Klik Nuffnang Ads

Monday, November 29, 2021

REVIEW HOTEL TENERA BANGI

 Check in 16 September check out 17 September. 

Kaedah booking: booking.com 

Bayaran: Online di website 

No deposit 


Bilik: 


Tenera Hotel and Service Apartment ini berdekatan dengan (gudang) AEON Regional Distribution Centre. Sabtu malam ada pasar malam di seberang jalan. Dan Pagi Ahad ada pasar tani di tapak yang sama.

ADA SMOKING AREA BERDEKATAN KAFE 

PEMANDANGAN DARI BILIK. KAFE HOTEL \

TEMPAT PARKING BANYAK. BASEMENT PUN ADA. TU POOL DEKAT SERVICE APARTMENT


                                            TAPAK PASAR TANI DAN PASAR MALAM


Tiba di lobi, saiznya agak besar dan dipenuhi dengan sofa empuk dan kerusi bagi menunggu giliran check in. Ketika kami tiba tidak ramai sedang check in dan proses berjalan lancar. Lobi hotel berbau wangi ya. Saya lihat hotel ini wheel chair friendly. 👨‍🦽👨‍🦽

Ada service buggy car untuk ke bangunan service apartment. 

Dari segi layanan, kakitangan sangat membantu. 



LOBI LUAS DAN WANGI



Masuk ke dalam bilik, terdapat satu katil single dan satu katil queen. Cadar tegang sebenarnya tapi anak dah baring dulu jadi di dalam gambar nampak kurang tegang. Susunan layout yang kemas  dan ringkas. Bantal banyak dan empuk. Cuma tilam katilnya agak tenggelam bila baring. Tilam tak best sebab tenggelam.  






Rancangan tv agak terhad, terdapat juga tiga botol kecil air mineral, teh kopi gula, pemanas air, hair dryer, iron, iron board, sejadah, hanger,  peti ais kecil, selipar dan tuala. Safety box turut disediakan. Wifi kurang laju. Aircond kuat. 


Bilik kemas dan kebersihan sangat dititiberatkan. Sabun dan shampoo jenama Tenera Hotel tetapi pada saya kurang harum. Kuasa tekanan air kuat dan memuaskan

Disini tiada bath tub. Turut disediakan bakul bagi towel basah. 


KOLAM DI SERVICE APARTMENT

Kami diberitahu kolam renang di hotel ditutup. Saya tidak pasti kenapa tetapi staf hotel menyatakan pelanggan boleh menggunakan kolam renang di bangunan service apartment (perlu berjalan sikit untuk kesana) Gym berasingan lelaki dan wanita pun ada disini. Kolam renang tidak memerlukan kaedah booking. Ada staf untuk agihan tuala di kolam renang tetapi tiada life guard duty ya disini. Kolam kanak kanak dan dewasa terletak bersebelahan. 


Makanan tengahari kami pesan foodbox yang dijual di kafe hotel. Staf kafe akan hantar ke bilik. Harga berpatutan tetapi menu terhad. Untuk buffet breakfast, menu standard sahaja. Tidak pelbagai tapi masih memuaskan. 


Secara keseluruhan kami berpuas hati dengan kualiti penginapan di Tenera Hotel termasuklah layanan, makanan, kebersihan, kemudahan dan lokasi. 


Saya memberikan ⭐⭐⭐ untuk Tenera Hotel. Mungkin tidak akan datang lagi bukan kerana tidak menarik tetapi kami mahu explore hotel lain pula.

Tuesday, May 26, 2020

Keropok Lekor salut tepung. Nice!

Bahan-bahan:
1. Keropok lekor frozen
2. Tepung goreng rangup jenama Bestari


3. Gaul keropok lekor yang sudah defrost macam gambar di bawah


4. Goreng dalam kuali dengan minyak yang panas

5. Siap dan jadi macam gambar dibawah. 


Keropok lekor salut tepung is DONEEE....

Monday, May 18, 2020

Resepi sangkaya senang nak buat

Siapa biasa order sangkaya di boat noodle mesti seronok dapat buat resepi ni.
Finally dapat makan puas-puas di rumah.


Resepi ni tak pakai pewarna tiruan pun.

1. Blender 10 helai daun pandan dengan setengah cawan air. Tapis.

2. Secubit garam

3. Sebiji telur ayam

3. Sesudu besar tepung jagung

4. Santan kotak kecil (200 ml) aku guna jenama m&s

5. Setengah cawan gula pasir. Boleh kurangkan kalau taknak manis.

5. Masukkan air pandan tadi.

Semua bahan dikacau rata dalam periuk kecil terlebih dahulu. Sebab taknak bagi bancuhan berketul semasa api dibuka.

Lepas dah rata semuanya, boleh la buka api dan terus kacau sehingga jadi likat pekat.

Aku guna api kecil dan kacau terus menerus dalam 15 minit. Siap.




Friday, February 28, 2020

REVIEW SYAMPU RAMBUT NURRAYSA

sebenarnya aku beli syampu ni secara tak sengaja sebab saja masuk satu butik vendor ni, lama sangat pusing-pusing dalam kedai tu, ternampak syampu ni. terus capai, belek-belek dan bayar. memang hajat nak beli syampu dekat watson tapi kesian punya pasal dekat adik jaga kedai vendor, aku pun beli la.

