Klik Nuffnang Ads

Sunday, February 6, 2011

HADIAH UNTUK KAUM ADAM

Assalamualaikum...

Golongan awek-awek kadang kala berhati gundah tatkala memikirkan hadiah untuk bagi pada boifren diorang. Bajet yang cukup + kesesuaian hadiah tu memainkan peranan penting dalam hala tuju pemberian hadiah itu. (",)


try la kasi perfume like this. kalo ada bajet lebih boleh la beli perfume I'm King By Sean John. ok? Pastikan mereka tak beranggapan bahawa hadiah ini diberi kerana bau badan mereka seperti kambing. =)




ini pun salah satu hadiah yang normal, gegirl kat luar sana bagi pada bf diorang. tak kisah jenama apa, yang penting keikhlasannya disitu, yauw!
*thanks to padini website!




ok juga kalo u all nak kasi wallet. nanti dalam wallet tu pastikan ade tersimpan gambar u all. kalo nampak wallet diorang dah lusuh, maybe gegirl boleh pikirkan idea ni. supaya senang lelaki simpan duit yang berkepuk-kepuk bagi menampung perbelanjaan dating u all.




kat pasar malam, rm10 je kot! ok ah tu kalo takat nak kasi boifren yang belum tentu jadi laki korang pun. janji ikhlas.




kain pelikat ni pun sesuai je kalo nak kasi kat boifren. diorang bleh pakai time semayang HATTA time tido sekalipun. pastikan cap Gajah Duduk tau!
*saya penah kasi 'My Sayang' kain pelikat, ok!


This is my original idea. So terpulang nak cedok idea ni ke tak. Satu lagi,
jika boifren tergolongan dalam spesis 'memakan asap'(smoking man) jangan sesekali hadiahkan diorang pemetik api. biar diorang beli sendiri!
*nak mati, kau mati sensorang, ok!




p/s; ouh, terbaca entry ni? terima kasih yea~

Bye....

Friday, February 4, 2011

CANTIK LUAR CANTIK DALAM

Assalamualaikum.....

Apa signifikan cantik bagi anda?

berkulit normal?
mata bolat cam guli?
ada lesung pipit?
rambut rebonding?
tinggi ala-ala model?
berkulit cerah?


*suka tengok hilary duff! kalo dia makan tempe plus berkain batik, mungkin lebih market.

Tak kisah macam mana rupa anda, janji berkeyakinan tinggi! berkeyakinan bukan bermakna kita perasan, ok!



Bubye!

TRANFORMASI BUKAN TRANFORMERS

This holiday, i make a new style. Horayy!!!


Happy mood but my money 'mengalir' like 'air paip'.

LOL!



(-__-)

Thursday, February 3, 2011

HIDUP PERLU DINIKMATI, OK!

Assalamualaikum.....

Bagi saya, hidup ini perlu dinikmati sepuas-puasnya. *Seperti makan ais krim. Tapi itu bukanlah bermakna kita perlu memusnahkan hidup sendiri dengan membuat perkara-perkera tak bermoral, ok!

So,

-korang buat la ape yang korang teringin nak buat. (rasanya tak pernah lagi ada yang teringin merompak bank kn!)

-korang makan la apa yang korang rasa nak makan. (kalo makanan yang ditegah agama tu, memang sendiri boleh fikir kot!)

-kalo rasa nak beli barang idaman, kumpul duit dan beli. jangan banyak fikir.

-korang nak pegi bercuti kat tempat idaman? Sila kn. Just let go!

-kalo dah tak bahagia dengan pasangan, putus or cerai je ah. dari buat dosa curang sana sini.

Bye!

Tuesday, February 1, 2011

PERKARA SIMPLE TAPI KITA SELALU LUPA

Salam Hari Wilayah untuk yang duduk kat mana-mana wilayah yo!

Di sini saya nak listkan beberapa benda simple yang kita selalu lupa.

Check it out bebeh!



********************************************************************


1. Sedang u all berhati riang nak berjalan-jalan, u all tertengok lesen dalam purse or wallet dan lebih tragis lagi rupanya lesen u all dah mati sebulan yang lalu? Terus kene reverse balik rumah balik. -_-

2. Setiap pagi u all berus gigi dengan membelek jerawat kat muka, adakah u all ingat bila kali terakhir u all tukar berus gigi tu? Jeng...jeng...jeng....(",)

3. Kadang-kala sebagai wanita berkerjaya, kita akan akan berasa keletihan selepas balik dari kerja (untuk yang curi tulang time keje, letih juga ke?) seterusnya kita rasa nak "fly to heaven" di atas katil yang empuk. Sewaktu cuti hujung minggu la baru kita ada masa nak belek-belek segala macam produk yang ada dalam koleksi kita. Rupa-rupanya multivitamin or minuman yogurt dalam peti ais dan tamat tempoh 2 minggu yang lalu.....Rugi kan?

4. Waktu lunch sudah tiba! Kita dengan rakusnya pergi ke gerai makan dan melantak semahu-mahunya. Dah separuh ayam goreng kite telan, baru teringat nak baca doa makan. Kadang-kadang nak cakap Alhamdulillah pun payah. Tau nak komplen je. Lauk tak sedap la. Mahal la. Nasi Lembik la. Kan? Kan?


Ni je yang dapat saya senaraikan untuk hari ni. Bubye.

Actually aku draft dulu entry ni pada tarikh yang tertera.
Kalo terbaca, terima kasih!