Klik Nuffnang Ads

Tuesday, December 13, 2016

REVIEW SASSY BREASTPUMP JENAMA EVE LOVE

hai semua harini saya nak review single breast pump jenama eve love.

sebenarnya saya tak beli pun pump ni tapi saya sewa selama 7 hari di kedai PUMP ON THE GO PUTRAJAYA kerana double breast pump yang saya order melalui online tak sampai lagi. Kebetulan pula single breast pump yang sedia ada di rumah rosak. Spare part baru order. huhuhu...

risau sangat susu tak cukup untuk baby kalau tak buat stok. saya cuba tanya pasal servis sewa breast pump di PUMP.ON.THE.GO . Alhamdulillah ada. Dengan kadar sewaan RM10 SEHARI dan perlu beri deposit RM100 terlebih dahulu. Syukur sangat tau.


ok back to the topic,

pada pendapat saya

dari segi bunyi- kurang bising tapi masih ada minimal bunyi.
dari segi simulation- bagus. dapat mengosongkan breast dengan cepat.
satu untuk urutan dan satu lagi macam sedutan bayi. tak kuat dan tidak menyakitkan.
dari segi masa- jimat juga masa sebab sedutannya terasa cepat. ada timing siap2 selama 30 minit. lepas 30 minit, terus stop.
dari segi berat- tak berat sangat motornya means takde la sampai lenguh2 tangan nak bawa.
boleh masuk bateri juga.
ada lcd skrin yang bercahaya
corong silicon pun ada kalau nak guna
bahagian untuk dicuci selepas digunakan pun tak banyak.
kalau korang nak beli, boleh la survey harga kat lazada ke kat online shop mana2 la.

Sunday, November 27, 2016

TUKANG URUT SEKITAR IPOH

Hai pada sesiapa yang nak nak mengurut badan lepas bersalin ke sakit-sakit badan ke, boleh call nombor2 dibawah. Kawasan yang mereka cover tu korang kene tanya sendiri la. kadang-kadang mereka boleh je datang rumah kita. untuk ibu berpantang khususnya. PEREMPUAN JE TAU

hamidah ismail - 01115339863
taman klebang putra, chemor

kak nur - 019-5276507
sungai rokam

hayati - 012-5311050
ipoh

norhayati ahmad bekam dan urut - 01128901902

huda rahman - 01113372520
boleh datang rumah

kak azizah - 013-4135723
tanjung rambutan

cik nora - 012-4364605
tambun

cik noly - 012-5616456

jamiesya isa ID - 017-5282819

BIDAN URUTAN TRADISIONAL - 017-5684030


Tuesday, November 22, 2016

sambungan: SOALAN YG PARA IBU TANYA TENTANG SOLIDFOOD BAYI

PART 2...

11) Beri anak makan, tapi anak macamtak suka dan tak mahu makan.Beri air kosong pun tak nak minum
.Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru.
Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima.
Jangan paksa.
Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) Bila boleh beri ikan?
Disarankan 10 bulan ke atas.
Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah
diproses perut anak.
Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan.
Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis
dengan menggunakan unsalted butter, ghee.

15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.
Aku guna tepung gandum Faiza

16) Kenapa perlu rendam bijirin(beras perang, rolled oats, barli etc)?
supaya lebih mudah dihadam oleh bayi,
dan ianya adalah kategori biji benih

17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen danyang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?Tak boleh. Tak sesuai.
Banyak gula, bahan pengawet. Lepas anak aku dua tahun, ada juga aku bagi tapi secara berkala.

18) Bagaimana penyediaan oats untuk dicampur dengan puree?
Ringkasnya, rendam oats dengan air melebihi paras oats.
Letak 2 sudu jus lemon/limau nipis/cuka epal. Biar 7 jam.
Lepas 7 jam, bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa.
Campurkan dengan puri buah/sayur kesukaan anak.

19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?
Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja.
Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas.
Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?
4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu
jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut.
Kaedah ini bagi memastikan makanan itu
tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan,
sembelit, cirit-birit dan sebagainya.
Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah
menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula.
Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

Wednesday, November 16, 2016

10 SOALAN YANG BIASA IBU-IBU TANYA TENTANG SOLIDFOOD

PART 1...

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.

2) Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi,
tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak
sesuaikan dengan benda baru.

