. sos keju masam manis. puas hati la makan. Roti lembut je. Rupa tak lawa tapi sedap yang amat.



NARUKO TEA TREE SHINE CONTROL SERUM

aku pernah beli dan pakai serum ini. beli di watson. anggaran harga RM 50.++
bau nyaman tea tree. tapi setiap kali pakai, keesokan paginya mesti muka rasa berminyak.
muka sendiri pun dah jenis oily skin. jadi aku membatalkan niat untuk meneruskan pembelian ke botol yang kedua.


must watch: SCHOOL DRAMA GENRE

1. LOVE ALARM (korean drama) 2019
Love Alarm (Korean좋아하면 울리는RRJoahamyeon Ullineun) adaptasi dari webtoon oleh Chon Kye-young. Pelakon utama Kim So-hyunJung Ga-ram and Song Kang. Boleh tonton di Netflix bermula 22 Ogos 2019. Berkisar tentang satu aplikasi di telefon bimbit yang bernama  LOVE ALARM. Ia membolehkan pengguna mencari cinta menerusi aplikasi tersebut dan memebritahu samada seseorang mempunyai perasaan pada kita dalam lingkungan 10 meter. 


2. I GIVE MY FIRST LOVE TO YOU (drama jepun) 2019
Berdasarkan siri manga "Boku no Hatsukoi wo Kimi ni Sasagu" oleh Kotomi Aoki. Tajuk lain adalah Secret Unrequited Love. Pada tahun 2009 juga ada filem seperti ini. Sewaktu Takuma Kakinouchi (Shuhei Nomura) berumur 8 tahun, dia menghabiskan masa di hospital. Dia berkawan dengan Mayu Taneda (Hinako Sakurai) yang mempunyai umur yang sama dengannya. Suatu hari, mereka keluar dari hospital dan melawat sebuah taman. Di sana, Takuma Kakinouchi dan Mayu Taneda berjanji bahawa mereka akan berkahwin satu sama lain. Mereka tidak ragu-ragu bahawa mereka akan mempunyai masa depan bersama. Boleh cari di kissasian untuk tengok drama ini.


3. AT EIGHTEEN (drama korea) 2019
Tajuk lain MOMENT AT EIGHTEEN. Pernah ditayangkan di 8tv pada bulan September 2019 mengisahkan tentang JUNWOO (Ong Seong Wu) berumur 18 tahun yang baru bertukar sekolah kerana ada masalah di sekolah lamanya. Di sekolah barunya, dia bertemu dengan ramai rakan sekelas dan jatuh cinta pandang pertama pada seorang gadis. Dia akhirnya keluar dari zon selesanya sebagai pelajar yang menyendiri dan mula bergaul dengan rakan yang lain. Di sini dia belajar mengenal cinta, kehidupan, belajar membuat keputusan dan menghabiskan waktu indah 18 tahunnya dengan penuh kenangan manis. Ong Seong-wu as Choi Joon-woo, Kim Hyang-gi as Yoo Soo-bin, Shin Seung-ho as Ma Hwi-young dan Kang Ki-young as Oh Han-kyeol



4. A LOVE SO BEAUTIFUL (chinese drama) 2017
Chen Xiaoxi (Shen Yue) dan Jiang Chen (Hu Yitian) merupakan kawan sekelas sejak dari tadika. Mereka juga tinggal satu apartment yang sama. Pada mulanya drama ini nampak seperti cinta bertepuk sebelah tangan di antara heroin pada heronya. Tapi sebenarnya dalam diam Jiang Chen juga menyukai Chen Xiaoxi juga. Drama ini sangat popluar di China dan mendapat tontonan yang banyak di online. 


5. EXTRAORDINARY YOU (korean drama) 2019
Mengisahkan tentang Kim Hye Yoon sebagai Eun Dan-oh berasal dari keluarga kaya daan ada sejarah penyakit. Pada satu hari dia menyedari bahawa dia dan semua rakan sekolahnya adalah karakter dalam sebuah komik bertajuk SECRET. Dia mengambil keputusan untuk membuat perjalan hidupnya sendiri dan menukar plot komik tersebut. Pelakon lain:  Kim Ro-woon sebagai Number 13 / Ha-ru dan Lee Jae-wook sebagai Baek Kyung.



