Klik Nuffnang Ads

Showing posts with label warna tema. Show all posts
Showing posts with label warna tema. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

WARNA TEMA SAYA

Setiap kali saya masuk butik pengantin (masa survey2),
akak kat butik mesti tanya... 
"nak kawin bila?", "warna tema dah ade?"
 dan saya menjawab seadanya. 

Kalau nak letak tema English modern @ fairytale ke classic glam ke , 
takut susah pula nak merealisasikannya.
 *Reason: Kekangan duit sudah semestinya. *_*

Makanya kita sebagai rakyat biasa perlu tetapkan warna tema aje la.
Pk punya pk punya berangan sampai ke bulan, 
makanya saya decide nak warna-warna seperti ini ada dalam majlis saya nanti.








gambar dari theperfectpalette.com





sumenye warna-warna yang selalu B2B amik sekarang.

banyak betul warna saya nak.
 nampak sangat belum decide masak-masak. adehh...! ~_~







*buat macamni senang sikit. nanti bila confirm nak pegi butik mana satu, boleh buka blog balik 
dan tunjuk kat akak butik pengantin tu.

dialog saya: "akak, saya nak warna macam ni, macam ni."

Tuesday, November 15, 2011

DEKORASI HANTARAN

Di sini saya listkan 4 tips untuk kita dekorasi hantaran pertunangan@perkahwinan kita. Info ini saya baca dalam Majalah Pengantin bulan November 2011. Cover Girl nya adalah Jue Aziz berbaju oren. Saya letak entry ini untuk tatapan saya di kemudian hari. Kot-kot masa nk DIY hantaran saya nanti, tetibe je tak jumpe cari majalah pengantin tu. So boleh la saya buka blog sendiri. *_*


1) Bajet
Buat list barang yang diperlukan. Boleh refer contoh engagement checklist yang saya ada buat tu.
Perancangan bajet tu biar teliti supaya xde istilah 'lari bajet'. Kos bunga dan aksesori lain (reben, manik, bakul, gam) perlu diambil kira juga.


2) Warna tema
Sekarang ni tak lengkap kalo kita jayakan sesuatu event tu tanpa tetapkan warna tema. Sampai warna dinding rumah pun nak kene ikut tema yang kita rancangkan. Warna yang sudah korang pilih menjadi peranan penting untuk kita beli barang. Perlu tahu warna utama dan warna sampingan untuk menyerikan hantaran kita tu lagi.


3) Konsep gubahan
Rajin-rajin la surf internet. Buka Facebook butik pengantin yang ada letak contoh gubahan yang diorang dah buat. Cari idea baru untuk menentukan konsep gubahan kita tu. Konsep fairtales, moden, klasik, mewah atau vintage. Yang penting kita kreatif.


4) Bunga tiruan atau bunga segar
Dua-duanya berbeza dari segi kualiti, harga dan kepuasan pada diri kita. Ada duit lebih, boleh beli bunga segar. Kalau tak silap saya, bunga tiruan di kedai SSF hOME dECO area Masjid India tu cantik dan nampak macam bunga betul (tak de la 'kejung' je bunga tu). Ha bunga kat The Gardens Midvalley pun, cantik juga! Erm.....



Ok, Bye!