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak.
Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa.
Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang
dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan?
Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata.
Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal,
pear, labu supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat.
Boleh menyebabkan sembelit.
Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam.
Di freezer, 4 bulan.

6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti
cara pengendalian susu ibu.

7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan.
Makanan yang sesuai untuk travel.

8) Bagaimana mahu buat puri?
Stimkan guna pengukus. Ada juga di google untuk lebih lanjut.

9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
Ya.

10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar.
Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan?
Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut,
termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan.

Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. 


AKAN BERSAMBUNG

Saturday, November 12, 2016

tips banyakkan susu tanpa shaklee

Tak menahan tajuk aku kali ni.
Hahaha...

saja je aku buat tajuk macamni sebab hampir kesemua blog yang aku kunjungi untuk aku cari maklumat pasal tips banyakkan susu, hujung2 perenggan mesti dok cerita pasal shaklee. promote shaklee. Yes, aku tahu shaklee tu memang bagus dan terbukti keberkesanannya. Tapi aku juga nak tahu tips galakkan susu tanpa modal besar.  zaman minyak masak naik, minyak petrol naik, darah tinggi naik, eh? Senang cakap, zaman yang perlu modal besar untuk sara hidup ni, kita perlu cari altenatif lain untuk berjimat. tak gitu!

Jom baca....

1. makan sesudu halba
makan sesudu halba setiap hari

2. minum air rebusan kurma merah
nak sedap, campur gula sikit. meinum tiap hari. boleh di beli di pasaraya bahagian rempah ratus
kedai ubat cina pun ada.

3. minum 3 liter air kosong

4. minum nestum

5. kerapkan pam. buat target. kalau korang seorang ibu bekerja, sila tampal sticky note depan komputer di workstation supaya korang ingat time untuk mengepam


ok tu je kot. bye!

Friday, November 4, 2016

TEMPAT MENARIK DI IPOH

Hello semua,

Bagi aku, bandar Ipoh ni macam takde tempat menarik untuk dikunjungi. kalau orang tanya pun aku tak tau nak cerita apa yanng menarik kat sini. tapi, baru-baru ni sepupu aku cerita pasal aktiviti berkuda yang mereka anak beranak pernah cuba yang terletak di ipoh HY STABLE nama tempat tu. Aku macam terkesima kejap.

Wow ini sudah bagus. Dulu aku cuma tahu ada kelab lumba kuda dekat dengan hotel heritage ipoh tu je. Dan baru-baru ini, mak aku bawa adik2 aku pegi tempat yang dimaksudkan. Jadi terlintas difikiran ku untuk share perkara ni dalam blog. 
Sambil-sambil pam susu untuk anak aku, aku update blog. Ekekee...

tempat ni eceli kawasan persendirian milik pakcik melayu. 

Lokasi HY Stable
Hala Rapat Jaya Tambahan 14, Kg. Rapat Jaya Tambahan
Ipoh, Perak

Bayaran masuk yang dikenakan
RM5 untuk 3 pusingan

Masa masuk
pagi: 08.00 hingga 11.00 pagi
petang: 04.00 hingga 07.00 malam

Facebook: HY STABLE



Kuda diorang semua jinak-jinak. Jangan risau sebab pengawas kuda pun ada. Hahaha...aku taktau nak panggil apa. Kuda gemuk kuda kurus pun ada.
pilih je korng nak naik yang mana. sesuai untuk yang takut-takut a.k.a beginner.

siapa-siapa yang datang ke ipoh tapi taktau nak pegi mana, 
bolehlah singgah berkuda kat sini. 

alhamdulillah sekurang-kurangnya ada juga la tempat riadah terbaru yang ada kat ipoh ni. 




kuda sakit kaki. ekekee....







Wednesday, November 2, 2016

Juadah Malaysia yang di hipsterkan

Mungkin gambar-gambar ni korang pernah tengok. 
Yang mana korang paling tak lalu nak makan? Cekedauwww...

karipap


roti jala


roti canai


ketayap


apam


laksa


laksam


apom


donut


kuih peria. terkenal di pantai timur semenanjung.
inti kacang hijau


nasi pelangi


sate 

Tuesday, October 18, 2016

TAUFUFAH UNTUK BABY

bahan-bahan:
-5 biji kurma dibuang biji (kukus 10 minit)
-sebiji tofu lembut (dikukus 10 minit)

cara buat:
-(mcm buat puree kurma)
kurma yang telah dikukus, ditapis hingga halus. campur air panas biar cair sikit.
-curah puree kurma cair tadi ke atas tafu yang telah siap dikukus.

