Klik Nuffnang Ads

Sunday, February 27, 2011

KEDEKUT LA WEH!

Assalamualaikum

Saya rajin bertanya. Maklum la otak budak-budak suke berfikir. Kalo saya pergi shopping kat mane-mane saya akan tanya salesman amik stok kat mane sewa kedai berapa. Actually saya tak de niat pun nak jual benda yang sama dengan penjual tu jual sebab saya bukan peniaga pon. Sekadar suke bertanya. Dan kebanyakan penjual saya tanya memang tak pernah bagitau diorang amik stok kat mane. *Kedekut la weh!

Minggu lepas saya pergi satu expo kecik kat Kuala Kangsar, saya tanya Encik Peniaga kat situ :

saya: bro, brape sewa tapak kat sini?
dia: nape tanya dik?
saya: saje je tanya.
dia: entah la dik. tak tahu

*dalam hati "bodo punye jawapan"

*************************************************

Dulu, saya tanya kat sorang member :

saya: cun sih shawl ko jual. ko amik stok kat mane?
dia: hehehe.....ade la. asal ko tanya?
saya: saje je sebab shawl ko jual ni cantik-cantik.

*************************************************

Dalam FB seorang fotografi, aku terbaca status die dengan fans nya :

fans: bro, love ur art work. keep it up!
fotoman: tq! teruskan menyokong fanpage kami.
fans: boleh i tahu u gune lens ape? camera brand ape?
fotoman: aala...yang biase2 je.

*ek eleh, kerek gile la weh!

Senang cerita, rakyat Malaysia a.k.a orang Melayu ni kedekut ilmu. Patut la kite tak maju2. Dari dulu asyik jadi negara membangun je. Spesis macam ni seolah-olah takut bersaing je. Tak faham la kenapa ade juga orang camtu.

*Hati saya terguris. -__-




Babai.

Saturday, February 26, 2011

AKU DAPAT BAUCER VINCCI

Assalamualaikum,


Semalam masa aku balik rumah aku tengok ade surat dari Padini Holdings dalam bilik aku. Suspen juga. Kot-kot diorang minta aku jadi duta kasut vincci ke.

Dengan penuh debaran dalam hati, aku pun koyak envelope tu dengan penuh kerakusan.

Rupa-rupanya aku dapat baucer Vincci RM10. Valid till Disember 2011. Like! Boleh la aku berdondang sayang kat Vincci nanti.














p/s: minggu lepas baru je beli sandal baru.





Friday, February 25, 2011

CAS LA BATERI ANDA

Assalamualaikum....

Last night I did not charge my phone. Consequently today, the journey of my life become very tiring. Forced to walk away just because to find a public phone. I want to call my parents! Although ade 10 public phone there, can not be used directly. Why people like vandalisme? S**t! I am tired. I do not have any coins at that time. Forced to run again for the change in the shop. Conclusion here, however sophisticated mobile phones wherever we are, but no battery is useless.

The End....

BERCANDA BERSUKA RIA


Assalamualaikum,

Last time, aku pegi bercanda di Penang. * Pegi area Queensbay je pon. Petang-petang Sabtu yang merdu tu, aku dan dia pegi la jalan-jalan amik angin sambil membuang angin kat tepi pantai Queensbay tu. Sedang kitorang tengah melahap kepak ayam 2 ketul sorang, (actually aku makan 3 ketul sebenarnya) we all terpandang sepasang remaja bercium-cium kt situ. Dah cam pantai kat Hawaii pulak aku rasa. Ade la 3-4 orang yang lain tengok juga. Tapi pasangan tu buat muka Sardin cap ayam je. Hebat.
*Tak perlu kata apa-apa, senyum (“,)




Muka pemakan kepak ayam yang hebat! Gambar ni pun ade kat entry lepas.



Aku sempat juga tangkap gambar Jambatan Pulau Pinang.

Babai....

