Klik Nuffnang Ads

Friday, January 25, 2019

DRAMA@FILEM KOREA BERDASARKAN KISAH BENAR

kepada yang gemar cerita thiller dan misteri, cuba korang tengok cerita korea ni. Ia berdasarkan kisah pembunuhan bersiri yang pernah berlaku di Korea dan masih tidak dapat diselesaikan lagi sehingga kini. 

rupanya memang menjadi sejarah pun kes ni. dan kes ni sangat popular di Korea sehingga ada 3-4 drama/filem yang berkisarkan pasal ini. korang boleh google "Hwaseong serial murder case" untuk lebih lanjut. 

so far, aku dah tengok dua drama yang berkisarkan pasal kes ni. suspen sangat. 


  1. Memories of Murder | Salinui Chueok (tahun 2003)
  2. Gabdong, the Memories of Murder | Gapdongi (tvN / tahun 2014)
  3. Signal (tvN / tahun 2016)  (best)
  4. Tunnel (OCN / tahun 2017)  (best)
  5. Signal (Fuji TV / tahun 2018) (Jepun buat remake versi mereka)

Saturday, January 12, 2019

Review MamaSab a.k.a Sabrina Bakery

Hi semua. Kali ni aku akan review kek, biskut dan dan pencuci mulut di MamaSab atau nama panjangnya Sabrina Bakery. Aku tertarik nak beli produk di sini sebab presentation dalam instagram diorang nampak menarik dan dessert2 tu sentiasa available je. 

Brownies
- agak kering bagi aku. Tak sedap. Sebab pada pendapat aku brownies ni ni perlu chewy dan lembut je. baik korang order dekat lain. 
- maybe diorang dah buat stok banyak2. Sebab bila pegi kedai dia, macam dah siap letak dalam kotak je bersusun tepi kaunter.

Durian crepe
- yang ni aku order melalui ejen. (Diorg ni ejen punya la ramai. Boleh cari dekat fb dan ig)
- ermmm...ok la rasa dia. durian crepenya BEKU.
- Durian crepe frozen. Sekarang tak tahu ada jual lagi ke tidak. Sebab tak nampak iklan pun.

Nutella chesse tart 😋
-sedap. Keju terasa. Manis nutella pun rasa. Saiz kecik Rm30, kalau per slice RM10 kot. Secukup rasa. Tak manis terkejut sangat. Shell pun sedap elok.

Pandan gula melaka 
- just nice. Rasa la pandan nya tu. Gula melaka tu just renjis2 je. Ok la.

Spartak Russian Chocolate Cake
-nama kek bukan main lagi. Aku pernah beli satu slice. RM10, rasa kek span colat base. dan terlalu manis bagi aku. 
-dan lebih kepada rasa manis susu krimer. (Contoh:ko pernah letak susu krimer atas roti kosong atau biskut, ko tahu la apa yang aku maksudkan.)

Mini Whoopie Pie 
- aku pernah beli yang mini size. tiga ketul RM10 kalau tak silap aku. Rasa biasa-biasa je. tu pun aku makan sebiji je sebab tak ken dengan citarasa aku. Selebihnya aku bagi kawan. Kalau tak silap, diorang dah tak jual dah whoopie pie ni. 

Congobar
-aku pernah rasa yang kawan aku punya. kering la congobar ni. (maybe memang congobar ni tekstur macamni. 
- not recomended.

Pecan butterscotch cake
-boleh tahan la rasa dia. kek lembut la juga. tak manis terlajak sangat. 

DFCC 😋
-kek ni femes la kat sini. apa tah nama penuh dia.
-bawah kek coklat moist. atas ada limpahan cream cheese. gabungan yang enak dimakan. Terlalu manis bagi aku.

Belgium Cookies
- 5 keping RM10
-saiz besar. tak rasa sangat biskutnya. Bau biskut pun takde. maksud aku tak rasa butter atau bau vanilla. sedap lagi famos amos. 
-tapi coklat chip banyak la dalam setiap keping biskut tu. resepi coklat chip cookies yang aku share yang ini lagi rasa biskutnya. 

Medovic Honey Russian Cake
- nama gempak je kan. tapi rasa dia boleh la. takde la lepas makan tu rasa nak repeat. sebab manis terlajak rasanya. Manis mcm ratah susu pekat manis. Haha

Nutella Pot
-dulu aku ingat sedap la sangat benda ni. tapi bila dah beli tu, makan sebiji, rasa macam tak beli pun tak pe la. sebab pod tu keras. (maybe memang nuttela pod ni keras kot. nutella atas pod tu pun sikit je. Alahai secoet je. taktau la kot stok lama.

Raisin Oat Cookies 😋
-Sedap. rangup. 

Cheezy Cracker 😋
-macam wonder cheese tapi warna serbuknya agak soft sikit dari wonder cheese. sedap dan rangup. 

Nutella Oat Bar a.k.a Nutella Gunung Berapi 😋
-sedap. just nice. tak keras.

semua menu-menu di atas, ada aku beli sendiri dan ada yang kawan aku beli dan aku rasa. yang aku recomend kan cuma nutella cheese tart je. yang lain aku rasa biasa je. takde la sedap sangat (maybe sebab aku pernah makan yang lagi sedap kot) kalau ada event kat ofis boleh la beli kek saiz besar untuk makan ramai-ramai. tapi untuk kepuasan sendiri, aku lebih suka order@beli di lain. atau mungkin juga citarasa kita berbeza gitu. Aku ambil masa juga tau untuk buat review ni. bukan semua aku beli sekaligus untuk beri review. 

yang bertanda 😋 tu yang aku rasa berbaloi untuk dibeli. kebanyakkan rasa macam tak fresh la keknya. sekian review dari aku. lain orang lain rasanya. 

Thursday, January 3, 2019

Tempat makan menarik di Ipoh

Aku listkan tempat makan best selain, nasi ganja beratur, nasi vageyy, kedai makan cina new hollywood. (Aku yg Org perak tak makan kat kedai ni)

NOOR JAHAN BAKERY
- salah satu kedai bakeri yang tertua di Ipoh. Oldskool sangat.
- ramai yang cakap donut yang dijual sedap dan lembut.
- pemiliknya india muslim
- ada roti lof, donut, roti kelapa
- terletak di jalan raja ekram, taman Jubilee 30450 Ipoh.

Sumber FB





RESTORAN ADILY GOPENG

Berdepan dengan RTC Gopeng. Betul2 tepi jalan belah kiri kalau korang datang dari Gopeng. Menu makan pagi dan makan tengah hari yang meriah. Rambang mata nak pilih. Masakan melayu kampung. Ada sup tulang periuk besar, aneka ikan bakar, aneka kerabu dan dan macam-macam lagi. Kalau tengahari tu tu memang ramai la orang. 

Sumber gambar dari google.

RESTORAN RASA-RASA di Hotel Seri Malaysia, Ipoh

Aku tengok ada promosi
menarik dekat restoran rasa-rasa. Restoran ini bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Harga berpatutan dan suasana restoran yang tenang damai. Korang tengok poster promosi diorg ni. Cuti-cuti ke, time gaji ke, boleh la belanja family kat sini. Buffet stimboat RM40@2 orang. Halal pastinya. Dari pegi restoran MP. 

          Promosi stimboat dinner

 Pakai baju hitam dapat diskaun. Hari-hari tertentu je


Promosi bulan februari 2019 di hotel seri malaysia (chicken chop + kordial drink RM15)