Klik Nuffnang Ads

Showing posts with label majalah rapi la kononnya.... Show all posts
Showing posts with label majalah rapi la kononnya.... Show all posts

Sunday, April 10, 2011

FEMININ WASH

Hello ladies,

Mom, sister or bestfriends, we have a common life. Sometimes we do not comfortable with our routine. Even when we have period. Yeah, sometimes our emotion a little bit CRAZY.

Thats why la, intimate wash helps us to protect, wash, moisturise also odour less in women intimate part. Common babe, dont be shy to buy intimate product for get a healthy life.

What brand of feminin wash that you use now?




Sumber Ayu here
*ala, yang iklan rossa tue....




the famous amos >> Avon Simply Care



eubos feminin wash



Ini adalah salah satu produk penjagaan diri wanita tau! Guys, anda semua patut tahu.
*thanks to google image.

Sunday, March 27, 2011

TEKANAN DARAH RENDAH

Hello readers,

Manusia ni kalo darah tinggi sangat pun tak boleh, rendah sangat pun tak boleh juga.
Tanda-tanda tekanan darah rendah yang saya tahu adalah;
pening-pening mahu pitam.
3-4 tahun lepas saya pernah mengalaminya. Sebab Musabab?
Saya sangat malas untuk bersarapan pagi, sangat malas untuk minum 8 gelas air sehari dan sangat malas untuk makan.
Ya, memang ada lagi makhluk pemalas sebegini di muka bumi ini.

Dan pada satu pagi, saya sedang menjemur kain kat ampaian, tetibe saya rasa pening dan berpinar.

Saya ingat itu sesuatu yang normal sebab panas. Saya masuk dalam rumah dan mahu bergolek-golek di atas katil. Tetibe saya termuntah. Panik! Mak saya terus ajak pegi klinik. (Memang tradisi family saya, kalo sakit sikit je wajib pegi klinik) Lepas doktor check2, rupanya saya ada tekanan darah rendah. Auww...

Nasihat doktor;

minum banyak air, banyakkan pengambilan daging merah kurang lemak@kerang, amalkan diet yang sihat, makan sikit tapi berulang. Dan kalo rasa nak pitam lagi, try untuk duduk, tarik nafas sebelum berdiri tegak.


Now thats why la saya suke makan dan makan. Everybody love food!

Muda mudi sekalian, sila jaga kesihatan diri, ye!

Babai babe *_~

Sunday, March 20, 2011

NYAHTOKSIK @ DETOKS

Assalamualaikum,

Pernah tak hangpa rasa pening, badan letih-letih, alahan, muka @ badan berjerawat, perut kembung, selulit, masalah berat badan, emosi terlebih, masalah tidur, system imun badan yang lemah?

Dulu aku pernah juga rasa pening dan badan letih. Andaian aku dulu, benda-benda camni normal la bagi seorang student yang berdedikasi. Tapi pada suatu hari, aku beli Majalah Rapi. Belek punya belek, aku terbaca tentang detoks. Kebanyakan tanda-tanda badan bertoksin yang diorang listkan, pernah aku alami.

Lepas tu esoknya lecturer aku cerita tentang toksin yang berkumpul dalam usus besar akibat jarang membuang air besar. Tetiba aku berminat nak try produk-produk buang toksin ni. Mula-mula tu aku beli Green Tea Mint jenama Kinohimitsu. Aku minum seminggu sekali je. Maklumla bajet. Lepas tu aku try beli Juvanex pula. Kalo kita ikut aturan makan yang disyorkan, memang kita akan rasa apa yang Juvanex listkan dalam buku panduannya tu berkesan.

Juvanex ni kita kene minum 7 hari berturut-turut dalam masa 2-3 kali setahun je. Mahal weh benda ni!

Disebabkan benda tu mahal, aku minta la pendapat boifren aku. Nak beli produk detoks ape pula. So die cadangkan aku minum teh hijau Lipton @ Boh je. Murah pun murah. Banyak pun banyak. Tapi teh hijau ni aku minum kadang-kadang je. Maklumla, tak sedap cam makan ais krim.

Lepas tu kan dalam website or online shopping tengah femes detoks tampal kat tapak kaki. Aku tak ketinggalan untuk mecuba. Menarik juga benda tu. Tapi aku tak pakai lama. Malas nak beli online dah kononnya. Tapi beli kat kedai-kedai mahal pula. Then, Bila aku balik rumah, aku tengok mak aku ada beli BioSeed dari GamatEmas. So aku tanpa segan silu, aku amik la dalam 10 paket untuk kegunaan sendiri. Aku ni suke mengamalkan peribahasa jimatkan duit sendiri habiskan duit orang lain. That why la aku amik bioseed 10 paket tu kat mak aku.


Orang cakap puasa pun salah satu proses nyahtoksik juga. Tapi aku cuma puasa time Ramadhan dan time kene ganti puasa je. Sekarang aku maintain minum teh hijau Boh dan Bioseed je.