INI MEMANG DAH BASI

Assalamualaikum,

Hello Malaysia! Entry kali ini bersifat mahu mendabik dada. Aku cuma nak tayang surat yang aku hantar kat Majalah INTREND Julai tahun lepas. Aku dengan penuh yakinnya ingat aku akan dapat hadiah dari surat yang aku tulis tu. Tapi malangnya tidak. But it’s ok, life must go on babe ! ~_~





Tadi aku kemas-kemas majalah lama dalam bilik aku.

Godek punye godek maka aku terjumpa balik majalah ni. Aku tak kan jual majalah ni kat Novel Hut. *Promise!




Inilah karya tak berapa nak agung dari aku. Pasni aku nak try tulis surat kat Majalah Glam, EH!, Cleo or Seventeen pula.





Usaha Tangga Kejayaan!



Babai.......

Wednesday, February 23, 2011

JAM TANGAN FEVERET

Assalamualaikum,

Today aku nak story tentang jam tangan a.k.a jam yang di pakai di tangan. Sape tak tau jam tangan tu ape, sila terjun swimming pool sekarang!
Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan kita beli dan pakai jam tangan ni. Kebiasaannya orang beli jam tangan sebab harganya, rekaannya, warnanya dan lain-lain yang seumpama dengannya. *Bape banyak “nya” la woi!

Pernah dulu kami (aku dan mereka) share duit untuk beli jam kat seorang lagi member. Kami beli jam bentuk bulat. Boleh member tu cakap `actually i tak suke jam bentuk bolat, sebab jam tu tak sesuai dengan tangan i’. Aku tersentap skit. Dalam hati kecil ku berkata `Hello, tak bersyukur langsung la ko! Ok what ade orang nk kasi ko hadiah.’ Kalo ko tak suke sekalipun, cuba la pakai sekali depan kitorang sebagai tanda penghargaan. The End.

Aku tak kesah pakai jam tangan apa sekalipun yang pasti bukan RM10 la. *Bajet artis! Jam bentuk segiempat cun, jam bolat pun cantek, jam bujur juga nice, jam segitiga nampak unik. Tak kisah camne rupanya, janji kita rasa confident pakai jam tersebut. Lain dari yang lain itu penting u! Unique is sexy.
(Jangan korang ingat confident level dan jam tak de kaitan ye)

Pada padangan aku jam jenama ESPRIT ke DKNY ke, tu sume jam jenama fesyen. Mahal camne sekalipun, better jenama Seiko or Casio (jenama kalkulator nih) sebab diorang ni memang specialist dalam industri jam nih. *Betulkan aku jika info ni salah.



p/s: Pasni aku nak beli jam ade kalkulator. Senang nak buat kira2 time shopping. (“,)

Tuesday, February 22, 2011

INI BUKAN INFO BASI

Assalamualaikum....

Ahad lepas aku baca kat Berita Harian tentang kosmetik tiruan yang banyak terjual secara terbuka kt Malaysia ni. Merata-rata dan bersepah. Pompuan sekarang kalo nak cantik kadang-kala tak mo pikir panjang. Asal nampak murah dan berjenama je, terus nak beli. Asal ade duit lebih sikit je, mula la gatal tangan nak shopping kosmetik. Hangpa tau tak kosmetik tiruan berjenama terkenal yang dijual dengan harga murah tu merbahaya pada kesihatan? Boleh menyebabkan kanser atau alahan kulit yang teruk dowh! (Ni bukan ayat garang, cuba baca dengan intonasi manja2!)

Tapi aku pun berhati girang juga bila tengok eyeshadow, eyeliner, blusher berjenama dan murah-murah kat pasar malam, expo atau kat Jalan Chow Kit. Rambang mata nak usha-usha. But syukur la aku tak terfikir langsung nak beli benda murahan tu. (“,)
Ya, betul ada di kalangan kita tak mampu nak beli MAC, LANCOME, ANNA SUI yang original, tapi kan kite boleh guna Elianto, The Face Shop, The Body Shop, Maybelline atau Avon. Mampu milik juga tu.

