Klik Nuffnang Ads

Sunday, December 30, 2012

PETUA MENGURANGKAN MUKA BERMINYAK

Selain kita gunakan kolagen rumpai laut yang femes dijual di alam maya sekarang, 
kita juga boleh mengikut petua yang aku cadangkan ni. (sila tgk tutorial di youtube)
Aku pun guna petua ini untuk kurangkan muka berminyak
Kalau nak cari petua menghilangkan muka berminyak, mungkin tidak ada di dalam blog ini. 
Sebab, kalau nak hilangkan minyak di muka, 
baik kita hadkan pemakanan yang mengandungi minyak. 

Panjang lebar pula aku bermukadimah. 

kurangkan muka berminyak dan menghilangkan minyak di muka
 adalah dua situasi yang berbeda, ya kawan-kawan.!

ok, mari kita kembali ke pangkal jalan.

bahan-bahan yang diperlukan untuk mengurangkan minyak
 di muka kita adalah seperti di bawah :-)

 disebabkan aku kadang kala makan oat untuk diet,
 jadi untuk mendapatkan bekalan oat di rumah adalah bukan satu masalah yang perlu dibimbangkan
-letak oat sesudu kecil ke dalam mangkuk-


aku juga suka buat air lemonade untuk dihidangkan kepada sang suami.
 jadi tiada masalah dalam mendapatkan bekalan lemon di rumah.
hiris lemon dan perah jusnya ke dalam mangkuk berisi oat tadi.
 boleh juga campur bersama air suam jika lemon tiada di rumah.

gaul sehingga bahan tersebut menjadi likat.


selepas itu boleh la di tempek ke muka kalian. 

biarkan selama 15-20 minit sehingga kering. 

bila dah kering, bolehlah cuci dengan air suam atau air tapis.

SELAMAT MENCUBA

oh yes, muka aku kategori muka berminyak dan sedikit kering

Thursday, December 27, 2012

SIJIL NIKAH + KAD NIKAH

Asalamualaikum 

ini mungkin entry terakhir kisah kahwin aku. 
Lepas dah lebih sebulan berkahwin,
baru tergerak hati nak call pejabat agama islam batu gajah (05-3661300)
untuk bertanyakan tentang sijil nikah dah siap ke belum.
Staff PAIBG tanya bila tarikh nikah, aku jawab bla, bla, bla.
Then staff PAIBG cakap dah siap. Boleh datang ambil. Wakil tolong ambil pun tak pe.
tak de pula staff PAIBG minta bawa apa-apa surat wakil jika wakil yang tolong ambil sijil nikah ni.

Disebabkan aku dan suami jauh di perantauan, abah aku tolong ambilkan sijil nikah tersebut.
 Beserta sijil nikah itu, disertakan borang yang perlu diisi untuk permohonan kad nikah pula.


Sijil Nikah
diberi dalam dua salinan (lelaki + perempuan) 
tulisan jawi campur rumi.


Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan kad nikah yang siap diisi adalah:}
Gambar pasport lelaki dan perempuan (menutup aurat dan bertudung gelap)
SATU salinan sijil nikah L+P (yang asal perlu dibawa bersama)
RM40 untuk 2 keping kad nikah
SATU salinan MYKAD lelaki dan perempuan yang telah disahkan


(we all masa majlis bertandang yang lepas. cantik tak kak ton pakai baju bertandang warna pink??)

tapi aku tak tahu bila boleh siap. 
sebab aku serahkan urusan ni pada abah. *_*


adalah diingatkan bahawa prosedur ini adalah di pejabat agama daerah di perak sahaja.
 negeri-negeri lain, tidaklah diketahui oleh penulis.

