Wah...simple je ni kak. Ini pun akak nak kongsi tips ke?
No no no no (sambil jari telunjuk digoyangkan ke kiri dan ke kanan) ini pun penting tau.
Ingat senang ke nak nikah dekat rumah? Nak kene cop cop tok kadi juga tau!
Kelebihan dan kekurangan nikah di........
Nikah di masjid:
-kadang kala tok kadi ada 5-6 pasangan untuk dinikahkan, bagi memudahkan beliau, semua pasangan tersebut dihimpunkan sekali di di masjid. Tambahan pula korang pilih tarikh nikah tu tarikh-tarikh yang cun. Contoh: 11.11.11, 01.02.2013 ke. apa-apa2 tarikh yang cantik la. Mesti ramai orang pakat2 nak kawin tarikh tu juga. Dapatnya dalam kampung tu ada 4-5 pasangan cadang bernikah di rumah, letih tok kadi dibuatnya nak merempit dari satu rumah ke satu rumah,.
-Pengantin perempuan juga kene la dalam keadaan suci dari haid pada waktu tu. Tak kan tengah2 period, korang nak meyengih dalam masjid. *tak sesuai ok!
-boleh panggil ramai kawan-kawan memeriahkan majlis
-boleh mengelakkan sihir pun iye juga. kadang kala rakyat malaysia ni tak suka tengok kebahagiaan orang lain.
-lebih afdal katanya. kerna apa? kerna menikah di rumah Allah. Alhamdulillah....
-tapi kalau nikah di masjid, segan la kalau ada sesi linangan air mata selepas akad nikah. jangan nangis dalam masjid ye.
- tak boleh nak posing maut lama-lama nanti jemaah masjid angry.
Nikah di rumah:
-pastikan pihak pengantin dah deal baik punya dengan tok kadi. mana tahu, tok kadi tengah kejar masa nak nikahkan orang lain pula.
-nak nangis meraung lepas nikah pun boleh sebab rumah sendiri.
-sentimental value yang tinggi sebab kawin dalam rumah tempat kite dibesarkan.
-lepas selesai solat sunat, boleh terus baring atas katil untuk sesi tangkap gambar.
-sesuai pengantin perempuan sedang uzur
-lepas dah selesai majlis, boleh keluar rumah untuk sesi menjamu selera.
Nikah di lain-lain tempat:
-tak kisah la di dewan ke, hotel ke, pejabat agama. ummah melayu biasa jarang nikah di tempat lain selain masjid dan rumah.
Kesimpulannya, pilihlah tempat yang bersesuaian dengan situasi kita ketika itu.
No comments:
Post a Comment