Dari pembacaan aku lagi, Kementerian Kesihatan tak dapat nak membanteras perkara ni kalo kita sebagai pengguna tak paham betapa bahaya dan berisikonya kosmetik cam gini. So kepada insan terpilih yang membaca entry nie, sama-sama lah kita jauhi diri kita dari membeli kosmetik tiruan yang ada kat pasaran gelap atau pasaran terang sekali pun. Sayang diri sendiri la der!

Prinsip aku senang, biar habis duit beli bedak mahal tapi hati rasa puas dari beli bedak tiruan tapi dapat penyakit dan muka bertompok-tompok.



aku pegi dating pun pakai bedak juga.





For more info : www.pharmacy.gov.my atau www.bpfk.gov.my


Terima Kasih sebab terbaca entry ni. Bubye!

Sunday, February 20, 2011

LIFE IS BEAUTIFUL

Salam,

Kawal minda agar tidak stress. (",)





Kalo kita rasa hidup kite ni tak bermakna, sebenarnya ade ramai yang nasibnya lagi susah dari kita.

Jangan putus asa!!




p/s: mood memotivasikan diri sendiri.

TENGOK WAYANG

Assalamualaikum....

Saya jarang keluar bersosial a.k.a tengok wayang. So ni filem terbaru yang saya tengok selepas beberapa bulan tak tengok wayang. Menarik dan mendebarkan.
AccualLy saya tak tau movie ni dah lama ditayangkan atau pun tak.

Sinopsis: Mengisahkan tentang ekspedisi meneroka gua bawah tanah/air kat Papua New Guinea yang terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk cari jalan keluar.

Bagi saya: this movie is freaking amazing! Cuba la tengok.





enjoy this trailer ok! produced by james cameron. so u all boleh agak la tahap ke'best'san movie ni. maklumla, pemenang anugerah yang bikin filem.....





Bye!

Tuesday, February 15, 2011

SURAT CINTA

Salam,

Biasanya love letter ni kita dapat @ tulis time muda remaja dulu je. Sekarang ada lagi ke orang nak bagi surat cinta kat kita? Nak dapat kad raya pun dah susah sekarang ni. Maklum la, hidup di hujung jari katakan! Budak sekolah sekarang pun tak pakai surat cinta lagi dah sebagai medium komunikasi, der.

Sapa pernah tulis surat cinta atau terima surat cinta?
Ape feeling korang masa tu? Suka? Teruja? Debaran cinta? Berpeluh-peluh? Menyampah?

Yang pasti kalo kita terima surat cinta dari orang yang kita suke, haruslah happy berbunga-bunga je perasaan kite. Tapi kalo tak suke kat orang tu, memang dah lama kite koyak-koyak surat cinta tu. Dapat surat cinta tanpa nama, kita rasa berdebar-debar la pula. (",)

Bila kali terakhir kita terima surat cinta @ kad cinta?
Rasanya sekarang orang guna MMS cinta or SMS CINTA or e-card cinta je.







p/s: suka makan love letter cap julie's perasa coklat. Sodap!

KOPI: SATU GAYA HIDUP?

Assalamualaikum.....

Hello girls and boys,

Benarkah minum secawan kopi merupakan satu gaya hidup?
Kat Malaysia sekarang dah berlambak-lambak kedai kopi @ kopitiam yang happening. Ada yang dibuka 24 jam. *Orang Malaysia suke buat benda pelik-pelik untuk dijadikan gaya hidup. Suke terikut gaya hidup orang barat.


tengok gambar artis hollywood pegang a cup of coffee pun membuatkan kita rasa diorg ni stylo!

Kopi walaupun terkenal dengan kafeinnya yang tinggi, ia tak mematahkan semangat penggemar kopi untuk menikmatinya. Kopi ais la kopi susu la kopi O kaw la kopi janda la dan banyak lagi cara kopi tersebut dinikmati setiap orang. Tapi Betul ke kalo minum kopi selalu boleh membuatkan kite kurus? Cikgu saya pernah cakap dulu, kalo minum banyak sangat kopi boleh menyebabkan pakinson. Fakta atau Mitos?



nak pegang secawan kopi pun mesti ada style ya!


thanks for en google kerana ada gambar yang indah~



p/s: saya tak minum kopi. gula-gula kopiko pun jarang saya hisap. -_-


Sekian...(",)

Monday, February 14, 2011

VALENTINE? NO THANKS!