senang kan...


contoh tofu yang boleh digunakan

Thursday, October 13, 2016

PENGALAMAN MENGINAP DI AVILLION PORT DICKSON

HAI SEMUA

baru-baru ni, kami satu family pegi bercuti di port dickson. feeling-feeling che ta kononnya. tapi takde la beria berbaju boria. hahaha...

kami pilih untuk tidur di AVILLION RESORT PORT DICKSON. saja pilih tempat yang dekat asalkan dapat merasa tido hotel seketika sambil bawa ank berjalan-jalan.

suami aku booking online je melalui website Avillion Resort ni sendiri. RM448 untuk satu malam termasuk breakfast buffet. Harga pada hari bekerja tau. Harga ini, untuk garden chalet. Beach Chalet harga lain ya.

Kami check in jam 3 petang. Tapi garden chalet yang kami dapat tu perlu naik tangga. Petugas kaunter tanya, u all ok ke sebab kene naik tangga? Kalau tak nak, diorang offer untuk tukar ke beach chalet tanpa caj. Aku pun apa lagi, suka la sebab dapat chalet atas air. Kalau garden chalet berdekatan denga swimming pool.

Malangnya beach chalet yang ditawarkan bukanlah view yang cantik. tapi apa ada hal. bukan view yang buruk sangat pun.

menarik juga resort ni. sebab suasana yang nyaman, bersih dan ala perkampungan melayu. Masa kami datang sana, ramai pelancong asing menginap di situ. Di sini ada 3 kolam renang ya. satu untuk kanak-kanak dan satu untuk dewasa yang terletak berhadapan garden chalet. Kebanyakan pelancong tempatan mandi-manda di sini/ Ada satu lagi kolam renang yang berdekatan beach chalet (swimiing pool ni lebih dimonopoli oleh pelancong asing/berbikini dan berspenda je mereka)

Kemudahan lain yang ditawarkan: ada SPA dewasa dan kanak-kanak, pusat aktiviti kanak-kanak (ada aktiviti berbayar disediakan),
ruangan galeri seni (ada lukisan cantik2), kedai cenderamata, restoran, mini zoo, replika kereta kuda pun ada.

masa kitorang sampai sana, air laut masih cetek. so bawah chalet kami belum ada air lagi. bila dekat senja baru air pasang. maka dapatlah kita dengar bunyi air menghempas batu-batu kat bawah chalet tu. Syahdu sungguh. macam tidur di perkampungan nelayan pula. kikiki....

 Permandangan dari balkoni chalet

 Permandangan dari tingkap bilik ke bilik air

 Shower part adalah konsep open air.
Bath tab pun ada.


Ni view dari pintu masuk bilik kami.


bilik yang ditawarkan juga berbaloi dengan harga. rupanya kalau booking melalui website diorang, kami dapat baucer makan RM88. tak kisah nak guna untuk makan malam atau tengahari. maka kami guna baucar tu untuk minum petang sambil tunggu anak mandi kolam. memang santai lah. mungkin sebab tak ramai pengunjung pada waktu tu. heaven oh!

Pada pendapat aku, berbaloi la apa yang ditawarkan di sana dengan apa yang kami bayar. Aum...


Wednesday, October 12, 2016

Makanan Berpantang Delivery

Asalamualaikum

Hai semua, 
Saja nak kongsi cerita.
Masa berpantang anak kedua baru-baru ni,
aku decide nak berpantang di rumah sendiri untuk dua minggu pertama. Sebab anak sulung sekolah. Jadi suami aku ambil cuti dua minggu untuk jaga aku supaya aku sihat sikit lepas tu dia akan hantar aku di kampung.
Pada awalnya kami nak cari orang untuk jaga aku kat rumah. Untuk masak lauk berpantang je pun. Kami google, cari dalam facebook dan pencarian kami berakhir. Maka terjumpalah Foodzyla Brand. Apa yang uniknya mereka buat perkhidmatan makanan berpantang sejukbeku. Ada pelbagai menu yang boleh di pilih. Harga pun boleh tahan. Satu bekas ada 2 pek boleh makan 2 kali. Rasa pun sedap. Berselera juga la nak makan.