Kalo korang nak kuruskan badan, aku tak syorkan benda2 camni la. Ade juga kawan-kawan aku yang agak kolot ingat aku suke minum benda-benda sebab nak kurus. Common girls, aku tak rasa aku gemuk pun diabetes apetah lagi. So tak perlu nak diet sampai tak makan nasi sampai seminggu. Oppss...!


Sebenarnya dalam badan kita ni banyak toksik yang kita dapat melalui makanan atau persekitaran. Jaga la kesihatan dari awal. Tak kan nak tunggu gemuk baru nak cari Dr Rozmey kot!


Aku cakap based on pengalaman yang dulunya asyik pening-pening, stress, mengantuk tak tentu hala (tapi aku tak kuat tido) dan rasa letih-letih badan.Try la buang toksin dalam badan tu.


p/s:thanks to juvanex website dan gamatemas website. ini bukan testimoni or jual barang.

Sunday, January 16, 2011

KORANG PAKAI MASK TAK?

Hi semua,

Biasanya kite manjakan muka kita dengan pencuci muka, penyegar (toner) dan pelembap.
Kalo yang suka nak tempek menempek benda lain, mesti akan try guna scrub dan mask.
So marilah kita tambah pengetahuan tentang mask yang ada kat pasaran sekarang.


1. Clay Mask
Mask ni jenis pupur@ala tanah liat. Tak perlu letak air sebab memang dah tersedia lembap. Terdapat dalam bekas dan jenis tiub. Kite just sapu kat muka kasi rata dan biarkan 10-15 minit sampai kering. After that kita boleh cuci dengan kapas yang direndam air suam. Aku suka yang ni sebab lepas pakai rasa tegang muka dan segala blackhead dan whitehead akan hilang.


*credit to the body shop website


2. Peel-OFF Mask
Mask yang ni jenis lutsinar@gel. Bila tempek kat muka 10-15 minit, kita boleh kopek mask ni sikit-sikit. Then baru cuci dengan air suam. Time tunggu die kering, kita akan rasa sensasi sejuk je kat muka. (",)


*copy from nivea website


3. Mask Sheet
Mask ini macam helaian tisu lembap. Memang dah siap ade lubang untuk mata dan mulut. Ala-ala topeng power rangers yang kite pakai masa main lawan-lawan di zaman kanak-kanak dulu. Cam biase la, kene tunggu kering baru la kita cuci bersih.


*thanks to elianto website for beautiful image


Time kita pakai mana-mana mask sekalipun, jangan pula kita bercakap or buat keje lain. Kita kene duduk rileks ala-ala Snow White beradu atas katil je. Baru la mask tu dapat meresap ke dalam kulit dengan cepat dan mudah.

Bagi yang nak jimat kos, U all boleh ambil sebiji telur dalam peti ais, tapi kita cuma amik putih telur sahaja dan letakkan dalam bekas. Then, u all ambil kapas jenis petak, tekapkan kapas tu dalam putih telur dan bersedia la untuk tempek di muka U all. Nak lebih bagus, tambahkan perahan lemon ke dalam putih telur tersebut ye.

Golongan bf-bf a.k.a lelaki pun boleh try pakai mask. Jangan ingat gegirl je yang sesuai dengan mask-mask tersebut. Selamat mencuba.






Terima kasih jika terbaca.

Thursday, January 6, 2011

KUKU MU BUKAN KUKU KU

Salam semua,

Bila u all tengok tajuk pun dah tahu ape yang nak aku gembar-gemburkan.
So today, aku nak share tentang kuku.

Kuku yang normal tumbuh di hujung jari.
Belum pernah lagi kuku tumbuh atas kepala kn? Kn?

Kuku kita berfungsi untuk melindungi dari kotoran dan meningkatkan daya sentuhan.
Biasanya kite potong kuku bila kuku dah panjang. Betul tak? 0.o
Tapi jangan sampai tersalah potong sampai menjadi 'cekam'. *Hati-hati ye!
If kita ada duit lebih, boleh lah singgah ke Pusat Manicure dan Pedicure yang berhampiran untuk manjakan kuku anda.

*Peringatan: kalo u all akan berkahwin or bertunang tak lama lagi, better pergi 'derma' sikit duit kat Pusat Rawatan Kuku supaya tak la segan time adegan sarung menyarung cincin nanti. Bak kata pepatah,
kompang dipalu, pengantin malu! Ewaahhhh!!!


Jika tak de bajet lebih, boleh la rendam jari jemari u all dalam air suam yang bercampur garam. Biar mati kuman-kuman yang ada kat celah-celah kuku tu!

Adegan potong memotong kuku juga perlulah dilakukan dengan teliti supaya tak tersalah potong ape-ape yang tak patut dipotong. *Enggak dong!!

Agak-agak nak nampak hot dan otai, boleh la sapu pewarna kuku. *Peace!







kesihatan kita bermula dari kuku kite ye. gambar ni tak de kaitan dengan entry kat atas. jom jaga kebersihan!







p/s: aku tak suke kuku lelaki yang maha hitam lagi kotor.

p/s: angan-angan yang lebih perlu disusuli dengan usaha yang gigih!


Terima Kasih jika terbaca.