Klik Nuffnang Ads

Saturday, September 29, 2012

COPY & PASTE


"Kalau penjara sebegini indah, untuk apa kita keluar?"
by Faisal Tehrani Majalah Intrend edisi Perkahwinan 2011





jumpa lagi ayat ini dalam Intrend Okt 2012 cover SchAwal

Friday, September 28, 2012

CINTA TAK BOLEH MELIHAT

Saya terbaca kisah percintaan budak berumur 12 tahun dengan remaja berumur 24 tahun. 
Mungkin kerana mereka femes di negara masing-masing. lol!

budak perempuan tu model@penyanyi (AKAMA MIKI)
si lelaki seorang pop star berketurunan cina (Zhang Muyi)


ini pula lagu kolobrasi antara mereke berdua
Pretty Boy cover version



isunya bukan tentang jurang umur diorang tapi 
umur budak perempuan tu yang terlalu muda untuk bercinta
apa pun, mereka nampak comel bersama.

DI MANA NAK CARI TALI GUNI?

Saya nak cari tali guni macam gambar di bawah.
Tapi tak tau kat mane ada jual.
Ada sesiapa yang tahu tak?

copy from --

UPDATE 6 OKT 2012: SAYA DAH JUMPA TALI GUNI

Wednesday, September 26, 2012

CORAK CHEVRON

Hai korang!

Harini nak share corak @ pattern yang tengah 'in' sekarang. 
~kononnya la~

Banananana........ 

alat tulis (maybe)

 tag terima kasih

cotton frame @ hiasan dinding

 hiasan meja makan @ centerpiece

 buku tetamu @ guest book

 kipas comel

 tak tahu apa benda ni. kek@lilin



kagum la kepala otak omputih ni. macam2 idea ada.

credit dari sini


UNDER MY UMBRELLA

Under my umbrella (Ella ella, ay ay ay) - RIHANNA

wedding props yang gojes







Monday, September 24, 2012

BUTTON BADGE & TQ TAG


Saya ada tempah button badge dan thank you tag di online store ini
Kedai ni tak kisah kite nak order berapa.
Tu yang best sebab tak de minimum order.
Kos satu badge tu RM1.80 ONLY 
Kos thank you tag pula RM0.07 ONLY 
Bagi saya ini paling murah. (mungkin sebab tak survey terlalu gigih.)
Button Badge design by tunang guna photoshop
Kedai ni ada sediakan template bagi yang berminat nak design sendiri
Thank You Tag cilok dari sini




ni design badge yang tunang saya buat

See Ya!

Friday, September 21, 2012

IDEA PERKAHWINAN ANDA


idea pertama = gantikan pintu gerbang@arch dengan design seperti gambar pertama
idea kedua = guna doily paper untuk jadikan hiasan yang intrend sekarang
idea ketiga = kenduri kahwin malaysia selalu hidang air sirap. gamabr ketiga ni story pasal idea air2.



gambar di atas cuma guna buku lama untuk banner seperti ini. 

 

KEK PERKAHWINAN

suke tengok kek-kek yang cantik. sedap ke tak, entah la.......

wedding cakes credit from here








Thursday, September 20, 2012

BRIDE WITH CONTACT LENS

Dulu pernah terlintas di fikiran saya untuk berkanta lekap sewaktu majlis perkahwinan saya nanti.
 Saya tak rabun dan tak pernah pakai pun sebelum ni.  
(Saya nak pakai yang black big eyes)
Saja gatai nak pakai. Boleh?
Tapi itu semua bergantung pada keberanian saya untuk mencubanya nanti. *_*

  dan saya pernah suarakan isi hati saya nak berkanta lekap pada tunang oppa
si dia tak cakap tak setuju pun. tapi si dia edit gambar saya seperti gambar di bawah.
fokus pada mata, ok! ^_^

"tengok la bulu mata palsu ala rozita che wan tu macam nak tercabut"
"adakah gambar ini akan mendapat cacian berjemaah jika dipublish dalam beautifulnara 
hanya kerana gadis melayu bermata biru?"
"stop dreaming! awak bukan artis pun!"
ok fine!


AMARAN: JANGAN TIRU AKSI INI JIKA WARNA KULIT MUKA
DAN TANGAN ANDA BERBEZA. KALAU EDIT TAK PE. heeeeeeeee.........

"Ya Allah, semoga saya dapat menyayangi bakal keluarga mertua saya
 seperti saya sayang keluarga saya. Amin...."



COPY&PASTE

Awk jodoh itu rαhsiα ALLAH . .