Tuesday, August 13, 2019

KENAPA BERLAKU TRANSACTION DECLINED. REJECTED CODE: 0089?

tadi call maybank call center berkenaan masalah diatas sebab nak transfer duit ke bank lain tak boleh. pegawai khidmat pelanggan cakap, ada sesetengah bank tak boleh terima 'instant transfer' so dia minta cuba 'interbank giro'
(mungkin aku transfer waktu cuti umum dan sesetengah bank takboleh terima pada waktu itu)
jika 'instant transfer' tak boleh dilakukan, sila cuba lagi 2-3 jam kemudian.

Monday, July 29, 2019

Ada masalah? Depresi? Befrienders sedia membantu


Siapa ada ada masalah dan takde seseorang @ tempat untuk mengadu? Boleh la call Befrienders sebab mereka ni menyediakn khidmat bantuan sokongan bagi sesiap yang mengalami kemurungan, hilang motivasi diri untuk meneruskan kehidupan dan nak share apa jua masalah yang dihadapi ketika ini.

Befrienders ni satu pertubuhan bukan kerajaan ya. Tapi mulai 1 Ogos 2019, panggilan ke talian Befrienders ini adalah free. So korang yang rasa nak luahkan masalah boleh call pusat panggilan Befrienders ni.

Jangan malu jangan segan. Cuba la telefon untuk bercakap dengan seseorang.

Thursday, July 18, 2019

Perbezaan Extra virgin olive oil dan Olive Oil

1. Extra virgin olive oil
Tak sesuai menumis/memasak.
Tak sesuai diletakkan suhu tinggi. Sesuai untuk dressing salad atau direnjis di atas makanan yang sudah siap dimasak.

2. Olive oil
Sesuai untuk menumis dan memasak.

Jadi sebelum beli, baca dan semak label dulu

Wednesday, July 17, 2019

Fisioterapi sekitar Ipoh

Jumpa iklan dalam facebook
Bersedia datang ke rumah uols.


Drama Korea: ANGEL'S LAST MISSION: LOVE

genre romantik fantasi (fantasy romantic)
tajuk lain (another tittle: Dan, Hanaui Sarang; lit. Dan, Only Love)





Mengisahkan tentang seorang dewa yang ceria dan selalu berbuat masalah bernama DAN (lakonan Kim Myung Soo). Satu hari dia ditugaskan untuk mencari cinta untuk seorang wanita ballerina bernama Yeon Seo yang tidak percaya cinta dan baran (lakonan Shin Hye Sun). Pelbagai kisah menarik yang berlaku di antara mereka dan akhirnya mereka saling jatuh cinta.

Dan (Kim Myung-soo) is an optimistic, carefree angel who is always getting into trouble. In order to return to heaven he is tasked with a mission to find true love for the talented but emotionally distant ballerina Lee Yeon-seo (Shin Hye-sun), but ends up falling for her himself.









Waktu tengok drama ni, macam-macam emosi bercampur. Gembira, sedih,
kelakar, takut, sakit hati. Macam naik roller coaster la pulak.

While watching this drama, all emotions mix together. sometimes sad, happy, laughing, angry. Such as roller coaster ride. every day will be wondering, sad ending or happy ending.











Pada aku ini drama romantik yang terbaik untuk setengah tahun pertama 2019 ni. Pelakon wanita ni pun setiap hari follower instagram dia bertambah. Berkesan betul dia bawa watak ballerina. Padahal berlatih sebelum penggambaran hanya 2-3 bulan je. Watak menarik, plot best, lagu soundtrack sedap-sedap. Behind the scene pun best untuk ditonton. (tengok dekat youtube)


To me this is the best romantic drama for the first half of 2019. The actress become popular in instagram. She go for practicing ballet before shooting only 2-3 months. Interesting characters, best plot, soundtrack song is good. Behind the scene is the best to watch too. (see on youtube)