Diatas ni ada senarai menu. Aku order 5 pek sahaja haritu. Delivery sekitar putrajaya rm8, tapi aku walk in terus ke kedai mereka di kajang. Dekat dengan tesco kajang.


Siapa nak order bolehlah terus ke link yang 
Aku bagi FOODZYLA. Online order lebih digalakkan sebab senang dioang nak uruskan melalui online. Haritu pun aku order guna website diorang tapi pick up di kedai.

MEREKA JUGA ADA BUAT FROZENFOOD YANG DAH SIAP MASAK BAGI MAKAN HARIAN DAN WESTERN FOOD JUGA. 






Monday, October 10, 2016

cara mudah dan cepat utk buat bubur nasi BAYI

IKUT SUKA KORANG LA NAK IKUT CARA MANA YANG SENANG.

Basuh beras kmudian toskan hingga kering. Pastu boleh kisar guna pengisar kering. Boleh msk mcm biase.

- Rendam 2-3jam beras tu Nnt cepat je masak bubur tu sebab dh kembang

- Kisar siap2 beras pada hujung minggu. simpan dalam bekas kering.pastu masak dalam slow cooker sblm tido..esok pg elok kembang dah bubur

- masak bubur nasi kosong dan frozenkan 

- amik 2-3 sudu nasi dah siap masak (ala yang korang masak untuk korang makan suami isteri), letak dalam periuk isi air mendidih atas api. 10 minit siap.




siapa ada cara lain boleh share kat ruang komen ya. 





BENTO STREET CAFE DI PUCHONG

Hai semua, adakah korang cari kedai makan terbaik di bukit puchong? 
Ada yang mencari kedai makan ala hispter untuk makan tengahari atau makan malam anda?
Jom singgah BENTO STREET CAFE. 
Hidangan jepun yang halal dengan dekorasi kedai yang menarik. 

Open : Saturday - Thursday
12:00 PM- 10:00 PM
For Inquiry and Reservations, 
Please Contact Us: 019-3830449





boleh tengok senarai menu ini. ada juga citarasa malaysia dihidangkan dalam bento.
macam nasi goreng dan asam pedas.


contoh hidangan yang ditawarkan



nak buat private event pun boleh




ALAMAT KEDAI:

NO 25, JALAN B/P 3/12
BANDAR BUKIT PUCHONG
47120 PUCHONG, SELANGOR

JOM KITA JALAN-JALAN CARI MAKAN DISINI!!!

*kedai bumiputera tau. 



Saturday, October 8, 2016

Makan di COWBOY PLACE, Port Dickson versi saya

Baru baru ni, aku pegi makan angin di port dickson. Sampai sana dah tengahari, jadi aku google la tempat makan tengahari best di port dickson. Banyak blog yang bagi cadangan untuk ke Cowboy Place. Lepas dah baca review sana sini dan dapatkan alamat, kami sekeluarga pergi la ke sana.
Kami pergi hari khamis waktu bekerja. Jadi jalan tak jem dan ada parking di sini. 
Ramai orang yang keluar untuk makan tengahari saja. Pelancong pun ada. Mudah je pegi ke sana dengan bantuan waze.

Kedai tu tepi jalan saja. Dekorasi agak berserabut dan kurang kemas. Kebanyakkan banner@bunting di kedai sudah lusuh. disebabkan masa kami pegi tu tak ramai orang, jadi takperlu la kami layan diri. Tapi kalau ikutkan kedai tu konsep layan diri ya. 

Menu yang ada pada hari itu, cuma nasi kukus ayam panggang, air tembikai dan air mineral sahaja. Aku rasa memang kedai tu jadi tumpuam ramai sebab aku tengok ayam panggangnya bersusun tinggi. 

Harga nasi kukus ayam panggang RM6 
Harga air tembikai RM2 utk segelas
Untuk satu jug RM10
Dihidangkan dalam bekas polisterin sahaja. Simple kan.

 Sos campur kicap tu sebekas untuk tiga orang makan ya. Agak likat mungkin letak tepung jagung. Harga rm6


Segelas air tembikai ni rm2

Kemudahan tandas dan surau turut disediakan. Pada pendapat aku kalau kedai ni sesak dengan pelanggan, memang agak panas. Sebab kedainya berbumbungkan kanopi dan agak gelap. Kalau boleh ke tempat lain, sila la ke tempat lain. Sebab rasa nasi kukus ayam panggangnya biasa sahaja. Takde rasa rempah apa pun. 