Wednesday, December 26, 2012

CEMBURU @ JEALOUSY

"JEALOUSY is  When You Count Someone Else's Blessings Instead Of Your Own"

"Cemburu , apabila selalu melihat kelebihan orang lain tanpa 
memikirkan kelebihan yang ada pada diri sendiri "

KREDIT TO FORUM CARI 

SIAPA ADA PENYAKIT INI? 
KADANG KALA SAYA ADA JUGA TERKENE PENYAKIT NI. 
TAPI SELALU CAKAP PADA DIRI SENDIRI, SETIAP ORANG PASTI ADA REZEKI MASING-MASING.
 YANG PASTI KITA PERLU SENTIASA BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA PADA DIRI SENDIRI. 
TANPA SEDAR ADA ORANG LAIN CEMBURUKAN KITA. HEEEE....

..WASSALAM..

Tuesday, December 25, 2012

GULAI NENAS IKAN MASIN + UDANG

Hidangan untuk 2-3 orang


BAHAN-BAHAN: 
Nenas madu di belah dua.
Buangkan duri dan potong kecil
Santan cair secawan (beli yang RM1 seplastik di pasar)
1 helai daun kunyit disiat

2 keping asam keping
air jika perlu
garam dan gula secukup rasa
6-7 hirisan ikan masin kurau direndam dalam air terlebih dahulu
6-7 ekor udang saiz L


Bahan untuk dikisar :-)
bawang merah 4-5 biji
bawang putih 2-3 ulas
1 hirisan nipis lengkuas
sebijik buah keras
seinci kunyit hidup
2 @cili merah dan 4 @cili padi
2 batang serai


cara membuat:
masukkan nenas madu, bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.
didihkan diatas api sederhana.
gaul sehingga rata dan masuk kan santan + air (jika perlu)
masukkan ikan masin dan udang. gaul dan biarkan hingga mendidih.
masukkan asam keping, garam, gula secukup rasa.
akhir sekali masukkan daun kunyit
kacau sekali skala dan agak-agak dah masak boleh la tutup api.

resepi diadaptasi dari blog pakcik mat gebu.
betul la orang cakap, perempuan dah kahwin ni suka cuba resepi untuk bagi suami makan. heeeeeee.....


Wednesday, December 19, 2012

ALPHABET STEEL PLATE

Siapa tercari-cari benda ni? 

 pandangan depan

pandangan belakang


Idea yang menarik untuk dijadikan props perkahwinan. 
Boleh di tempah di (tak tau nama kedai) shop lot @ Marrakesh Sunway Pyramid




"selamat menjadi pengantin kepada bakal pengantin bulan disember 2012 ya"


Tuesday, December 18, 2012

...

Sejak kawin ni rasa malas betul nak keje. 
Mula la rasa nak benti keje
 then jual shawl dan cupcake di alam maya. Aishhh....

masalahnya ada ke org keje gomen yang ada niat nak berhenti macam aku nie?

note: kawin dah sebulan lebih tapi sijil nikah@kad kawin xde lagi. normal ke?

IDEA CENTERPIECE LAGI


KATERING SAYA

Bab katering ni saya serahkan 100% pada mak ayah.
Katering saya ni sempoi je.
Setiap kali nak buat temujanji jumpa face to face ada je hal nya.
Sampai saya cemas. Sebab takut pihak mereka ambil tempahan sambil lewa je.
Saya sebagai pengantin  nak buat bajet awal untuk bab makan ni.
So mesti la nak jumpa untuk bincang pasal harga/menu.

Ada setengah katerer minta deposit 6@3 bulan sebelum majlis.
Tapi geng Nipah Tiga Katering ni tak nak deposit langsung.
Mereka nak kita bayar penuh selepas majlis.*biar betul!

Bab menu pula, mereka tak de tetapkan menu jadi kita boleh minta sendiri menu yang kita nak.
Menu yang mak ayah pilih sama macam majlis kahwin orang melayu lain.
Menu makan tengahari.

Nasi minyak@nasi putih
Ayam goreng rempah
Daging masak hitam
Dalca sayur
Gulai Nenas Ikan Masin
Sambal ikan bilis petai
ulam@sambal belacan
buah oren
air tradisi kenduri (air sirap)
RM8.00 seorang

+ bubur anak lebah (ini tak termasuk katering/makcik sponsor)
 letak gambar secara rawak


Hidangan pengantin sama macam majlis kahwin lain.
Ada ayam bakar, udang panjat dan lain-lain (saya tak ingat)

NIPAH TIGA KATERING SIMPANG PULAI PERAK 016-5033131
*****
Katering untuk majlis bertandang pula dari SRI ANGSANA KATERING.
katering ni femes di KL dan menyediakan menu dengan harga yang berpatutan.

