Klik Nuffnang Ads

Sunday, May 29, 2011

KUMPUL DUIT NAK KAWIN

Hello semua,

Tadi saya terbaca status FB kawan kepada kawan saya.
Die tulis, jarang ada perempuan yang nak share or sumbang duit
untuk majlis perkahwinan sendiri.


Tetibe saya jadi panas bontot,

'Hey, hey, tak semua perempuan yang mengharapkan duit lelaki untuk tanggung 100% majlis perkahwinan tau!
(Duit hantaran tu memang sah-sah la lelaki patut bagi)

Jangan disebabkan kau dapat tunang pisau cukur cap Shick, persepsi kau pada semua perempuan sama, ok! Saya ni kemain lagi kumpul duit untuk merealisasikan majlis impian tau! Huh!
Bf saya siap pesan lagi, jangan boros2.
'

Eh, eh, aku pula yang emo....


Ok bye!

PERLU KE PELAMIN TIME BERTUNANG?

Hello brides to be,

Saya nak minta pendapat, perlu ke pelamin mini untuk bertunang?

Bukan ke kalo bertunang kita tak wajib nak hebah-hebahkan pada orang?

My bf cakap, 'tak payah la. nak sarung cincin je kot.
lagipun rugi je sebab bukan duduk lama2 atas pelamin tu,'

Saya cakap, 'tu trend sekarang. nak juga. nak juga!



Pokok pangkalnya,
Yang penting ikut kemampuan kita ye...~_*


Ok bye!




UPDATE:: saya DIY mini pelamin bertunang saya sendiri.....

JOM BUAT KEK COKLAT

Assalamualaikum,

Esok saya akan pegi kenduri kawen sepupu di Rawang, so mak saya suruh adik saya buat kek coklat sebagai buah tangan menziarah sedara mara.
Resepi ni jiran lama saya yang bagi. Tapi bukan saya yang buat la.
Just nak share dengan orang2 gojes yang terbuka blog ni.
So, enjoy!!!

Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri jenama Blue Key
(ikut suka u all nak pakai jenama apa)
1 cawan serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan air panas
1 cawan gula
(bancuh gula bersama air panas)
1/2 sudu esen vanila
1/2 sudu garam
3/4 susu pekat manis

Cara nak buat:

masuk telur satu per satu ke dalam bekas
pukul telur sehingga kembang

ambil satu lagi bekas yang berlainan,
masukkan tepung + serbuk koko + air gula + esen vanila + susu pekat manis dan garam
pastikan dipukul sebati
lepas tu masukkan pula telur yang dah kembang bersama-sama bahan-bahan yang dipukul sebati tadi.

panaskan oven selama 5 minit
sambil-sambil tunggu oven panas,
boleh la masukkan bancuhan tadi dalam acuan.
then bakar bancuhan tu selama 10 minit sehingga menjadi kek.
Jangan sampi bancuhan tadi jadi biskut pula ye.


image sebelum masuk oven.
saja je nak letak cip coklat sebab kat rumah ade banyak cip coklat ni




ha...ni kek yang dah siap.






kalau u all tak nak manis sangat, boleh la kurangkan susu pekat manis tu





Sila la cuba! Ok Bye!

Saturday, May 21, 2011

FRESH IDEA'S

Hello brides to be,



cosmopolitan edisi mei. inspirasi yang segar dan terbaik dari oven!


Saya rasa awak2 yang gojes patut grab majalah ni. Bcoz, idea yang ade dalam ni memang sangat fresh dan cool. Walaupun cuma ada beberapa muka surat je tentang perkahwinan, bagi saya info yang ada, agak unik.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ok2, now saya nak tunjuk apam warna warni yang saya buat untuk kali yang ketiga. Ada sikit perkembangan dari yang lepas. ~_*.




walaupun tak semenarik tiramisu or whatever kek yang ade kat muka bumi ni, tapi bagi saya,
ni macam karya agung tau. :-p



Thursday, May 12, 2011

MEH BUAT APAM WARNA WARNI

Hello girls,

Saya baru try resepi ni. Semalam saya buat apam ni jadi bantat. =(
For second time, ade nampak sikit perkembangannya. *Teruja weh!
Disebabkan keterujaan saya tu, saya pun mms apam ni kat kakak saya
dan hantar sikit kat sepupu saya. (",)
Esok saya nak try buat lagi supaya jadi gebu merekah seperti yang saya tengok dalam blog ini
---
---
APAM 100 Plus
---
---
If u all nak resepinya, boleh klik link yang i bagi kat atas. Senang gile nak buat apam ni.
Nak jadi gile pun tak sesenang ini tau *_~

Cubalah!




walaupun tak secantik mane presentationnya, tapi disebabkan hasil usaha sendiri di samping resepi yang mantop, saya rasa berbaloi-baloi!

tetibe rase bangga jadi anak dara yang pandai buat kuih. =)







p/s:credit to mamafami.blogspot

Tuesday, May 10, 2011

FOBIA CINTA

Assalamualaikum.....

Wohoho....baru aku tahu ni lagu sape. Dah puas godek-godek Youtube nak cari penyanyi lagu ni. Selalu dengar kat radio je. Muzik video lagu ni pun best. Sweet and cute! Super Duper Awsome. Memang aku dah agak dah lagu ni mesti dari golongan artis realiti tv.
Credit to CST Production sebab buat video yang menarik dan angle yang cantik.

FOBIA CINTA by Nashrin





p/s: comel kan sis ni bila pakai tudumg~