Tuesday, October 4, 2016

Darah Nifas bagi bersalin secara pembedahan

Disini aku nak kongsi tentang darah nifas bagi wanita bersalin secara c-zer atau pembedahan. Berdasarkan pengalaman ya.

Awal bersalin

Darah fresh berwarna merah terang.
Banyak tak banyak juga la. Tapi kita digalakkan untuk bergerak supaya ketulan darah keluar dengan cepat. Gunakan pad maternity ya. Lagipun masa operation, dah banyak darah yang dikeluarkan

Pertengahan (dalam pantang)

Darah warna merah gelap. Tak banyak yang membuak2 pun. Boleh pakai pad maxi or slim wing sahaja.

Akan ada satu ketika darah yang keluar sangat la sedikit. Boleh guna panty liner sahaja.

Penghujung (akhir-akhir berpantang)

Darah  merah gelap masih ada. Kadang sedikit kekuningan. Masih boleh guna panty liner. Kejap ada kejap takde. Tapi jangan terus mandi wajib. Sebab kadang kala memang akam keluar sedikit sedikit.
Selepas 44 hari pun masih ada darah yang keluar. Anggaran sesudu gitu. Kalau darah yang keluar agak banyak, mungkin period. Atau tumpah darah. Kalau rasa tumpah darah sila ke klinik kesihatan berdekatan.
Nurse yang buat lawatan cakap, asalkan tidak lebih dari 60 hari masih dikira darah nifas.

Thursday, September 29, 2016

Centerpiece Idea

Jom tengok idea untuk hiasan meja makan untuk tetamu kenduri kahwin. Buat hiasan untuk dessert station atau candy buffet pun boleh ni. Aummm...










Wednesday, September 28, 2016

Fipper WArehouse Sale

Fipper Warehouse Sale is officially returning in 2016! The event will be held from October 4th to 7th at Fipper HQ in Seri Kembangan. Time is from 9AM to 10PM. Make sure you don't miss out on this great offer!


Sunday, September 25, 2016

Resepi Makanan bayi 6 bulan dan 7 bulan

puree epal merah
-sebiji epal merah dicuci bersih dan dibuang kulit.
-belah dadu
-stimkan guna pengukus.
-pengukus tak kisah jenama apa. Guna rice cooker yang ada bekas untuk mengukus pun boleh. (Aku guna electric food steamer)
-lepas sudah kukus, kisar halus
Guna blender. Aku guna handblender jenama philips. Blender biasa pun boleh.

Puree pisang
-sebiji pisang emas
-lecek@lenyek guna sudu je.
Tak perlu dikukus.
-tak perlula nak frozenkan.

Puree avocado
-pilih avocado yang betul2 masak. Kulit berwarna coklat.
-belah dua. Korek isinya guna sudu
-isi tersebut dilecek dalam penapis supaya lebih halus sebab avocado ni ada lapis rerambut.
-isi tersebut digaul bersama susu ibu.
-dah boleh makan. Tak perlu dikukus.

Puree labu
-potong dadu labu kuning.
-stimkan sampai lembik
-blender biar halus.
-dah boleh bagi anak makan


Bayi 7 bulan

A.
-bubur nasi menggunakan beras perang atau beras siam
-puree kismis
-puree carrot
-gaul rata dan kisar halus bubur tersebut

B.
-barli direbus empuk kemudian dikisar halus
-puree kurma
-puree peach (cara buat sama macam buat puree yang lain)
-gaul rata semua bahan diatas
 -sedia untuk dimakan.


*Kenapa orang suruh guna teknil 4hari berturut bagi makan makanan yang sama?
#sebab nak kesan alaham atau ketidak sesuaian makanan tersebut pada anak anda
Dalam 24@48jam lepas bagi makan, ada tanda-tanda kemerahan pada kulit ke, perut kembung ke cirit birit ke sembelit ke. Boleh la tukar menu lain.