Assalamualaikum....

Dulu masa sekolah, saya teruja tengok dekorasi shopping mall yang galak mempromosi perayaan ini. Bukan sebab saya turut serta merayakannya tapi seronok tengok aneka hadiah yang terjual seperti teddy bear yang cute, bunga-bunga, coklat yang berbalut cantik dan kad ucapan yang romantik. *Perasaan seperti mahu memiliki kedai menjual barang-barang comel tersebut.(",)



Apa yang nak saya sampikan di sini adalah.................










VALENTINE'S DAY?
ADA AKU KESAH???













Thanks coz reading yo!

Sunday, February 13, 2011

GADIS@WANITA: SILA BERFIKIR DENGAN WARAS

Assalamualaikum,

Baru-baru ni saya terbaca dalm NSTP dan Berita Harian tentang wanita berusia pertengahan yang tertipu dengan cinta 'Social Network'. Kononnya kekasih alam siber si wanita seorang doktor ortopedik yang bekerja di luar negara. Bila dah janji sehidup semati, si doktor kononnya akan datang ke Malaysia. Tetapi setibanya di Malaysia, si doktor ditahan di Imegresen dan perlu membayar sejumlah wang. Si wanita akhirnya terpedaya untuk membayar wang tersebut. Rupanya si wanita tertipu......

Dahulu, sangat popular kisah gadis bawah umur yang termakan janji manis jejaka lombok yang bekerja di Malaysia seterusnya melarikan diri bersama ke tanah Lombok. Susah senang bersama kononnya. Bila dah rasa susahnya hidup miskin di rantau orang, baru la teringat mak ayah kat Malaysia.

********************************************************************

Kita sebagai gadis@wanita perlu bijak berfikir baik buruk perbuatan itu. Yes, kadang-kadang kita lalai dengan keindahan cinta duniawi. Tapi tak bermakna kita kene korbankan apa yang tak patut terkorban ye! Mungkin si wanita terdesak mahu memiliki cinta sejati atau dikaburi 'kekayaan' si doktor ortopedik itu. Si gadis pula baru meningkat remaja dan mudah terikut dengan hati dan perasaan semata-mata. Mungkin kita impikan cinta seperti kisah ala-ala Ada Apa Dengan Cinta. Sweet and lot of bunga-bunga cinta, kononnya.

Kesimpulannya, jangan mudah perasan dan tolong rasional dalam setiap tindakan.


Bubye!

Sunday, February 6, 2011

HADIAH UNTUK KAUM ADAM

Assalamualaikum...

Golongan awek-awek kadang kala berhati gundah tatkala memikirkan hadiah untuk bagi pada boifren diorang. Bajet yang cukup + kesesuaian hadiah tu memainkan peranan penting dalam hala tuju pemberian hadiah itu. (",)


try la kasi perfume like this. kalo ada bajet lebih boleh la beli perfume I'm King By Sean John. ok? Pastikan mereka tak beranggapan bahawa hadiah ini diberi kerana bau badan mereka seperti kambing. =)




ini pun salah satu hadiah yang normal, gegirl kat luar sana bagi pada bf diorang. tak kisah jenama apa, yang penting keikhlasannya disitu, yauw!
*thanks to padini website!




ok juga kalo u all nak kasi wallet. nanti dalam wallet tu pastikan ade tersimpan gambar u all. kalo nampak wallet diorang dah lusuh, maybe gegirl boleh pikirkan idea ni. supaya senang lelaki simpan duit yang berkepuk-kepuk bagi menampung perbelanjaan dating u all.




kat pasar malam, rm10 je kot! ok ah tu kalo takat nak kasi boifren yang belum tentu jadi laki korang pun. janji ikhlas.




kain pelikat ni pun sesuai je kalo nak kasi kat boifren. diorang bleh pakai time semayang HATTA time tido sekalipun. pastikan cap Gajah Duduk tau!
*saya penah kasi 'My Sayang' kain pelikat, ok!


