Klik Nuffnang Ads

Thursday, February 16, 2017

Resepi Pankek Gebu untuk Toddler

Bahan:
Secawan tepung gandum
Sesudu teh baking soda
Sesudu teh baking powder
(Saiz sudu macam sudu kfc)
Secubit garam
Dua sudu besar gula
Sebiji telur (gred apa yg ada dlm peti ais je)
Dua sudu besar minyak masak atau minyak jagung (salah satu je)
Secawan susu segar atau susu cair atau air (salah satu je)

Cara buat:
-Tepung diayak terlebih dahulu (xnak pun xpe tapi tak gebu la)
-Satukan kesemua bahan diatas dalam bekas
-kacau laju2 guna garfu atau senduk
-panas kan kuali non stick. Wajib guna kuali non stick baru jadi.
-tuang sesenduk adunan dalam kuali, ratakan.
-tunggu hingga nampak gelembung2 tanda bahagian bawah dah masak.
-terbalikkan pankek dan biar masak sekata.



Yang ini aku letak hirisan pisang


 Ini pula aku letak coklat chip


Biar ada gelembung macam ni baru terbalikkan.


 Tadaaa....


Yang ni gabungan pisang dan coklat chip.


Nampak tak gebu di dalamnya. Lembut hingga ke petang iols!!

Friday, February 3, 2017

Tempat makan best di Batu Gajah

Ni lagi satu tempat makan best kat batu gajah. Bukan lah sebab ada signature dish yang sedap meletop kebabom pun. Tapi boleh la setakat nak bawak family makan dengan harga berpatutan.

Nama kedai: ZIRO CAFE
Landmark: sebaris kedai dobi layan 24jam, 7-e, dan kedai bundle stesen bas (ala tempat tunggu bas plusliner nak ke kl), pasar tani batu gajah. Ha....punya banyak landmark aku bagi tapi korang tak tau juga, korang memang b***k. Hahaha......

Tapi signboard kedai ni punya la pudar. Bila owner kedai tu nak bagi terang sikit tulis nama kedai tu tah la.

Layan mata dengan menu yang disediakan. Semua aku amik dekat fb kedai tu.

*Buka dari 05.30ptg hingga 12.00tgh malam.
Last call order 11.30pm.

Hidangan istimewa Steamboat dan Western Dalam Talam sentiasa menjadi pilihan.
Call/whatsapp sekarang untuk tempahan meja dan menu.
012-3332185!!! Yusri.
Beroperasi dari 05.30 ptg - 12.00 tgh malam.










Aku tak tau sedap ke tak. Tapi family aku pernah la datang makan sini. Sebab ada steambot murah tu.


Thursday, February 2, 2017

NASI AYAM SEDAP DI IPOH

Cari nasi ayam sedap dan murah di ipoh?

Meh datang sini

Siapa duk Ipoh mesti tau nasi ayam legend ni! Siapa tak kenal nasi ayam pojiah atau nasi ayam bazar bulat ni. Memang power!!


Lokasi : Nasi Ayam Fauziah
No. 78, Jalan Mustapha al-Bakri, Perak, 30300 Ipoh.