Thursday, September 15, 2016

GATAL BADAN SEWAKTU MENGANDUNG 8 BULAN

Tetiba je aku gatal-gatal badan masa bulan kelapan aku mengandung. Ingatkan sebab cadar atau tuala mandi, tapi memang rasa gatal tu merenyam sangat. tambah-tambah bila malam. Sampai berparut juga sesetengah part badan aku. Sedih tengok badan sendiri. Malam-malam tidur, terganggu sebab nak garu badan punya pasal. aku google-google la ada kaitan dengan mengandung ke. Yes, jumpa pun blog lain cerita pasal ni. blog dr zubaidi pun ada cerita pasal ni. Dah la time tu cuti raya. tak selesa oit. Orang raya, ko tergaru-garu badan di khalayak. Pegi klinik kesihatan, dapat ubat sapu pink (losyen calamine), ubat makan (aku makan sebiji je. tak hilang pun) dan krim sapu. Sama juga resultnya. tak hilang. Aku lumur satu badan dengan kunyit hidup tumbuk campur garam. Lega la juga. kejap-kejap. Dapat la tidur. Nak tidur kene lapik kain batik.

Lepas ubat klinik habis, aku pegi klinik Lita Alis pula, mana tahu kat sana ada ubat lain. Yes dapat ubat lain. Krim sapu, sabun antibiotik, ubat makan dan losyen. Aku guna semua ubat kecuali ubat makan. Walaupun doktor cakap pil tu selamat untuk ibu mengandung, aku taknak la amik risiko.
(ada satu blog ni, dia pegi cucuk di hospital untuk atasi kegatalannya)

Lepas sabun klinik tu habis, aku try beli sabun garam laut mati di cosway. Ok juga. Makin kurang garu-garu. Doktor cakap, mungkin lepas bersalin baru ok. Sebab kegatalan ni macam pembawaan budak je je nampak gayanya. Tapi berparut juga badan aku sebab aku garu-garu ni.

Time berpantang pula, aku dah prepare brown soap Tanamera. Beli online siap seller datang ofis aku anta sabun tu. Nanti lepas pantang aku nak review sabun tu pula. Aku tahu pasal sabun tu pun dari blog2 mak budak yang banyak di alam maya ini. Ok bye!

APA YANG AKU MAKAN, MINUM DAN AMALKAN KETIKA MENGANDUNG KALI KEDUA

panjang tajuk kali ni. macam biasa la, masa mengandung pertama pun aku ada tulis entry macam ni. saja untuk rujukan aku di masa akan datang. dan ala-ala bahan uji kaji aku untuk diri sendiri.

Trimester pertama
-aku alahan dari minggu kelima. setiap minggu aku akan mc atau cuti sehari.
-memang bau-bau busuk ke wangi ke aku tak boleh bau. pening.
-tak boleh nak memasak
-baring tidur nangis je. 
-tapi sebab dah ada anak sulung nak tak nak kene lagi tabah la untuk uruskan anak sebab kadang-kadang laki aku takde kat rumah.
-makan pil hospital pun tak teratur
-gosok gigi pun boleh mual
-guna pencuci muka pun mual.
-makan lalu tak lalu je.
-masa ni la aku bau daun ketumbar, daun sup dan taucu tu busuk gila. aku memang tak sentuh 3 benda ni sampai sekarang. 

Trimester kedua
-keadaan bertambah ok.
-aku dah boleh masak sikit-sikit.
-aku minum susu farm fresh 
-rajin makan sayur, buah betik, tembikai, minyak zaitun (nak elak sembelit)
-pati gulsan delima tu kalau aku ingat, aku makan la. aku rajin baca al-waqiah.
-tapi sebab kene urus anak, banyak benda kadang-kadang aku lupa nak buat. macam mengaji atau jaga kesihatan diri sendiri. nak cakap-cakap dengan baby pun lupa. busy dengan real life kononnya.
-aku ambil pil kalsium blackmores
-dah boleh makan dan gosok gigi
-mandi pun rajin. kalau mengandung anak pertama dulu, aku malas mandi. macam takut nak kene air.
-yang best, time ni takde jerawat kat muka aku. tapi tak berseri juga muka aku tengok.
-berat badan naik. kene minum air gula awal. tapi tiada kencing manis pun. HB pun ok. Kadang2 HB aku tak stabil.
-aku tak suka pakai bedak kat muka. perfume mahal aku pun aku tak suka pakai.

