Klik Nuffnang Ads

Saturday, June 9, 2012

SOALAN BITK 2012

Time nak dekat exam BITK, topik macam menjadi hot entry di sini. ^___^


Antara soalan objektif BITK 2012 yang keluar:

  1. berkenaan surat pekeliling perbendaharaan bil. 2 tahun 2002
  2. jika tersilap tulis resit dari RM20 jadi RM200, apa tindakan yang perlu dibuat?
  3. berapa kadar penyediaan jamuan (RM per person) bagi pegawai perkhidmatan awam yang bakal bersara?
  4. Kumpulan Wang Disatukan terdiri dari??
  5. berikan contoh hasil cukai tak langsung?
  6. penyelenggaraan buku vot bermula apabila kementerian atau jabatan menerima apa?
  7. apa tujuan penyata penyesuaian akaun hasil disediakan setiap bulan?
  8. bagi kes kehilangan aset yang melibatkan ketua jabatan, siapakah yang perlu membuat laporan awal?
  9. pemberitahuan resit atau lesen HILANG DARI DALAM STOR DAN BELUM DIGUNAKAN LAGI hendaklah dibuat melalui apa? 
cari jawapan sendiri. 2012 ni banyak soalan tentang perolehan yang keluar. soalan berbentuk situasi pun ada. nak lagi? lemak ah tu!

semoga berjaya!

 klik link BAWAH untuk soalan BTIK 2011 

http://kasutkaca15.blogspot.com/2011/06/soalan-bitk-2011.html

Wednesday, June 6, 2012

GUEST BOOK IDEA'S

Majlis kawin sekarang dah urban. 

Best juga kalo majlis kawin ada buku tetamu atau wishes booth ni.
Boleh la bagi ucapan2 kawin yang cute2 pada pengantin baru.

Kepada tunangan saya Mr AA, idea yang mana lagi best? 


idea A


 Idea B


Idea C



Idea D



Idea E



idea F


*selamat hari jadi ye Mr Tunangan yang ke-25*

 ^_*




Ya Allah, permudahkan kerja kawinku. Amin!


BUNGA TANGAN SAYA

Orang selalu cakap yang bunga tangan ni akan jadi 'kawan baik' pengantin masa kawin nanti. 
So nak dapatkan 'kawan baik' yang terbaik, kita kene la pandai memilih dan rajin blog walking. Hihihi.....
2-3 bulan lepas, teruja nak buat  fabric hand bouquet. (kununnya)

Saya siap beli butang-butang macam kat bawah ni kat kedai kraftangan di Kuala Kangsar.


tapi masa saya blog walking petang tadi, saya nampak idea manik pearl hand bouquet la pula.
*kau memang rambang mata kan, nurun!

semua benda saya buat separuh-separuh. 
even bunga telur gantung hari tu pun tak siap-siap lagi.

Kita tengok apa kesudahannya nanti. 
Soon....



Ya Allah, permudahkanlah urusan ku ini. Amin!

BAJU BERSANDING SAYA

Alhamdulillah saya dah booking pakej pelamin saya 
di Fieza Andaman, Station 18 Pengkalan, Ipoh Perak.
Baru bayar duit booking. 
Hope perkhidmatan yang bakal diberikan adalah yang terbaik dan berpatutan.
Saya idamkan pelamin macam dalam blog ni  ^_^
Tapi kalo tak dapat, ada iras sikit-sikit pun tak pe la. Hihihi....
Lagipun dalam agenda kitorang xde sesi renjis2 sanding2 ni. 
Cuma nak tangkap2 gambar posing2 aje.

Saya berangan-angan nak pakai baju macam kat bawah ni untuk fotoshoot outdoor
 (OP pun belum hired sebenarnya!)

tapi dah banyak butik saya pegi xde pula baju edisi macamni. 
Adakah angan2 hanya menjadi angan2 semata2? Haihhh.....


*credit pix dari satu majalah pengantin*









Ya Allah, permudahkan lah urusanku. Amin!





























IDEA BAJU NIKAH

 Al-kisah, saya dan tunangan pergi shopping kat jalan Masjid India 2 minggu lepas.
 Pada mulanya saya plan nak 
beli baju nikah ready made
 kat sini >Jubah Elegant<

tapi lepas saya blog walking kat banyak blog di alam maya ni,
saya terpengaruh nak DIY sendiri baju nikah tu.  
(pompuan memangn senang utk dipengaruhi)

Makanya kami pun beli kain baju nikah kami di Jakel.
Tapi kami TAK beli kain untuk pakej kawin.

Xde nye pegi tingkat exclusive khas untuk kawin2 ni.
Kain saya RM22 semeter. Saya beli 4 meter coz nak tempah baju kurung moden (bukan kain satin)
Kain tunangan (yg ni baru kain satin) RM16++ semeter. Salesgirl cakap baju melayu kene guna 5 meter. 
Kain Sampin RM38 semeter. Beli 2 meter suku.
Style kami senang je. 
Baju saya, saya bayar. 
Baju tunang, tunang yang bayar.
*korang macamana pulak?

Baju nikah saya just minta kawan mak tolong jahitkan.
 Saya cuma tempah kurung moden plain je.
 Sebab saya memang berhajat nak jahit manik@lace sendiri kat baju tu.
Xde design hebat2 sangat. 
Harap plan nak jahit manik sendiri menjadi kenyataan. 
Kene rajin dan tekad. 


*semeter boarder lace RM150++ (saya tak beli pun)
*manik pearl baby blue+putih pilihanku
*kain chiffon putih tu untuk DIY veil

UPDATE: MANIK BOLEH DIBELI DI KEDAI DALAM PLAZA CITY ONE (SEBELAH SEMUA HOUSE). KAT SITU ADA KEDAI MANIK. SAYA TAK INGAT NAMA DIA (SEBELAH PINTU MASUK PLAZA CITY ONE JE. LAGI SATU KEDAI SAYA PERGI DI DALAM PERTAMA KOMPLEKS. MEMANG KEDAI JUAL MANIK. BERDEKATAN DENGAN KEDAI JAHIT DAN KEDAI KAD KAWIN.

inspirasi baju nikah saya = baju nikah scha al-yahya (google aje ya!)

masa bertunang, saya dan tunang tak de bagi kain persalinan untuk nikah. reason: kami tak nak orang tau kami akan pakai baju warna apa time nikah dan nampak tak up to date. Ye la kalau yang bertunang sampai 2 tahun, tapi kain nikah dah bagi awal2. tak ke tak up to date macamtu. ^__^

semua benda saya teringin nak DIY. 

Ya Allah permudahkan urusanku.
 Amin!