Klik Nuffnang Ads

Showing posts with label entry takde motif. Show all posts
Showing posts with label entry takde motif. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

GEMUK?

Girls sangat sensitive kalo orang sekeliling cakap die gemuk. Ni dia antara ayat-ayat yang membuatkan girls menyampah tahap dewa ;

weh, asal ko makin berisi?

tembam pipi ko sekarang!

dulu ko memang berisi ke? Sebab aku tengok kaki ko macam orang gemuk...

berat badan ko berapa sekarang?

nape tak makan, diet ke?

ko ni sesuai jadi pengacara Jalan-Jalan Cari Makan la....



Rase nak baling batu sembunyi tangan je kan bila dengar suara mereka berkata-kata. Kekadang ayat-ayat macamtu memberi kesan juga pada kita. Tapi nak buat macamne, selagi BMI tak mencapai tahap OBESITI, makan la puas-puas.

But sometimes we need to stop before it’s too late. Kalo dapat penyakit diabetes or jantung sape yang susah? Yang pasti hidup mesti berhati kental bila terdengar ayat-ayat seperti diatas.
Chill babe! ~_~


Kalo nak sentiasa kurus, sila la mengorat DR Rozmey. (“,)

Sunday, March 6, 2011

KAK LIMAH TERTIPU

Salam,

Kenapa iklan kecantikan dalam tv kebanyakkannya letak pompuan-pompuan yang semulajadi putih. Patutnya amik la model yang hitam lagi menawan. Tu baru betul.

Contohnya, iklan Cik Evans tu. Die dah memang kacukan inggeris. Dah tentu putih. Iklan Cik Surihani tu pun sama. Nak dapat 2 tona lebih cerah kononnya. Aku tak kisah pun sebab aku jarang terpengaruh dengan iklan tv. Tapi kalo iklan dalam majalah tu memang senang hati la nak mempengaruhi aku. ~_~

Tapi tak boleh nak salahkan pemasar barangan tu juga sebab, dah memang wanita asia yang kulitnya sawo matang ni terlalu taksub dengan warna kulit putih gebu ala-ala Paris Hilton kononnya.

Muka hitam tapi hati sesuci Asmara tu lagi mulia. Dari muka putih tapi lengan coklat dan berhati busuk buat orang menyampah pula.

Senang cite, kita jangan mudah sangat terpengaruh dengan iklan yang belum tentu diyakini keberkesanannya. Well, kuasa membeli terletak pada tangan wanita @ gadis secara am nya.

Iklan macamtu membuatkan mentaliti kita cakap 'putih itu cantik dan disukai ramai, hitam itu hodoh'. Betul tak?

nota kaki: menari bangra sambil nyanyi lagu Jumbalika, jumbalika, jum balik balik oh! memang sangat heaven!


Babai you all!

Saturday, February 26, 2011

AKU DAPAT BAUCER VINCCI

Assalamualaikum,


Semalam masa aku balik rumah aku tengok ade surat dari Padini Holdings dalam bilik aku. Suspen juga. Kot-kot diorang minta aku jadi duta kasut vincci ke.

Dengan penuh debaran dalam hati, aku pun koyak envelope tu dengan penuh kerakusan.

Rupa-rupanya aku dapat baucer Vincci RM10. Valid till Disember 2011. Like! Boleh la aku berdondang sayang kat Vincci nanti.














p/s: minggu lepas baru je beli sandal baru.





Wednesday, February 23, 2011

JAM TANGAN FEVERET

Assalamualaikum,

Today aku nak story tentang jam tangan a.k.a jam yang di pakai di tangan. Sape tak tau jam tangan tu ape, sila terjun swimming pool sekarang!
Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan kita beli dan pakai jam tangan ni. Kebiasaannya orang beli jam tangan sebab harganya, rekaannya, warnanya dan lain-lain yang seumpama dengannya. *Bape banyak “nya” la woi!

Pernah dulu kami (aku dan mereka) share duit untuk beli jam kat seorang lagi member. Kami beli jam bentuk bulat. Boleh member tu cakap `actually i tak suke jam bentuk bolat, sebab jam tu tak sesuai dengan tangan i’. Aku tersentap skit. Dalam hati kecil ku berkata `Hello, tak bersyukur langsung la ko! Ok what ade orang nk kasi ko hadiah.’ Kalo ko tak suke sekalipun, cuba la pakai sekali depan kitorang sebagai tanda penghargaan. The End.

Aku tak kesah pakai jam tangan apa sekalipun yang pasti bukan RM10 la. *Bajet artis! Jam bentuk segiempat cun, jam bolat pun cantek, jam bujur juga nice, jam segitiga nampak unik. Tak kisah camne rupanya, janji kita rasa confident pakai jam tersebut. Lain dari yang lain itu penting u! Unique is sexy.
(Jangan korang ingat confident level dan jam tak de kaitan ye)

Pada padangan aku jam jenama ESPRIT ke DKNY ke, tu sume jam jenama fesyen. Mahal camne sekalipun, better jenama Seiko or Casio (jenama kalkulator nih) sebab diorang ni memang specialist dalam industri jam nih. *Betulkan aku jika info ni salah.



p/s: Pasni aku nak beli jam ade kalkulator. Senang nak buat kira2 time shopping. (“,)