Trismeter ketiga
-waktu puasa weh. aku puasa dengan gigihnya.
-tapi bila salah makan, aku mudah cirit birit dan muntah-muntah
-susu farm fresh, pil kalsium aku ambil macam biasa.
-disebabkan puasa, aku jadi sembelit teruk seminggu sebelum raya.
-emosi terganggu habis. pegi klinik ambik ubat sembelit.
-lepas sembelit ok, aku demam pula. banyak hari aku tinggal puasa. berat badan turun
-sehari sebelum raya, aku kene gatal badan pula. susah nak tidur malam. sapu calamine lotion dan garam kunyit je. sebab klinik pun dah tutup time raya ni.
- time raya kali ni rasa tak seronok sangat sebab aku sakit perut cirit birit dan gatal-gatal badan. sedih betul. tunggang langgang suasana raya anak aku.
-pegi keje pun suami aku amik dan hantar. time dia takde, aku doa sangat takjadi apa2 kat aku tengah jalan.
-makan pati delima gulsan dan minyak zaitun pun tak teratur sebab asyik lupa.
-yang pasti sepanjang mengandung kali ni aku tak pernah miss makan ubat klinik.

Friday, September 2, 2016

PERSIAPAN IBU MENGANDUNG KE HOSPITAL

Ini senarai barang ibu mengandung untuk bawa ke hospital.
Simpan dalam beg siap-siap.


-kain batik 2 helai
-seluar dalam /bra 2-3 helai
-tuala wanita bersalin sebungkus
-berus gigi/ubat gigi
-shower gel botol kecik sudah
-telekung (kalau check in awal)
-surah yassin (kalau lambat lagi nak bersalin tapi kene ddk hospital dulu)
-biskut pek kecil (standby je)
-air milo
-tudung (kalau pakai)
-charger hp @ power bank
-baju bersesuaian untuk keluar wad
-stokin sepasang
-tuala

Tuesday, August 30, 2016

JENAMA INSTANT SHAWL TERKENAL di MALAYSIA

1. Sofia Rose
Aku tahu pasal sofia rose ni melalui iklan di facebook. Mula-mula tak yakin nak beli sebab harga murah. Takut tak selesa pakai. So aku beli sehelai dulu. Rm37 je. Macam shawl keknis tapi jenis sarung je. Best kot. Jahitan kemas. Beli melalui whasap. Website pun diorang ada. Butik di bangi sentral pun ada. Kadang-kadang diorang buat sales 3 helai instant shawl ivy rm100 free postage. Aku dah beli 5 helai dari brand ni. Buat ulang pakai pegi ofis. Recommemded tau.

2. Scaftsweet honey
Brand ni pun cun juga design instant shawlnya. Harga semua sama. Rm59 sehelai. Bagi aku mahal la. Kiki...
Aku suka jenis terus sarung dan kepuk2 sikit dah terletak cantik. Aku ada 3 helai instant shawl dari brand ini. Recommended tau. Aku beli di butik di bangi sentral.

3. AmeeraZaini
Mula mula beli jenis bawal instant katanya. Sarah instant kot. Lupa dah. Rm59. Kain berat. Terbentuk cantik kat kepala. Tapi bila nak pusing lilit, tetibe nampak togel belah belakang leher. Tah apa2. Aku kene buka balik jahitan tudung ni untuk aku pakai elok2. Lepas tu beli satu lagi zara instant kot ke amani instant nama dia. Lupa dah. Rm39 melalui whasap. Material chiffon keras. Bila pakai memang terletak cantik tapi bila sekali ko bergerak. Habis huru hara tudung ko sekali. Kalau dah kene cucuk 3-4 jarum peniti kat kepala, tu bukan instant shawl namanya. Not recomended for this brand. Tak selesa.

4. Shawlforyou
Aku jarang beli kat sini. Tapi terbeli satu instant shawl rm39 kat sini lama dah. Jenis sarung je la. Mak aih...kain lembut. Lembik betul. Tak terbentuk cantik bila digayakan. Confident level merundum bila pakai. Haha...tah mana aku letak tudung tu. Beli sekali lepas tu tak hingin scroll ig mereka lagi. Bazir duit aku.

5. Naelofar hijab
Material best dan selesa pakai if ko beli yang original la. Aku biasa beli dekat kiosk ioi city mall. Terbentuk elok. Kain pun selesa pakai. Memang ada yang harga mahal. Tapi aku tak kisah la. Sebab bila boring, aku jual harga preloved kat fb. Ada juga orang beli. So kira berbaloi la. Dapat aku rolling beli tudung baru. Tu la kelebihan beli tudung ada brand2 ni.

