Klik Nuffnang Ads

Sunday, April 29, 2012

PERSIAPAN BILIK TIDUR


Assalamualaikum Cinta,

Ini checklist persiapan bilik tidur versi Nurun.
 Saja nak wujudkan satu entry macam ni, supaya tunang tahu apa yang sedang saya plan dalam kepala. ^_^

1.       Set bilik tidur (memang dah ada di rumah)-done

2.       Langsir –cuma nak tukar kepala langsir je.

3.       Set cadar-dah beli di Sogo (sebenarnya nak cari benda lain tapi terbeli set cadar dulu)-done

4.       Cat bilik-warna dirahsiakan sementara waktu.*_*

5.       Carpet
6.       Bunga hiasan-nak beli@DIY crepe paper flower. Yang pasti, pasu bunga dah beli awal.

7.       Hiasan dinding-wall sticker@letak crepe paper flower yang besar@frame gambar

8.       Lampu (teknik pencahayaan)-penting juga ni. Bersedia untuk ganti mana yang rosak.

9.       Pewangi bilik

10.   Bersihkan sawang@cuci bilik air@pastikan ada alas kaki

11.   Kipas@air cond berfungsi dengan baik

*ada apa-apa lagi ke?

HADIAH UNTUK ORANG KAWIN

Asalamualaikum,

Sekarang ni ramai kawan saya yang bakal melangsungkan hari bahagia diorang. 
Orang sekarang kawin tak ikut musim dah. Asal plan je, jadi. 
Makanya sebagai kawan@tetamu yang dijemput, saya harus beli hadiah. 
Kadang-kala saya dalam kebuntuan juga nak bagi hadiah ape kat pengantin baru ni. 
Tak kan nak bagi set gelas@pemanas air sesaje. 
Kalo bole tak nak la bagi hadiah yang boleh dijangka.
Hidop mesti ada kelainan, beb!

Antara hadiah yang selalu saya beli adalah set sudu@garfu, 
set cadar queen, kipas pendek atau album gambar. 
Selain hadiah macam di atas, nak bagi ape lagi ek? Bagi karpet bole? 
Paling mudah, salam berduit je la dengan family pengantin...
Buntu. $_$

Saturday, April 14, 2012

BUNGA TELUR GANTUNG part ii

Asalamualaikum Cinta,
hari ini saya nak tunjukkan the making of "BUNGA TELUR GANTUNG" versi cik kasutkaca15
Alhamdulillah saya berjaya siapkam 20 kuntum bunga telur. Lagi 30 kuntum mungkin tunggu bila saya balik Batu Gajah balik. Maklumlah minggu depan dah start kerja kat tempat baru. ^_^

Layan gambar, ok!



Bahan-bahan boleh tengok di sini











 reben biru saya beli 2 gulung. reben kuning (lebih kecil) juga saya beli 2 gulung.

saya camtumkan dua kuntum kecil menjadi satu.

ini saya tak tau nak panggil ape. tapi saya gunakan 8 meter untuk 50 kuntum bunga telur gantung saya.
sebenarnya saya dah beli 5 meter dahulu masa nak DIY Mini Pelamin saya. So tambah lagi 3 meter je lagi.
Harga semeter lingkungan RM1.50-RM1.80 (hilang ingatan sekejap)










 ok, ni la contoh bunga telur gantung versi cik kasutkaca15.blogspot.com




::terima kasih kerana sudi singgah blog ni::




*Ya Allah permudahkanlah segala rancanganku....








Wednesday, April 11, 2012

PROPOSAL DAISAKUSEN VS OPERATION PROPOSAL

Drama jepun favorite saya dah di remake jadi edisi korea la pula. 
Actually drama ni pernah ditayangkan di 8tv, long long time ago.
 Sangat la best. *bagi saya la.
Tapi hero dan heroin versi korea nya, kurang dikenali (mungkin saya sorang je yang tak kenal) membuatkan saya agak slow untuk mendownload cite tu. 



*yang di atas ni hero heroin versi jepun




Nak tau cite pasal ape? Google je la.


*nanti saya update bunga telur gantung yang dah siap*

KATERING DI IPOH

NIPAH TIGA CATERING
SIMPANG PULAI PERAK
PUAN ZAKIAH 016-5033131 @ 016-4515594


AZRI KATERING (BERIANI GAM SPECIALIST)
CHEMOR PERAK
HJ BAKRI@HJH HAZIZAH  019-5739613 @ 012-5719684

Tuesday, April 10, 2012

SURAH AL-KAUSAR & KELEBIHANNYA...

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita.

2. Hati akan menjadi lembut & khuyuk sewaktu solat kalau rajin membacanya.

3. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t bagi petunjuk pada kita   dimana letaknnya sihir itu.

4. Rezeki akan bertambah kalau membacanya sebanyak 1000x

5. Jika sedang kehausan dan tiada air, baca surah ini dan gosok pada leher, Insyaallah hilang dahaga.

6. Sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini 10x boleh mengurangkan sakit mata@mata berair@bengkak.

7. Bagi orang yang teraniaya dan terpenjara yang membaca sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberi bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah & dizalimi.


info ini saya dapat dari sorang ofismate. ilmu wajib dikongsi.

 Thanks for sharing this to me. ^_^

Tuesday, April 3, 2012

HANTARAN PERKAHWINAN

Untuk tatapan tunang dan saya yang asyik lupa
barang hantaran yang dah di plan untuk
diberi masa nikah nanti.
(walaupun rasa masih terlalu awal)
::Kalau masa tunang dulu 7 berbalas 5 tapi time nikah 9 balas 7 pulak::

Saya bagi: 
-tuala ikea
 -baju kemeja+SELUAR
 -cincin
 -biskut
 -coklat
 -pulut kuning
 -buah-buahan 
-kek 
-bunga telur

Dia balas:
-bunga telur
- marshmallow
-kain pasang
-kek
-coklat
-biskut
-sejadah+ tafsir quran

-cincin@rantai tangan

mas kahwin (haruslah!)


semangat!

Monday, April 2, 2012

FIKIRAN TERGANGGU

Kadang-kadang saya terfikir,
saya ni teruja untuk berkahwin ke
@
teruja nak buat persiapan semata-mata? Erm...



::diy pelamin@lampu sorot@pertunangan::

*banyak benda kene settlekan. ade sedikit perubahan dari yang dirancangkan.
Ya Allah, semoga urusan saya dipermudahkan.