CONTOH MAKANAN BAYI 6-7 BULAN
PURI PISANG
SEBIJI PISANG EMAS DIBUANG KULIT
STIMKAN DI DALAM PENGUKUS SELAMA 5 MINIT
LECEKKAN GUNA SUDU DAN BIARKAN SEJUK
SEDIA UNTUK DIBERI PADA BABY
PURI AVOCADO
SEBIJI AVOCADO DIBUANG KULIT
STIMKAN DI DALAM PENGUKUS SELAMA 5 MINIT ATAU SEHINGGA LEMBIK
LECEKKAN GUNA SUDU DAN BIAR SEJUK UNTUK DISUAPKAN PADA BABY
PURI BUAH PEACH
SEBIJI BUAH PEACH DIBUANG KULIT
STIMKAN DI DALAM PENGUKUS SELAMA 5 MINIT ATAU HINGGA LEMBIK
LECEKKAN GUNA SUDU SAMPAI HANCUR, BIARKAN SUAM-SUAM
SEDIA UTK DIBERI PADA BABY ANDA
PURI KURMA+KISMIS
2 BIJI KURMA BUANG KULIT/BIJI
5 BIJI KISMIS BUANG BIJI
STIMKAN DALAM PENGUKUS SAMPAI LEMBIK
LECEK GUNA SUDU DAN SEDIA UNTUK DIBERI PADA BAYI
PURI LABU
POTONG LABU KECIL2 DAN DIBUANG KULIT
STIMKAN DALAM PENGUKUS SEHINGGA LEMBIK
LENYEK GUNA SUDU SAMPAI HANCUR
SEDIA UTK DIBERI PADA BABY
BULAN PERTAMA JANGAN ANGGAP BABY KITA AKAN MAKAN SEMANGKUK PENUH.
BUAT SIKIT SIKIT DULU. KADANG KALA BAYI MAKAN 2-3 SUDU JE MULA-MULA.
ASALKAN KITA TAK PUTUS ASA NAK BAGI DIORG MAKAN. AKU TAK REBUS BUAH-BUAH YANG AKU BAGI SEBAB AKU ADA PENGUKUS. SO STIM AJE LA.
BOLEH JUGA TUKAR KEPADA BUAH EPAL, MANGGA ATAU BUAH PRUN.
CONTOH MAKANAN BAYI 8-9 BULAN
BUBUR LEMBIK LABU (KANJI)
SEGENGGAM BERAS BASUH BERSIH (GUNA BERAS PERANG LAGI BAGUS)
AIR BERTAPIS SECUKUPNYA
TANAK BERAS SAMPAI LEMBIK
MASUKKAN LABU POTONG BERSAMA NASI TADI
SEJUKKAN DAN BLENDER
MILLET KURMA+LOBAK MERAH
3 SUDU BESAR MILLET DIBASUH BERSIH DAN RENDAM SEKETIKA
TANAK MILLET TADI DENGAN AIR TAPIS SECUKUPNYA SEHINGGA LEMBIK
MASUKKAN KURMA DAN LOBAK MERAH DIPOTONG KECIL KEDALAM PERIUK TADI
SEJUKKAN DAN BLENDER
(tak tahu millet tu apa? cuba google. boleh didapati di cold storage atau jaya grocer. aeon jusco pun ada)
aku guna hand blender philip aje. tak terfikir nak beli baby bullet pun. masak seminggu sekali dan bekukan. setiap kali nak makan, aku stimkan makanan tersebut
CONTOH MAKANAN BAYI 10-12 BULAN
BUBUR NASI IKAN TENGGIRI + BAYAM HIJAU
TUMIS 3 ULAS BAWANG PUTIH MENGGUNAKAN MINYAK ZAITUN
MASUKKAN 3 CAWAN AIR BERTAPIS
MASUKKAN IKAN TENGGIRI TANPA TULANG DIPOTONG KECIL DAN BAYAM HIJAU YANG DICUCI BERSIH
BIARKAN MENGELEGAK. TUTUP API DAN SEJUKKAN.
BUBUR NASI MASAK SEPERTI BIASA
BLENDER BUBUR NASI DAN IKAN TENGGIRI TADI.
BAWANG PUTIH TU AKU TAK BLENDER TAPI AKU BUANG. CUKUP SEKADAR UNTUK MENUMIS
(RESEPI NI SESUAI UNTUK BAYI YANG KENE SELSEMA,BERKAHAK SEBAB ADA BAWANG PUTIH. hihihi....)
BUBUR PASTA ORGANIK + LOBAK MERAH + IKAN BILIS
SEGENGGAM IKAN BILIS BUANG TULANG YANG DICUCI BERSIH
SEGENGGAM PASTA ORGANIK
(aku beli pasta organik di babydash.com. cold storage/jaya grocer pun ada)
LOBAK MERAH DIPOTONG KECIL
REBUS KESEMUA BAHAN DIATAS SAMPAI EMPUK
SEJUKKAN DAN BLENDER
BAYI 10 BULAN DAH BOLEH DIAJAR MAKAN TELUR REBUS. TAPI KALAU TAK SESUAI (ALAHAN) SILA STOP SECEPAT MUNGKIN. KALAU SIBUK/MAK BABY TAKDE DIRUMAH/TRAVEL JAUH YANG SUSAH NAK PANASKAN MAKANAN BABY, CUBA BAGI GROWELL ATAU MAKANAN BAYI ORGANIK.
*dimana nak beli growell di putrajaya? aku cari di anjung. kios kecik2 sebelah escalator.
*dimana nak beli makanan bayi organik? aku tengok dekat aeon jusco ada. cold storage pun ada. jaya grocer pun ada. senang-senang beli online je di babydash.com.
Suka entry ni..mmg membantu untuk cik mah....tq2
ReplyDeleteteringat dulu2, anak kembar saya sangat tak suka puree labu. masa 1st time suap tu, tak boleh lupa reaksi diaorang. hahahahaha :D
ReplyDelete