6. Sugarscaft
Aku ada beli dua helai. Saja nak cuba. Jenis inner silang. To me agak panas la bila pakai sebab inner dijahit sekali dengan shawl. Jadi panas kepala aku pakai. Ikut bentuk muka orang juga kot. Mana yang elok. Inner cotton lembut. Shawl chiffon. Rasa ada class bila pakai. Kikiki...tapi aku tak suka la sebab panas.

Ini berdasarkan instant shawl yang aku pernah beli la ye. Yang aku tak pernah beli, aku tak buat review. Malas pula aku nak upload gambar. Nanti2 aku upload ye.


Sunat Bayi Perempuan: Klink Sekitar Ipoh

1. Klinik Sharina
Berdekatan Tesco Station 18, Pengkalan, Ipoh

2. Klinik Takwa
Simpang Pulai, berdekatan balai polis.


Saturday, August 6, 2016

RESEPI APAM COKLAT MUDAH

Dipersembahkan resepi apam coklat kukus yang menggunakan sukatan cawan. Yeah!
Senang je. Pakai blender je sis.

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum (diayak terlebih dahulu)
1 sudu kecil (sudu kfc) baking soda
setengah cawan gula
setengah cawan serbuk koko
setengah cawan minyak masak
setengah cawan susu pekat manis
setengah cawan air panas
1 biji telur gred A (suhu bilik)
(Pastikan korang guna cawan saiz yang sama untuk setiap sukatan diatas)

cara buat:
masukkan semua bahan ke dalam blender
blender sekata dalam 3-5 minit, lagi la lagi gebu
sapu sikit minyak dalam acuan lompang
tuang adunan tadi ke dalam acuan lompang,
kukus 20 minit.



Boleh dapat dalam 15-20 biji
 (guna acuan lompang)


resepi dari facebook.

Tuesday, August 2, 2016

PAU CENDAWAN VIRAL

Jadi viral dalam facebook sebab ada orang upload orang ramai beratur panjang masa bazar ramadhan putrajaya baru baru ni.

Bila ada orang open order free delivery  sekitar rumah aku, aku tak teragak2 nak order. Nak try kununnya.....

Rasa: macam rasa sup cendawan pizza hut tu. Sebab intinya cendawan,ayam dan sos carbonara.

Rupa: memang mirip rupa cendawan
Kreatif betul. Siap ada bunjut kt bontot pau tu. Comel je.

Harga: RM10 untuk 3 biji dan free delivery ke rumah. Ok la tu. Sebab ada juga yang jual Rm11-rm12 untuk tiga biji.

Femes di putrajaya je kot. Sebab Kawan aku kat shah alam tak tau pun kewujudannya. Hihi

Sunday, July 17, 2016

JENAMA POPCORN YANG SEDAP DAN HALAL

1. Garrett Popcorn Shop
cuma ada di Suria KLCC, One Utama, Mid Valley City dan KLIA2 
macam-macam perisa ada tapi all time favorite mestilah perisa caramel. Manis gile woi! boleh order dalam tin atau paket biasa je. harga paling kecik RM15





2. Cornery Popcorn Gallery
biasa pergi di IOI City Mall je. ada perisa coklat, cheese dan lain-lain. aku suka order butterscotch dan caramel je la. haha. Lokasi cawangan Setapak Central, Quill City Mall, IOI City Mall, AEON Mall Shah Alam, Subang Parade dan AEON Mall Kota Bharu, kelate.


kedai di IOI City mall ye anak-anak. dekat dengan mcD

3. Poco GOURMET Popcorn
aku biasa beli di groupon je. so far macam takde kedai lg. di datangkan dalam tin macam tin pringels tu. ada perisa caramel dan kekacang. sedap weh. dekat kedai e-news kekadang ada. biasa beli online je. 

POCO POPCORN yeah!


4. Popcorn di GSC ATAU TGV Cinema
Ni pun sedap juga. biasa beli time nak tengok wayang je la. pernah juga tak tengok wayang pi beli popcorn cinema saja-saja. kikiki


Jadi sekarang tak perlu tunggu pasar malam dekat rumah korang yang ada 1-2 kali seminggu tu dah.