SEKUAT mnα αwk SETIA . .
SEHEBAT mnα αwk MERANCANG . .
SEJAUH mnα αwk MENUNGGU . .
SEKERAS mnα αwk BERSABAR . .
SEJUJUR mnα αwk MENERIMA SAYA . .
Jikα ALLAH Tidαk Menulis Jodoh Kitα Bersαmα..
Kitα Tetαp Tidαk Akαn Bersαmα.

copy from NotaHati FB

Wednesday, September 19, 2012

DIY:: BUNGA TELUR

hey, i'm mr simple! - suju


Ini bunga telur atau bunga pahar version black and white
Banananana............
saya guna reben 2 warna yang berlainan, tisu ikea, 
doily paper, dawai bunga, manik hiasan & pelilit bunga 




pandangan dari depan

 BUNGA TELUR TISU YANG SIMPLE. tapi punya la renyah nak dihasilkan.


 versi yang sudah siap.
 tak kisah tangan u all keras ke tak. 
janji kita ada usaha untuk mencuba.
lebih senang jika u all dapat satu bunga telur dari mana-mana kenduri kahwin, 
u all buka semula bunga tu dan cuba untuk pasang semula

"SAYA DOAKAN B2B YANG SEDANG MEMBUAT PERSIAPAN KAHWIN TU 
BERJAYA MEREALISASIKAN PERKAHWINAN IMPIAN MEREKA"


Tuesday, September 18, 2012

TO MY DEAR

"saya tahu awak seorang anak yang soleh,
saya yakin awak boleh jadi suami yang terbaik untuk saya juga" ^_^

Saturday, September 15, 2012

SIMPLE PIZZA

 cendawan butang dihiris
lada benggala di potong dadu

 tunis@goreng hirisan ayam, bawang besar dipotong dadu, lada benggala & cendawan butang
gaul di dalam kuali berserta tomato puri

guna roti pita dan kepingan keju

 letak bahan-bahan di atas  roti pita


bakar dalam ketuhar selama 10-20 minit


TEST HIV SAYA

Asalamualaikum
Saya berjaya buat test HIV di Klinik Kesihatan Presint 9.
Kesimpulannya: B2B tak digalakkan pergi sana.
Sebab: ramai + tunggu giliran lama + tiada kaunter khas untuk buat ujian tersebut.
Jika yang sanggup tunggu lama, boleh jak datang sini.
Ujian dibuat setiap Jumaat pagi only (with appointment)

Thursday, September 13, 2012

KAD KAHWIN SAYA

Saya + tunang decide untuk tempah kad kahwin di Hulu Langat.
Kami ambil design yang sedia ada di kedai kahwin tu je.
(harga termasuk artwork/sampul bercetak/2 banner)

Kad kahwin kami sangat simple.
 Tak de gambar kartun tersengih, no gambar burung bergayut atau gambar tepak sirih sekalipun.
Asalkan orang ramai faham tujuan kad tu diedarkan.

Masa mula-mula pergi, owner kedai nampak pro je dalam hal-hal kad kahwin ni. 
Layanan pun mesra je.
Dan semalam owner kedai call tunang suruh datang kedai check draft yang dia dah buat. 
Kesimpulan yang saya dapat buat ialah kerja dia tak teliti. 
Tunang cakap banyak gila kesalahannya.
Contoh kesalahan: susunan, ejaan nama salah, peta salah, nombor rumah salah, nama mak saya salah eja, waktu majlis salah. Akhirnya tunang saya betulkan semua sekali yang dia buat. 
Nasib baik tunang pergi semak sendiri. Fuhhh.....
Owner kedai pula dok backing diri sendiri. Dia cakap banyak kali kes salah selepas print sebab customer tak datang semak dan bagi kepercayaan sepenuhnya pada dia. Pada pendapat awak-awak semua, sape yang salah? 

Dan akhirnya saya tidur malam tadi bermimpi pasal kad kahwin saya yang tak menjadi itu. *_*
Harap mimpi tu tak jadi kenyataan. Hihihi....





::saya berdoa koordinat gps yang kitorang bagi pada kedai kad kahwin tu tak salah taip. 
Mengamuk pula tetamu kalau tersesat guna koordinat tu. sekian::

BANTAL NIKAH

Sekarang kan femes dengan bantal ottoman a.k.a bantal letak bontot masa nikah tu. 
Minggu lepas saya pegi tempah kad kahwin dan cari butik pengantin di Hulu Langat. 
Termasuk la kedai EEZI Wedding cawangan Hulu Langat.
Saja cuci mata sambil berangan-angan di sana. 
Ternampak la bantal ottoman tu. Seunit RM200.

UPDATE: DEKAT KEDAI BARANGAN PERKAHWINAN DI DALAM
PLAZA CITY ONE RM200 UNTUK DUA UNIT TAU.
 (kata salegirl tu boleh nego lagi)

Fuhhh...mahal (bagi saya la) Patut la orang sewa je bantal tu. Senang...

 UPDATE: sila sewa dengan ex B2B yang ada membuat servis menyewaan ya!

Wednesday, September 12, 2012

Quote of the Day

"Perkahwinan, bukan soal cepat atau lambat tapi bersedia atau tidak. 
Kerana perkahwinan itu bermula dengan cinta dan diakhiri dengan tanggungjawab"
sumber dari ceriteracinta2002

Monday, September 10, 2012

VINTAGE HAND BOUQUET

Asalamualaikum

"everything happen for a reason" -2pm

siapa rajin, boleh tiru idea ini ya!
klik gambar untuk terus ke tuan punya gambar ini


guna kamus lama@kitab yellow pages juga boleh, bah! ^__^


Friday, September 7, 2012

Thursday, September 6, 2012