Klik Nuffnang Ads

Tuesday, August 30, 2016

JENAMA INSTANT SHAWL TERKENAL di MALAYSIA

1. Sofia Rose
Aku tahu pasal sofia rose ni melalui iklan di facebook. Mula-mula tak yakin nak beli sebab harga murah. Takut tak selesa pakai. So aku beli sehelai dulu. Rm37 je. Macam shawl keknis tapi jenis sarung je. Best kot. Jahitan kemas. Beli melalui whasap. Website pun diorang ada. Butik di bangi sentral pun ada. Kadang-kadang diorang buat sales 3 helai instant shawl ivy rm100 free postage. Aku dah beli 5 helai dari brand ni. Buat ulang pakai pegi ofis. Recommemded tau.

2. Scaftsweet honey
Brand ni pun cun juga design instant shawlnya. Harga semua sama. Rm59 sehelai. Bagi aku mahal la. Kiki...
Aku suka jenis terus sarung dan kepuk2 sikit dah terletak cantik. Aku ada 3 helai instant shawl dari brand ini. Recommended tau. Aku beli di butik di bangi sentral.

3. AmeeraZaini
Mula mula beli jenis bawal instant katanya. Sarah instant kot. Lupa dah. Rm59. Kain berat. Terbentuk cantik kat kepala. Tapi bila nak pusing lilit, tetibe nampak togel belah belakang leher. Tah apa2. Aku kene buka balik jahitan tudung ni untuk aku pakai elok2. Lepas tu beli satu lagi zara instant kot ke amani instant nama dia. Lupa dah. Rm39 melalui whasap. Material chiffon keras. Bila pakai memang terletak cantik tapi bila sekali ko bergerak. Habis huru hara tudung ko sekali. Kalau dah kene cucuk 3-4 jarum peniti kat kepala, tu bukan instant shawl namanya. Not recomended for this brand. Tak selesa.

4. Shawlforyou
Aku jarang beli kat sini. Tapi terbeli satu instant shawl rm39 kat sini lama dah. Jenis sarung je la. Mak aih...kain lembut. Lembik betul. Tak terbentuk cantik bila digayakan. Confident level merundum bila pakai. Haha...tah mana aku letak tudung tu. Beli sekali lepas tu tak hingin scroll ig mereka lagi. Bazir duit aku.

5. Naelofar hijab
Material best dan selesa pakai if ko beli yang original la. Aku biasa beli dekat kiosk ioi city mall. Terbentuk elok. Kain pun selesa pakai. Memang ada yang harga mahal. Tapi aku tak kisah la. Sebab bila boring, aku jual harga preloved kat fb. Ada juga orang beli. So kira berbaloi la. Dapat aku rolling beli tudung baru. Tu la kelebihan beli tudung ada brand2 ni.

6. Sugarscaft
Aku ada beli dua helai. Saja nak cuba. Jenis inner silang. To me agak panas la bila pakai sebab inner dijahit sekali dengan shawl. Jadi panas kepala aku pakai. Ikut bentuk muka orang juga kot. Mana yang elok. Inner cotton lembut. Shawl chiffon. Rasa ada class bila pakai. Kikiki...tapi aku tak suka la sebab panas.

Ini berdasarkan instant shawl yang aku pernah beli la ye. Yang aku tak pernah beli, aku tak buat review. Malas pula aku nak upload gambar. Nanti2 aku upload ye.


Sunat Bayi Perempuan: Klink Sekitar Ipoh

1. Klinik Sharina
Berdekatan Tesco Station 18, Pengkalan, Ipoh

2. Klinik Takwa
Simpang Pulai, berdekatan balai polis.


Saturday, August 6, 2016

RESEPI APAM COKLAT MUDAH

Dipersembahkan resepi apam coklat kukus yang menggunakan sukatan cawan. Yeah!
Senang je. Pakai blender je sis.

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum (diayak terlebih dahulu)
1 sudu kecil (sudu kfc) baking soda
setengah cawan gula
setengah cawan serbuk koko
setengah cawan minyak masak
setengah cawan susu pekat manis
setengah cawan air panas
1 biji telur gred A (suhu bilik)
(Pastikan korang guna cawan saiz yang sama untuk setiap sukatan diatas)

cara buat:
masukkan semua bahan ke dalam blender
blender sekata dalam 3-5 minit, lagi la lagi gebu
sapu sikit minyak dalam acuan lompang
tuang adunan tadi ke dalam acuan lompang,
kukus 20 minit.



Boleh dapat dalam 15-20 biji
 (guna acuan lompang)


resepi dari facebook.

Tuesday, August 2, 2016

PAU CENDAWAN VIRAL

Jadi viral dalam facebook sebab ada orang upload orang ramai beratur panjang masa bazar ramadhan putrajaya baru baru ni.

Bila ada orang open order free delivery  sekitar rumah aku, aku tak teragak2 nak order. Nak try kununnya.....

Rasa: macam rasa sup cendawan pizza hut tu. Sebab intinya cendawan,ayam dan sos carbonara.

Rupa: memang mirip rupa cendawan
Kreatif betul. Siap ada bunjut kt bontot pau tu. Comel je.

Harga: RM10 untuk 3 biji dan free delivery ke rumah. Ok la tu. Sebab ada juga yang jual Rm11-rm12 untuk tiga biji.

Femes di putrajaya je kot. Sebab Kawan aku kat shah alam tak tau pun kewujudannya. Hihi