This is my original idea. So terpulang nak cedok idea ni ke tak. Satu lagi,
jika boifren tergolongan dalam spesis 'memakan asap'(smoking man) jangan sesekali hadiahkan diorang pemetik api. biar diorang beli sendiri!
*nak mati, kau mati sensorang, ok!




p/s; ouh, terbaca entry ni? terima kasih yea~

Bye....

Friday, February 4, 2011

CANTIK LUAR CANTIK DALAM

Assalamualaikum.....

Apa signifikan cantik bagi anda?

berkulit normal?
mata bolat cam guli?
ada lesung pipit?
rambut rebonding?
tinggi ala-ala model?
berkulit cerah?


*suka tengok hilary duff! kalo dia makan tempe plus berkain batik, mungkin lebih market.

Tak kisah macam mana rupa anda, janji berkeyakinan tinggi! berkeyakinan bukan bermakna kita perasan, ok!



Bubye!

TRANFORMASI BUKAN TRANFORMERS

This holiday, i make a new style. Horayy!!!


Happy mood but my money 'mengalir' like 'air paip'.

LOL!



(-__-)

Thursday, February 3, 2011

HIDUP PERLU DINIKMATI, OK!

Assalamualaikum.....

Bagi saya, hidup ini perlu dinikmati sepuas-puasnya. *Seperti makan ais krim. Tapi itu bukanlah bermakna kita perlu memusnahkan hidup sendiri dengan membuat perkara-perkera tak bermoral, ok!

So,

-korang buat la ape yang korang teringin nak buat. (rasanya tak pernah lagi ada yang teringin merompak bank kn!)

-korang makan la apa yang korang rasa nak makan. (kalo makanan yang ditegah agama tu, memang sendiri boleh fikir kot!)

-kalo rasa nak beli barang idaman, kumpul duit dan beli. jangan banyak fikir.

-korang nak pegi bercuti kat tempat idaman? Sila kn. Just let go!

-kalo dah tak bahagia dengan pasangan, putus or cerai je ah. dari buat dosa curang sana sini.

Bye!

Tuesday, February 1, 2011

PERKARA SIMPLE TAPI KITA SELALU LUPA

Salam Hari Wilayah untuk yang duduk kat mana-mana wilayah yo!

Di sini saya nak listkan beberapa benda simple yang kita selalu lupa.

Check it out bebeh!



********************************************************************


1. Sedang u all berhati riang nak berjalan-jalan, u all tertengok lesen dalam purse or wallet dan lebih tragis lagi rupanya lesen u all dah mati sebulan yang lalu? Terus kene reverse balik rumah balik. -_-

2. Setiap pagi u all berus gigi dengan membelek jerawat kat muka, adakah u all ingat bila kali terakhir u all tukar berus gigi tu? Jeng...jeng...jeng....(",)

3. Kadang-kala sebagai wanita berkerjaya, kita akan akan berasa keletihan selepas balik dari kerja (untuk yang curi tulang time keje, letih juga ke?) seterusnya kita rasa nak "fly to heaven" di atas katil yang empuk. Sewaktu cuti hujung minggu la baru kita ada masa nak belek-belek segala macam produk yang ada dalam koleksi kita. Rupa-rupanya multivitamin or minuman yogurt dalam peti ais dan tamat tempoh 2 minggu yang lalu.....Rugi kan?

4. Waktu lunch sudah tiba! Kita dengan rakusnya pergi ke gerai makan dan melantak semahu-mahunya. Dah separuh ayam goreng kite telan, baru teringat nak baca doa makan. Kadang-kadang nak cakap Alhamdulillah pun payah. Tau nak komplen je. Lauk tak sedap la. Mahal la. Nasi Lembik la. Kan? Kan?


Ni je yang dapat saya senaraikan untuk hari ni. Bubye.

Actually aku draft dulu entry ni pada tarikh yang tertera.
Kalo terbaca, terima kasih!