Harga RM20.OO untuk 100 ml. Botol kecik je. Tulis di botol hair treatment with habbatus sauda.
2 in 1 syampu dengan conditioner. jimat la kot sebab tak perlu beli conditioner asing. *kononnya
Bau so-so je. tak harum sangat. Tapi tak sesuai la untuk aku. sebab setiap kali pakai, aku dapati rambut aku jadi kering. macam aku pakai petua letak garam dalam botol syampu dulu. rambut jadi kering kasar. dan aku dapati rambut aku ada kelemumur berkuping tu. stress rasanya. tak mampu aku nak habiskan.

mungkin tak sesuai dengan aku. tapi rasa better beli syampu yang ada kilang dipercayai je macam yang terjual di watson atau guardian tu.


Friday, January 31, 2020

Menarik di Putrajaya

Tarikan terbaru di sekitar Putrajaya

Kios buku di Putrajaya telah siap dipasang di 5 lokasi 

1. Taman Saujana Hijau, P11, 
2. Taman Empangan, 
3. Laman SDG, Presint 3 (depan Maybank PPj), 
4. Taman Wetland 
5. Kaunter Tiket Cruise Tasik.

📚📚📚Memupuk budaya membaca







Nak galakkan budaya membaca di kalangam masyarakat


Tuesday, January 28, 2020

Petua Lantai Rumah Berkilat

Separuh baldi air panas
Setengah cawan cuka makan
Satu penutup downy
Satukan kesemuanya dalam baldi,
Bolehla terus mop lantai tu.

Saturday, January 25, 2020

Wednesday, January 22, 2020

Tempat makan menarik di Kuala Kangsar

Tempat makan best dan menarik di Kuala Kangsar, Perak.


Frosty Bite
Stall unik yang menjual pelbagai frosty bite manis manis kini telah dibuka kembali di Kuala Kangsar. Korang teringin nak pekena brownies ice cream atau bubble brown sugar, mohle kemari.


Brownies yang dijual kat sini sangat rangup lagi crispy disertakan dengan ice cream yang lembut bikin meleleh kecur air liur. Dekat sini ada 10 pilihan topping mengikut selera masing.


Ada juga bobba milk tea atau smoothie dengan milkshake, aiskrim float serta manisnya  ice blended ye. Brownies dengan aiskrim vanilla, nak tambah rainbow rice dan juga topping yang lain pun ada.


Sekarang ada menu terbaru iaitu nutella waffle dengan Kinder Bueno dan waffle ice cream coklat yang berkrim yummy tau, trylah enjoy minum dekat sini ataupun bawak balik rumah.

Lokasi - tapak lama cool blog, berhadapan Maybank dan sebaris restoran Talang.
Waktu operasi - 10:30am hingga 7:30pm

Untuk order dan sebarang pertanyaan: wasap 013-458789 (khidmat delivery turut disediakan)







Official Page: Frosty Bite Kuala Kangsar
No A5, Jalan Bendahara, Bandar Baharu, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan


P/s: aku baca review dalam facebook ada 3-4 orang cakap tak sedap air boba dia.


Lekoi-Lekoi


Saturday, January 18, 2020

Super Junior Datang Malaysia!!!!


Tarikh: 1 Mac 2020 (Ahad)
Lokasi: Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Beli tiket mulai 21 Januari jam 12 tengahari secara online di website starplanet. Atau walk in di pejabat starplanet.

Untuk keterangan lanjut boleh layari website www.starplanet.com.my

Ayuh!

Thursday, January 9, 2020

Kedai Bakery Muslim dekat Jerteh

Aku beli roti manis dan hokaido kek dia je. Sedap tak manis sangat. Banyak lagi variasi kek dan roti yang ada dijual di kedai ini. Lokasi di Kampung Padang Luas.


 Serius sedap hokaido kek dia. Comel, gebu lembut.


                  Pau gebu panas pun ada

                             
                              Jom serbu!

Wednesday, November 6, 2019

Perpustakaan Negara berwajah baru

Aktiviti cuti sekolah 2019 ni, boleh la bawak anak ke perpustakaan negara yang telah berwajah baru.

Khas buat peminat buku..

Terletak berselahan Dataran Merdeka, ada underground parking bawah dan terus ke KL Library!!!

Masuk percuma dan ada Kafe kat dalam tu...









Lepas ni boleh fefeling tangkap gambar macam di Starfield Library Korea


Kredit info; facebook

Sunday, November 3, 2019

Jenis Vitamin C di Pasaran

Ada beberapa jenis suplemen Vitamin C:

1. Ascorbic acid
Ia boleh didapati dalam bentuk natural atau sintetik. Ia ada dalam bentuk pil kunyah (chewable tablet) atau kapsul, cecair dan powder. Ia boleh menyebabkan keradangan perut jika diambil dalam dos yang tinggi dan perut yang kosong.



2. Buffered vitamin C
Ia mengandungi garam mineral bersama ascorbic acid. Kurang berasid dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gastritis. Contohnya calsium ascorbate.



3. Vitamin C dengan bioflavonoids
Bioflavonoids adalah komponen tumbuh-tumbuhan yang menambahkan fungsi antioksida pada vitamin C. Ia juga menambahkan kadar penyerapan vitamin dalam usus.  Contoh vitamin C dari Shaklee.

4. Topical vitamin C
Ia adalah serum yang mengandungi vitamin C yang pekat. Ia sesuai digunakan sebagai sapuan pada kulit sebagai salah satu cara melambatkan penuaan terutamanya kulit muka.

Kredit info: facebook drzubaidi