Klik Nuffnang Ads

Dup Dap

Saturday, May 26, 2012

DI MANA NAK BELI LAMPU SOROT@SPOTLIGHT?

Bagi sesiapa yang rajin membeli dan malas untuk menDIY sendiri lampu sorot untuk mini pelamin, 
korang boleh mendapatkannya
 di Silver Star Wedding Gallery, Plaza City One
 (bersebelahan Semua House, Masjid India)

Saja nak share dengan korang.

Ok, Babai.....! ^_^

CONTOH SOALAN BITK

Di sini saya kongsi contoh soalan BITK yang 
pernah keluar zaman dahulu kala. Jika nak jawapan yang lebih tepat, 
korang boleh rujuk buku ye. Contoh soalan ni pun saya dapat melalui seorang kawan di FB.

Apakah definisi “Wang Awam” di bawah seksyen 3 Akta Prosedur Kewangan 1957? 
 (sila cari jawapan sendiri)
I           Bon, debentur dan lain-lain sekuriti.
II          Semua hasil, pinjaman dan amanah
III         Wang tunai, cek, kiriman wang, wang pos dan setem
IV        Hasil zakat, baitulmal dan wakaf orang ramai

A         I dan II sahaja
B          I, II dan III sahaja
C         II dan IV sahaja
D         I, II, III dan IV 


 
Syarikat JAJA Sdn. Bhd. telah ditawarkan tender Jabatan Pendidikan Teknikal 
bagi kontrak membekal komputer yang bernilai RM220,000.00. 
 Berapakah nilai bon pelaksanaan yang perlu dikemukakan? 
(sila cari jawapan sendiri)

A.                RM 2,200.00
B.                  RM 4,400.00
C.                RM 5,500.00
D.                RM 11,000.00

Berikut adalah kod Hasil dan Perbelanjaan yang merupakan satu senarai kod lima (5) angka
seperti mana ditetapkan oleh Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2004 kecuali

            A         Objek Sebagai

            B         Objek Lanjut

            C         Objek Kumpulan Sebagai  (ini jawapannya)

            D         Objek Kumpulan Lanjut

 
Anak kunci peti besi perlu ditukar ganti sekurang-kurangnya……………….

            A         1 kali setahun
           
            B         2 kali setahun
           
            C         2 tahun sekali (ini jawapannya)
           
            D         6 bulan sekali


Tuesday, May 1, 2012

WARNA TEMA SAYA

Setiap kali saya masuk butik pengantin (masa survey2),
akak kat butik mesti tanya... 
"nak kawin bila?", "warna tema dah ade?"
 dan saya menjawab seadanya. 

Kalau nak letak tema English modern @ fairytale ke classic glam ke , 
takut susah pula nak merealisasikannya.
 *Reason: Kekangan duit sudah semestinya. *_*

Makanya kita sebagai rakyat biasa perlu tetapkan warna tema aje la.
Pk punya pk punya berangan sampai ke bulan, 
makanya saya decide nak warna-warna seperti ini ada dalam majlis saya nanti.








gambar dari theperfectpalette.com





sumenye warna-warna yang selalu B2B amik sekarang.

banyak betul warna saya nak.
 nampak sangat belum decide masak-masak. adehh...! ~_~







*buat macamni senang sikit. nanti bila confirm nak pegi butik mana satu, boleh buka blog balik 
dan tunjuk kat akak butik pengantin tu.

dialog saya: "akak, saya nak warna macam ni, macam ni."

Sunday, April 29, 2012

PERSIAPAN BILIK TIDUR


Assalamualaikum Cinta,

Ini checklist persiapan bilik tidur versi Nurun.
 Saja nak wujudkan satu entry macam ni, supaya tunang tahu apa yang sedang saya plan dalam kepala. ^_^

1.       Set bilik tidur (memang dah ada di rumah)-done

2.       Langsir –cuma nak tukar kepala langsir je.

3.       Set cadar-dah beli di Sogo (sebenarnya nak cari benda lain tapi terbeli set cadar dulu)-done

4.       Cat bilik-warna dirahsiakan sementara waktu.*_*

5.       Carpet
6.       Bunga hiasan-nak beli@DIY crepe paper flower. Yang pasti, pasu bunga dah beli awal.

7.       Hiasan dinding-wall sticker@letak crepe paper flower yang besar@frame gambar

8.       Lampu (teknik pencahayaan)-penting juga ni. Bersedia untuk ganti mana yang rosak.

9.       Pewangi bilik

10.   Bersihkan sawang@cuci bilik air@pastikan ada alas kaki

11.   Kipas@air cond berfungsi dengan baik

*ada apa-apa lagi ke?

HADIAH UNTUK ORANG KAWIN

Asalamualaikum,

Sekarang ni ramai kawan saya yang bakal melangsungkan hari bahagia diorang. 
Orang sekarang kawin tak ikut musim dah. Asal plan je, jadi. 
Makanya sebagai kawan@tetamu yang dijemput, saya harus beli hadiah. 
Kadang-kala saya dalam kebuntuan juga nak bagi hadiah ape kat pengantin baru ni. 
Tak kan nak bagi set gelas@pemanas air sesaje. 
Kalo bole tak nak la bagi hadiah yang boleh dijangka.
Hidop mesti ada kelainan, beb!

Antara hadiah yang selalu saya beli adalah set sudu@garfu, 
set cadar queen, kipas pendek atau album gambar. 
Selain hadiah macam di atas, nak bagi ape lagi ek? Bagi karpet bole? 
Paling mudah, salam berduit je la dengan family pengantin...
Buntu. $_$