Sunday, December 16, 2012

DIY BANTAL KECIL FOR HANTARAN

nak beli bunga tiruan di kedai kebanyakkannya tak memenuhi citarasa.
nak buat bunga tisu banyak-banyak, masa tak mengizinkan.

jadi inilah hasil gubahan hantaran saya. 
asalkan cantik di mata saya, itu sudah cukup berbaloi.



 foam yang biasa ada untuk dijadikan bantal

 jadikan bantal kecil seperti ni sebagai hiasan di atas hantaran
korang boleh buat saiz kecil ikut suka hati. saya buat dulu pun agak2 saiz sendiri saje. buat satu contoh lepas tu gunting banyak-banyak ikut ukuran. 

inilah hasilnya.

dipersilakan untuk meniru *_*

lain-lain gambar hantaran klik sini

Friday, December 14, 2012

OUTDOOR DI Kellie's Castle

Asalamualaikum. Tak jawab dosa, jawab gatal. Heh!
Saya memang dari dulu plan tak nak bergambar kahwin di Kellie's Castle ni. 
Motif: abang saya dulu pun bergambar kahwin di sini juga. 
Kunun-kunun nak lain dari dia la. 
Saya siap print kronologi acara majlis nikah dan persandingan saya pada Mr OP
(saya tulis saya nak bergambar di kawasan lalang-lalang)
Tapi disebabkan hari hujan time tu, 
dan OP cakap kawasan lalang dekat Sri Iskandar tu dah tak de. 
Jadi sesi feeling-feeling model ni kitorang buat di Kellie's Castle akhirnya.

 Al-kisah, Kellie's Castle ni memang tempat femes untuk orang kahwin bergambar. 

Memang rasa penat  time ni sebab dah seharian melayan tetamu (kununnya) + frust tak dapat bergambar di kawasan lalang, jadi saya tak de mood untuk bersuka ria sewaktu sesi ini. 

Mujur time ni period, so tak perlu fikir nak cuci make up untuk sembahyang asar
dulu then baru pegi outdoor session. (para pengantin perlu fikirkan perkara ni juga)

Lagi satu saya rasa kalau masa diulang kembali,
saya memang akan sewa baju lain untuk sesi outdoor ni
kerana badan dah tak selesa pakai baju pengantin yang sama seharian. 


 suami saya pakai baju lain untuk sesi outdoor ni

rangka frame tu hasil pertukangan suami dan pak mertua



p/s: saya tak layan orang yang malas

Saturday, December 8, 2012

IDEA BILIK PENGANTIN

rasa agak kecewa sebenarnya sebab
 terlupa nak tangkap gambar bilik pengantin saya secara penuh.
ini je yang ada untuk kenangan
ALHAMDULILLAH


 gigih saya liminated tarikh penting saya tu

 gambar ni nak tunjuk karpet bulu dari jarak dekat

 bunga rampai ni saya letak di meja sisi katil

cotton frame pun ada dalam bilik pengantin
tempah di AIRIS WALL DECO FB
(order waktu promosi. harga murah sikit)

kecik je karpet bulu tu. 
saya ingat dah murah dah saya beli. 
RM140 di kedai karpet area Kamdar Station 18 Pengkalan .
sekali tengok dekat KL, tak sampai RM140 pun. *_*
akak kecewa, ok!

kebanyakkan tetamu suka dengan langsir hijau tu. 
unik katanya
kak long saya yang jahitkan.

Thursday, December 6, 2012

DIY MENU BOARD

DIY ini dibuat last minute. 
Rasa macam tak ada pun tak pe. 
Kalau nak tempah benda ni semata-mata rasa seperti membazir pula.


so saya just beli frame seperti di atas. 
selepas dah survey banyak tempat, harga di tesco adalah yang termurah.
template tu pula saya google-google > copy ke Microsoft Word > taip menu > print

info: dulu pernah pegi kenduri yang guna khidmat d'ara katering, 
katering tersebut memang sedia ada letak menu label diorang sendiri. 
so pengantin tak perlu susah payah buat benda macam yang saya buat ni.

Wednesday, December 5, 2012

DIY CENTERPIECE

centerpiece majlis saya last time ringkas sahaja


apa yang perlu ada:

1. kad kawin 
disebabkan kad kahwin saya memang tempah lebih, 
so saya gunting ikut bentuk seperti diatas 
(sila search google untuk softcopy)

2. lidi sate

3. glass ikea reko (RM4.90 untuk enam biji)

4. batu kecil (beli di kedai haiwan peliharaan@kedai ikan belaan)

5. selotip secukup rasa

rasanya tak perlu tutorial pun orang tahu macamne nak buat. 

Tuesday, December 4, 2012

DIY HAND BOUQUET

saya beli bunga foam ni dekat kedai kraftangan di area masjid india.
Macam-macam warna ada.
Kedai Bunga Reben, tak jual bunga ni.
RM7.50 untuk 10 kuntum.
saya beli bunga putih 10 kuntum.
bunga peach 10 kuntum.
gubahan ikut suka hati.
Kain net beli setengah meter di kedai yang sama. 



 patut la orang letak polisterin untuk dijadikan pemegang bunga. 
sebab tak sedap nak pegang bunga kalau kurus-kurus je batang bunga tu.

saya nak cari bunga segar sekitar Hulu Langat (bunga tangan diatas untuk majlis bertandang)
 tapi tidak ketemu la pula. Nak beli bunga segar online tak yakin pula.
nak tengok gambar boleh tengok kat sini


Monday, December 3, 2012

LIFE AFTER MARRIED with Him

Alhamdulillah rasa sangat lega sebab majlis dah selesai dengan jayanya.
Walaupun jarak ofis dan rumah agak jauh sikit,
 tapi yang bestnya sebab husband tolong hantarkan. Hee.....
Kalau dulu kemas tempat tido lambat pun takde sape heran.
Sekarang dah ada mata yang jeling-jeling. *_*
Lepas kawin ni bangun awal pun rajin je 
sebab rasa semngat nak buat breakfast untuk husband. (Masa mula-mula ja la)
Kalau dulu, pegi pasar boleh di bilang, tapi tidak sekarang,
sebab pasar adalah salah satu tempat dating kami. (walaupun si isteri tak pandai masak sangat)
Saya bersyukur dapat husband yang tak sepah-sepahkan baju kotor. 
Yang tak bestnya, saya sangat rindukan keluarga kat kampung. 
Lepas ni tak boleh dah nak balik kampung selalu. Sedih. 

Semoga ikatan kami diredhai dan diberkati oleh Allah hendaknya.



p/s: soalan paling risau nak jawab sekarang = dah pregnant ke? 
oh please jangan tanya. kalau ada rezeki tak ke mana kan. 


GUBAHAN BUNGA TANGAN

bunga tangan ini saya gubah untuk majlis nikah saya.
semasa sesi membeli bunga, rasa macam dah cukup je jumlah bunga yang di tempah. 
bila dah dapat dah pegang dah ada depan mata, 
terasa macam "alamak, macam tak cukup je"
nak tambah lagi macam tak sempat 
sebab dah nak dekat dengan time nak bermake up nikah. 
Tawakal je la. 
Gubah pun dengan tangan yang ketar2@gelabah sebab nak cepat.
Jadi ini lah hasilnya.
 Huuuuuuuuuuu....
update: saya tempah bunga segar ni di kedai bunga di Batu Gajah je.
Tempah dan bayar hari khamis. Sabtu boleh collect.



Keesokkan harinya (selepas majlis nikah) 
saya kopek kelopak bunga tu satu persatu untuk tabur atas katil pengantin. 
 dapat la kami feeling baling-baling
 bunga macam ni.